Saturday, June 11, 2011

Firdaus : Kereta Idaman

Assalamualaikum.. ini kali pertama saya menyertai segmen dari firdaus sbab saya org baru dlm blogging nih.. hehehe
 

                                       

Kereta idamanku ialah mitsubishi lancer evolution X.. 

                     

Saya menyukai kereta ini kerana Bonnet Airdam yg berada terletak di bahagian enjin kereta iaitu di depan. Ia juga mempunyai Rain Sensor,menarik tu.. huhu dan ia menggunakan Hid Headlamp. Smart juga head lamp nye.. ia juga mempunyai enjin jenis MIVEC twin scroll turbocharged engine yg memberikan pemandunye rasa seperti membawa kereta sport. Ia juga mempunyai high contrast meter yg mampu memberikan penglihatan yg jelas kepada pemandunye untuk melihat tolok meter minyak dan yg lain2 pada waktu malam. Ia juga mempunyai twin clutch sport shift tranmision yg membuatkan pemandunye berasa seperti menggunakan sport clutch.. hehe. Dengan kata lain,kereta ini disediakan dengan tempat duduk yg bagus serta menyelesakan pengguna yg menggunakan kereta ini.. Dalam aspek audionye pula,kereta ini telah di pasangkan dengan Rockford Fosgate  premium audio sound system yg mengeluarkan bunyi yg bergenre rock apabila memasang apa jua lagu kesukaan para pengguna kereta ini.. Dari aspek performance kerata ini disediakan dngan enjin 4 cylinder,16 valve, dan kelajuan sebanyak  65000 rpm... Laju jgak.. hehe..Kereta ini juga dilengkapi dngan magnesium paddle shifter di bahagian steeringnye bagi memudahkan para pengguna menukar gear tanpa perlu mengalihkan tangan untuk menukar gear ketika sedang memandu..Sungguh menyenangkan. Pada bahagian penukaran geranye dilengkapi dengan TC-SST Control Mode yg mempunyai 3 mode yg berbeza iaitu Normal Mode,Sport Mode, dan Super Sport Mode(khas untuk pelumba kereta yg suka tekan pedal minyak smpi abis spaya keretanye dpat dipandu dengan laju).

Kereta ini dilengkapi dngan keyless entry controller,maju jgak,tak payah pakai kunci pown..ia juga dilengkapi dengan rim BBS 18" aluminium alloy wheels.. smart tu.. hehe.. Dalam kata lain,ia mempunyai Side Airdam Outlet,Slide and Tilt Sunroof,Large Aluminium Rear Spoiler,dan Rear Diffuser...Kereta ini berharga Rm 330 072.10 di Malaysia.. hmm,maybe saya dpat membeli satu hari nanti..

Pesan admin kepada pembaca blog ni,kalo nak tahu lbih lanjut tentang kereta ni. sila lawati alamat ini:
 http://mitsubishi-motors.com.my/lancer-evolution/

Sekian,terima kasih kerana membaca post ini.. hehe..


Monday, June 6, 2011

Syurga Cinta

Assalamualaikum... Hai para pembaca sekalian.. Hari ini saya ingin menceritakan pasal syurga cinta.. Artikel  saya pada hari ini mungkin mengandungi pengajaran dan tauladan.. Jadi saya harap,pembaca-pembaca sekalian mengambil pengajaran dan tauladan yg terdapat dlm artikel saya.. hehe..


 

Jodoh ada tiga jenis jodoh.
Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.
Jadi berdasarkan petikan di atas,kita semua tahu jodoh yg mana yg kita hendak pilih..erm.. ramai pasangan zaman skarang lebih memilih jodoh dari syaitan.. Oleh itu,saya sarankan kepada sesiapa yg ingin mencari jodoh,pilih la jodoh dari Allah S.W.T.. kerana jodoh ini akan berkekalan buat selamanya jika kita inginkannye kerana-Nya dan dngan ikhlas serta memahami makna perkahwinan secara mendalam.. Syurga cinta ini juga haruslah dicari dngan sabar dan tenang bagi kaum adam yg ingin mencari kaum hawa yg sesuai.. tetapi ingat la,dalam dunia ini,setiap pencarian pasti ada dugaan dan ujian untuk menguji keimanan kita.. Untuk kaum adam sekalian,ingatlah,zaman remaja ini penuh dugaan yg akan membawa kita kepada 2 jalan,iaitu jalan keimanan dan jalan kemaksiatan. Justeru,pilihlah jalan keimanan yg penuh dngan kemanisan dan ketenangan hidup dngan mencari ilmu di waktu muda dan mencari nafkah hidup di waktu dewasa serta mengumpul bekalan akhirat sejak awal kehidupan kita tetapi tingkatkan lagi amalan wajib dan sunat apabila di waktu tua kita kerana di waktu ini majoritinye ramai yg da pencen kan.. hehe.. Erm,tips untuk memilih kaum hawa yg memahami kehidupan kita ialah pilihlah agama dan budi pekerti serta keluhuran hatinya terhadap kehidupan..Bukankah Dia yg Maha Kuasa melihat hati dan amal kita,jadi seharusnya kita memilih kaum hawa yg baik budi pekertinye agar kita dpat membina sebuah rumah tangga yg bahagia dan saling bertolak ansur  mahupun memahami antara satu sama lain seterusnye kepada sebuah cinta yg kekal abadi yg dikenali sebagai syurga cinta...Jadi,kepada pembaca-pembaca sekalian yg mempunyai kemuskilan,boleh bertanya kepada saya di Facebook... Sekian,terima kasih..

Saturday, June 4, 2011

Penyesalan Abadiku

Assalamualaikum... Cerita kali ini adalah berdasarkan kesilapan diriku sndiri tetapi aku ubahsuai agar sesuai untuk tatapan umum.. Sebenarnye,setiap manusia yg hidup di zmn moden ini terutaamnya para remaja lelaki terjebak dngan gejala sosial.. tetapi aku tidak begitu,boleh dikatakan aku ni 70% anti  sosial ,cuma pengalamanku ini boleh dikategorikan sbagai penyalahgunaan internet tetapi ia tidak melibatkan mana2 pihak yg lain. Ianya hanya diriku sndiri. Aku menzalimi diri ini. Hmm.. syukur alhamdulillah aku dpat merasai ketenangan apabila aku sentiasa memikirkan dan merasakan Dia yg Maha Kuasa dkat dengan diriku ini untuk menyedarkan aku dan memberi aku peluang untuk bertaubat. Sayang skali,aku cuma dpat merasai perasaan tersebut untuk beberapa minggu saja..perasaan tersebut begitu indah skali,segala perbuatan ku penuh dngan kebaikan,keceriaan dan rasa syukur kepada-Nya tetapi ketika aku sedang berusaha memulihkan kembali hatiku yg rosak dan menegakkan kembali tiang agama ku,ianya mula rosak dan runtuh sedikit demi sedikit apabila aku sakit,musuh segala manusia yg terang dan nyata telah mengambil kesempatan ketika aku menghadapi ujian Dia dengan sabar dan penuh harapan agar Dia menyembuhkan penyakitku ini dengan meruntuhkan keimananku kepada-Nya... Runtuh segala dinding keimanan ku bagi menghalang godaan musuh segala manusia menghasut fikiran ku untuk melakukan larangan-Nya..Mulai saat ini juga,akan aku tentang hasutan yg menghasut fikiranku dan akan aku pulihkan hatiku serta akan ku tegakkan kembali tiang agamaku.. Aku tahu aku tidak berseorangan di dunia ini.. Aku yakin aku mampu melakukannya.. Jadi,aku berharap kepada sesiapa yg masih melakukan larangan-Nya. Menyesal dngan perbuatan yg dilakukan kerana masih belum terlambat untuk menyesal..Panjatkan la doa dan muhasabah lah diri agar fikiran kita sentiasa kuat untuk melawan hasutan syaitan yang akan merosakkan niat kita sbagai khalifah di dunia ini... Sekian,TQ..

Thursday, May 26, 2011

Kehidupan Di Dunia Kegelapan Dan Kesunyian

Assalamualaikum.. kadang kala,kehidupan manusia mempunyai berbagai2 jenis.. Manakala,kehidupan saya sebagai seorang pelajar,saya lebih memilih dunia kegelapan dan kesunyian yang penuh ketenangan dan keamanan.. Sehinggakan saya rasa x ingin hidup di dunia realiti... Dunia kegelapan dan kesunyian saya hanya terdapat beberapa orang sahaja yang dapat menembus kan cahaya persahabatan dan persaudaraannye selain Dia Yang Maha Kuasa. Kehidupan di dunia ini sungguh tenang dan aman. Saya dapat menumpukan perhatian untuk mengingati Dia yang Maha Kuasa mahupun menumpukan seluiruh tenaga tubuh saya yang sering kacau akibat daripada bebanan kehidupan sebagai seorang perantau di dunia yang sementara ini.. Meskipun kadang kala saya sering melihat kerenah manusia. Tetapi dunia saya tetap gelap dan sunyi.. Diri saya ini keseorangan selamanye kerana saya berasa keseorangan merupakan kompenen yang penting dalam kehidupan saya. Berapa ramai perempuan yang cantik mahupun comel,saya tetap keseorangan. Jiwa saya keseorangan adalah lebih kuat dalam mengingati Dia dan lebih fokus untuk berfikir jauh dan mendalam..Aku memandang dunia ini dengan teliti dan tajam. Aku berasa lebih dekat dengan Dia apabila keseorangan dan apabila aku meninggalkan segala perkara duniawi.. Itu la prinsip hidupku.. Sekian,terima kasih..

Tuesday, May 24, 2011

Kembara Hari Terbuka UniKL Caw.Taboh Naning

Assalamualaikum..Pada hari ini,saya dan rombongan sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin melawat ke UniKL di Taboh Naning sempena Hari Terbuka yg dianjurkan oleh pihak pentadbir UniKL.. Pada pukul 7.30,kami dikehendaki berkumpul di depan dewan sekolah. Pada pukul 8.20,bas UniKL tiba dan kami menaiki bas tersebut. Kami seramai 47 orang pelajar tingkatan 5 termasuk guru pengiring. Di samping itu juga,para pelajar tingkatan enam sekolah kami turut menghadiri Hari Terbuka Uni KL. Pada pukul 9.20,kami dijemput masuk ke dewan kuliah untuk mendengar ceramah daripada salah seorang staf pengajar yang mengajar di UniKL.. Pelbagai gurau senda dan maklumat yang kami dengar semasa ceramah berlansung. Pada pukul 10.30,ceramah tersebut di akhiri dengan acara cabutan bertuah. Dua orang daripada pelajar kami telah memenangi cabutan tersebut. Kemudian,pada pukul 10.55,kami dibawa oleh salah seorang staf UniKL melawat ke makmal dan kemudahan lain yang disediakan di UniKL seperti makmal kimia dan sebagainya.  Selepas itu,kami dibawa masuk ke makmal kimia untuk melakukan aktiviti yang telah disediakan. Kami melakukan aktiviti ini dengan penuh tekun dan seronok..Dalam aktiviti ini,kami perlu mengekstrakkan DNA kami masing-masing untuk dimasukkan ke dalam loket rantai leher yang disediakan.. Tujuan aktiviti ini ialah untuk membuat loket yang mengandungi DNA kami sendiri.. Di bawah ini ialah gambar-gambar loket tersebut.


My DNA Locket

My DNA Locket













Setelah kami selesai menyiapkannya. Kami dijemput untuk menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan. Kami makan dengan penuh selera sekali.. hehe.. Selepas itu,kami dibawa melawat ke pameran biologi dan kimia.. Pada pukul 12.20,kami menaiki bas UniKL untuk pulang semula ke sekolah kami dan meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.. Sekian kenangan saya hari ini.. Terima Kasih..

Saturday, May 14, 2011

Perubahan Selama-lamanya

Di saat ini,apabila aku menaip nota ini. di sini juga lah bermula perubahan diriku yang lebih dewasa.. diri ku yang sekarang ini tidak sesuai untuk menghadapi alam kedewasaan.. aku harus berubah.. dari kebisingan alam,bertukar kepada kesenyapan dunia yang gelap... dari hati yg terang benderang oleh cahaya dunia,menjadi kegelapan dunia yang asing,dari berasa diri ini disayangi ramai,kepada diri ini menjadi keseorangan... dari diri ini penuh kegembiraan kepada orang yang serius dengan kehidupannya.. dari pendiam yang masih berbicara sepatah dua kata,kepada pendiam yang senyap sehingga kehadiran diri ini tiada di dunia ini... dari seseorang yang lalai dengan keduniaan kepada orang yang arif tentang dunia yg dicipta ini... dari penglihatan yangterhadl,kepada penglihatan yang tajam tentang dunia ini... dari seseorang yg sentiasa leka dengan permainan duniawi,kepada orang yg teliti dengan setiap sudut dan detik masa dunia ini.. dan... dari orang yang kebudak-budakkan,kepada orang yang sentiasa bermuhasabah diri.... PERUBAHAN diriku ini kekal selamanya agar diri ku ini menjadi manusia yang sempurna dari segi pemikiran,perlakuan,jejak langkah,perbicaraan dan adab diri ini sbagai lelaki dan khalifah di dunia ini... aku harus berubah,kerana aku perantau didunia ini..... tempat ku hanyalah didunia akhirat yg kekal abadi selamanya......