Saturday, June 4, 2011

Penyesalan Abadiku

Assalamualaikum... Cerita kali ini adalah berdasarkan kesilapan diriku sndiri tetapi aku ubahsuai agar sesuai untuk tatapan umum.. Sebenarnye,setiap manusia yg hidup di zmn moden ini terutaamnya para remaja lelaki terjebak dngan gejala sosial.. tetapi aku tidak begitu,boleh dikatakan aku ni 70% anti  sosial ,cuma pengalamanku ini boleh dikategorikan sbagai penyalahgunaan internet tetapi ia tidak melibatkan mana2 pihak yg lain. Ianya hanya diriku sndiri. Aku menzalimi diri ini. Hmm.. syukur alhamdulillah aku dpat merasai ketenangan apabila aku sentiasa memikirkan dan merasakan Dia yg Maha Kuasa dkat dengan diriku ini untuk menyedarkan aku dan memberi aku peluang untuk bertaubat. Sayang skali,aku cuma dpat merasai perasaan tersebut untuk beberapa minggu saja..perasaan tersebut begitu indah skali,segala perbuatan ku penuh dngan kebaikan,keceriaan dan rasa syukur kepada-Nya tetapi ketika aku sedang berusaha memulihkan kembali hatiku yg rosak dan menegakkan kembali tiang agama ku,ianya mula rosak dan runtuh sedikit demi sedikit apabila aku sakit,musuh segala manusia yg terang dan nyata telah mengambil kesempatan ketika aku menghadapi ujian Dia dengan sabar dan penuh harapan agar Dia menyembuhkan penyakitku ini dengan meruntuhkan keimananku kepada-Nya... Runtuh segala dinding keimanan ku bagi menghalang godaan musuh segala manusia menghasut fikiran ku untuk melakukan larangan-Nya..Mulai saat ini juga,akan aku tentang hasutan yg menghasut fikiranku dan akan aku pulihkan hatiku serta akan ku tegakkan kembali tiang agamaku.. Aku tahu aku tidak berseorangan di dunia ini.. Aku yakin aku mampu melakukannya.. Jadi,aku berharap kepada sesiapa yg masih melakukan larangan-Nya. Menyesal dngan perbuatan yg dilakukan kerana masih belum terlambat untuk menyesal..Panjatkan la doa dan muhasabah lah diri agar fikiran kita sentiasa kuat untuk melawan hasutan syaitan yang akan merosakkan niat kita sbagai khalifah di dunia ini... Sekian,TQ..

Thursday, May 26, 2011

Kehidupan Di Dunia Kegelapan Dan Kesunyian

Assalamualaikum.. kadang kala,kehidupan manusia mempunyai berbagai2 jenis.. Manakala,kehidupan saya sebagai seorang pelajar,saya lebih memilih dunia kegelapan dan kesunyian yang penuh ketenangan dan keamanan.. Sehinggakan saya rasa x ingin hidup di dunia realiti... Dunia kegelapan dan kesunyian saya hanya terdapat beberapa orang sahaja yang dapat menembus kan cahaya persahabatan dan persaudaraannye selain Dia Yang Maha Kuasa. Kehidupan di dunia ini sungguh tenang dan aman. Saya dapat menumpukan perhatian untuk mengingati Dia yang Maha Kuasa mahupun menumpukan seluiruh tenaga tubuh saya yang sering kacau akibat daripada bebanan kehidupan sebagai seorang perantau di dunia yang sementara ini.. Meskipun kadang kala saya sering melihat kerenah manusia. Tetapi dunia saya tetap gelap dan sunyi.. Diri saya ini keseorangan selamanye kerana saya berasa keseorangan merupakan kompenen yang penting dalam kehidupan saya. Berapa ramai perempuan yang cantik mahupun comel,saya tetap keseorangan. Jiwa saya keseorangan adalah lebih kuat dalam mengingati Dia dan lebih fokus untuk berfikir jauh dan mendalam..Aku memandang dunia ini dengan teliti dan tajam. Aku berasa lebih dekat dengan Dia apabila keseorangan dan apabila aku meninggalkan segala perkara duniawi.. Itu la prinsip hidupku.. Sekian,terima kasih..

Tuesday, May 24, 2011

Kembara Hari Terbuka UniKL Caw.Taboh Naning

Assalamualaikum..Pada hari ini,saya dan rombongan sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin melawat ke UniKL di Taboh Naning sempena Hari Terbuka yg dianjurkan oleh pihak pentadbir UniKL.. Pada pukul 7.30,kami dikehendaki berkumpul di depan dewan sekolah. Pada pukul 8.20,bas UniKL tiba dan kami menaiki bas tersebut. Kami seramai 47 orang pelajar tingkatan 5 termasuk guru pengiring. Di samping itu juga,para pelajar tingkatan enam sekolah kami turut menghadiri Hari Terbuka Uni KL. Pada pukul 9.20,kami dijemput masuk ke dewan kuliah untuk mendengar ceramah daripada salah seorang staf pengajar yang mengajar di UniKL.. Pelbagai gurau senda dan maklumat yang kami dengar semasa ceramah berlansung. Pada pukul 10.30,ceramah tersebut di akhiri dengan acara cabutan bertuah. Dua orang daripada pelajar kami telah memenangi cabutan tersebut. Kemudian,pada pukul 10.55,kami dibawa oleh salah seorang staf UniKL melawat ke makmal dan kemudahan lain yang disediakan di UniKL seperti makmal kimia dan sebagainya.  Selepas itu,kami dibawa masuk ke makmal kimia untuk melakukan aktiviti yang telah disediakan. Kami melakukan aktiviti ini dengan penuh tekun dan seronok..Dalam aktiviti ini,kami perlu mengekstrakkan DNA kami masing-masing untuk dimasukkan ke dalam loket rantai leher yang disediakan.. Tujuan aktiviti ini ialah untuk membuat loket yang mengandungi DNA kami sendiri.. Di bawah ini ialah gambar-gambar loket tersebut.


My DNA Locket

My DNA Locket













Setelah kami selesai menyiapkannya. Kami dijemput untuk menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan. Kami makan dengan penuh selera sekali.. hehe.. Selepas itu,kami dibawa melawat ke pameran biologi dan kimia.. Pada pukul 12.20,kami menaiki bas UniKL untuk pulang semula ke sekolah kami dan meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.. Sekian kenangan saya hari ini.. Terima Kasih..

Saturday, May 14, 2011

Perubahan Selama-lamanya

Di saat ini,apabila aku menaip nota ini. di sini juga lah bermula perubahan diriku yang lebih dewasa.. diri ku yang sekarang ini tidak sesuai untuk menghadapi alam kedewasaan.. aku harus berubah.. dari kebisingan alam,bertukar kepada kesenyapan dunia yang gelap... dari hati yg terang benderang oleh cahaya dunia,menjadi kegelapan dunia yang asing,dari berasa diri ini disayangi ramai,kepada diri ini menjadi keseorangan... dari diri ini penuh kegembiraan kepada orang yang serius dengan kehidupannya.. dari pendiam yang masih berbicara sepatah dua kata,kepada pendiam yang senyap sehingga kehadiran diri ini tiada di dunia ini... dari seseorang yang lalai dengan keduniaan kepada orang yang arif tentang dunia yg dicipta ini... dari penglihatan yangterhadl,kepada penglihatan yang tajam tentang dunia ini... dari seseorang yg sentiasa leka dengan permainan duniawi,kepada orang yg teliti dengan setiap sudut dan detik masa dunia ini.. dan... dari orang yang kebudak-budakkan,kepada orang yang sentiasa bermuhasabah diri.... PERUBAHAN diriku ini kekal selamanya agar diri ku ini menjadi manusia yang sempurna dari segi pemikiran,perlakuan,jejak langkah,perbicaraan dan adab diri ini sbagai lelaki dan khalifah di dunia ini... aku harus berubah,kerana aku perantau didunia ini..... tempat ku hanyalah didunia akhirat yg kekal abadi selamanya......

Saturday, April 30, 2011

Kehidupan

Assalamualaikum... hmm.. pada saya kehidupan ini ada perit getirnye.. kadang kala.. rasa putus asa dan rasa tidak mampu melakukan sesuatu perkara sering bermain dlm kepala syaa.. hmm.. setiap penyesalan ada permulaan baru tetapi saya rasa hidup ini seperti sudah kesuntukan waktu.. alangkah bgusnye kalo saya sedar apa yg harus saya lakukan sejak dulu lagi.. mesti diri saya tidak seperti sekarang... tetapi,saya tetap bermuhasabah diri dan mendalami isi hati serta fikiran saya.. walaupun saya msih belum mampu ntuk berfikir panjang,saya tetap berfikir walau sejenak waktu sekalipun,biar la ia mengubah diri saya ni.. saya tidak mahu diri saya terus berada berada di lembag kegagalan.. saya mahu berjaya seperti org lain juga.. itu la komitmen saya.. sekian tq...

Sunday, April 17, 2011

TBS vs. Australia secondary school !!!!

Salam semua.. Pada hari khamis bersamaan dengan 14.4.2011,sekolah saya telah mengadakan perlawanan hoki dengan sekolah menengah di Australia.. Pada permulaannye,kami plaja2 TBS berasa agak gugup kerana takut TBS akan kecundang melawan pasukan hoki Australia.. Pada separuh masa yg pertama,pasukan hoki sekolah saya berjaya menyumbatkan bola hoki sebanyak dua kali ke dlm gol pihak lwn manakala pada separuh masa kedua,pasukan sekolah saya sekali lagi menyumbatkan bola ke dlm gol lawan dan keputusan 3 berbalas 0 kekal sehingga ke akhir perlawanan.. Selepas itu,sekolah saya mempersembahkan kumpulan cak lempong TBS kepada pasukan Australia.. Lebih kurang pukul 1.30 ptg,pasukan hoki Australia berangkat pulang ke Australia dengan menggunakan bas untuk ke lapangan terbang antarabangsa dan menaiki penerbangan pulang ke Australia.. Di samping itu juga,pasukan hoki dan para pelajar TBS berjabat tangan dengan pasukan hoki Australia sbagai tanda semangat kesukanan dlm permainan hoki.. Sekian,TQ.

Saturday, April 9, 2011

Pengalaman ku sbagai pemain bola tampar..

Salam.. Pada hari ini merupakan hari sekolah ganti bagi persekolahan ku di tbs.. Jadi,saya telah bermain bola tampar dengan rakan2 saya.. Saya mula berminat dengan permainan bola tampar apabila rakan2 memberi sokongan untuk mencubanye..Setelah beberapa perlawanan,akhirnye perlawanan tamat... Saya berasa sungguh gembira sekali apabila saya dapat bermain dengan penuh keyakinan dan mencungkil bakat saya sebagai seorang pemain bola tampar...Alhamdulillah dan dengan kudrat yg ada,saya akan meningkatkan kebolehan  saya dalam permainan bola tampar.. Sekian,tq.. :)