Friday, November 25, 2011

Isteri Solehah Penyejuk HAti Suami

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.. Semoga hari ini adalah hari yg indah bagi kalian semua.. Pada artikel yg sebelum ini,admin ada sebut tentang wanita muslimah.. Seseungguhnye,admin teringin nak tahu pendapat para mukmin sekalian mengenai wanita muslimah tapi x mengapa.. Simpan sahaja pendapat kalian untuk diluahkan kepada para pendamping hidup kalian. Di sini admin sertakan lagi artikel dari I LUV ISLAM tentang wanita muslimah atau kita up satu pangkat lagi iaitu isteri solehah penyejuk hati suami..

                                                      alt

Dalam satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: "Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga."
Saya membalas : "Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.
"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu."
Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:
"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."
Artikel iluvislam.com

Sekian sebutir mutiara yg admin kongsikan ingin pasti membawa keuntungan seribu saat kepada kalian.. Hargai wanita solehah.... syukran.

Thursday, November 24, 2011

Couple Islamik(Halal ke??)

Assalamualaikum.. Para pembaca sekalian. Hari ini admin telah berkongsi satu note yg paling penting dari rakan2 admin..Dewasa ini,admin telah melihat ramai anak2 muda mengikut budaya barat tanpa mengira hukum agama sekalipun.. Ada antara mereka yg mahu menegakkan benang yg basah iaitu menjadi kan yg haram itu halal.,sedangkan yg haram tetap haram manakal yg halal tetap halal. Seharusnya tidak diubah sewenang-wenangnye.. Jadi,admin berharap,para pembaca sekalian menjadi kan kisah ini sebagai tauladan dan pedoman.. Ini lah kisahnya..

                                                                           

Couple Islamik?
couple islami...???
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…
~renung2kan dan selamat bermuhasabah~

Sekian,inilah iktibar yg ingin admin kongsikan agar para pembaca sekalian sedar tentang perkara ini.. trimas..

Gadis Berjubah Biru

Assalamualaikum.. erm.. hari ini admin sempat menaip tuk kali ketiga.. hehe.. erm. Hari ini kita berkisah tentang sebuah puisi menarik yg admin jumpa di website I LUV ISLAM. hehe..

                                                   alt

Dari kejauhan ku melihat,
Seorang gadis berjubah biru,
Sopan langkahnya tunduk pandangannya,
Ayu wajahnya tanpa noda.
Doa ibunya kepada gadis itu,
Ya Allah,
Kurniakan anakku ini,
Seorang pendamping yang baik dalam rumah tangganya,
Dia gadis yang solehah,
Biarlah pemuda soleh teman hidupnya.
Dia hanya hamba-Mu yang lemah,
Maka Engkau kuatkanlah dia,
Menghadapi ujian dan cabaran yang Engkau berikan,
Agar dirinya sentiasa kuat dan mampu,
Walau sekencang mana pun ujian itu menimpa.
Tanpa ku sedar gadis itu berlalu pergi,
Sebelum itu salam dititipkannya padaku,
Tanda dia teman sejati.
Wahai gadis,
Doakanlah semoga aku akan istiqamah,
Pasrah dan menyerah pada Yang Satu.
Teguh mendukung jalan perjuangan,
Penuh berliku dan sengsara,
Agar suatu saat nanti,
Di syurga menanti kita bertemu.
Amin...
Artikel iluvislam.com

Kan bagus kalo kebanyakkan gadis tau menjaga aurat mereka.. Sang TEruna pula tau menjaga batas2 mereka. pasti dunia ini akan lbih indah.. hehe.. SEmoga para mujahiddin sentiasa menunggu gadis muslimah dlm hidup mereka.. amin.. hehe

Wednesday, November 23, 2011

Mahligai Cinta Berserikan Taqwa

Assalamualaikum.. Ini adalah post kedua admin untuk hari ni. Lagipun,admin masih dalam medan peperangan SPM. Jadi admin kena fokus dan tak banyak idea yg admin leh gunakan tuk blog admin ini.. Kini,kita berkisarkan tentang cinta yg berserikan taqwa.

                                                  alt 

Teringat akan pertemuan pertama saya dengan bakal bapa mertua. Saya menjadi makmum kepada beliau semasa solat Maghrib. Beliau membaca sebahagian surah At-Tahrim, antaranya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim:6)
Ibn 'Abbas berkata tentang ayat ini:
Taatlah kepada Allah, jauhi keingkaran dan kedurhakaan kepadaNya, dan perintahkan keluargamu agar sentiasa ingat Allah, maka Allah akan menyelamatkan kamu daripada api neraka.
Mujahid berkata:
Bertaqwalah kepada Allah, dan perintahkan keluargamu agar bertaqwa kepadaNya.
Ingatlah kepadaNya
Firman Allah s.w.t :
Dan lelaki-lelaki yang banyak menyebut (nama) Allah serta perempuan-perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.(Al-Ahzab: 35)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
Aku (apa yang Aku berikan) adalah sebagaimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku (menyebut-Ku) dalam sekumpulan manusia, Aku mengingatinya (menyebutnya) dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka (kumpulan manusia itu).(Riwayat Muslim)
Bersangka baiklah kepada-Nya dalam segala perkara. Apabila berdoa, yakinlah bahawa Allah Maha Mendengar, yakinlah bahawa Allah mampu dan akan memakbulkan doa, dengan cara yang dikehendakiNya, dalam bentuk yang dikehendakiNya, pada waktu yang dikehendakiNya.
Ingatlah kepada-Nya ketika senang, Dia pasti bersama kita ketika senang dan susah. Jangan hanya mencari Allah ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit, dan melupai-Nya sewaktu senang dan gembira.
Mulianya Kita Di Sisi Tuhan Dengan Taqwa
Takrif taqwa oleh sebahagian ulama', yang dinaqalkan oleh 'Abdullah Nasih Ulwan dalam kitab'Menuju Ketaqwaan' :
Memelihara diri daripada azab Allah dengan mengerjakan amal soleh (dan menjauhi maksiat) dan takut kepadaNya ketika terang dan tersembunyi.
Firman Allah Ta'ala:
30. Dan ditanya kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan." Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi, dan sesungguhnya negeri akhirat ialah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa.
31. (untuk mereka) Syurga-syurga 'Adn, yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka beroleh di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bertaqwa.
32. (Iaitu) Mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu, masuklah ke dalam syurga disebabkan amal (kebaikan) yang telah kamu kerjakan".(An-Nahl: 30-32)
Sabda Rasulullah s.a.w. , sebahagian daripada hadis yang panjang:
Maka bertaqwalah kalian kepada Allah dalam hubungan dengan wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka melalui perjanjian dengan Allah (kalimah/amanah Allah). (Riwayat Muslim)
Cinta Kita
Ya Allah, jadikanlah diri kami mencintai keimanan dan hiaskanlah iman itu (jadikanlah iman itu indah) dalam hati kami. Jadikanlah diri kami membenci kekufuran, fasiq dan maksiat serta jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Jadilah Hamba Yang Ikhlas

assalamualaikum para pembaca sekalian.. LAma tak ketemu.. hhe.. Admin terlalu sbuk dngan SPM la... erm.. hari ni ada kesempatan waktu sedikit.. admin nak post tentang keikhlasan kita sebagai hamba-Nya..




                                                      alt


Setiap umat Islam wajib meyakini dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. Kita sememangnya tahu akan ibadah yang difardhukan ke atas umat Islam yang telah akil baligh dan cukup syaratnya. Namun begitu, ramai dalam kalangan umat Islam yang kurang menitik beratkan aspek ikhlas dalam ibadah kepada Allah s.w.t. Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan, dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi taala.
Ikhlas juga beerti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. Firman Allah s.w.t :
"Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar" (al-Bayyinah:5)
Jika kita amati benar-benar, sekurang-kurangnya kita telah mengucap kata ikrar dan janji sewaktu di awal permulaan solat. Hal ini sekurang-kurangnya berulang lima kali dalam sehari jika kita membaca doa iftitah.
"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mantadbir sekalian alam." (al-An'am:162)
Setiap amalan yang ikhlas kerana Allah s.w.t akan diangkat dan diterima olehNya. Amalan yang dilakukan dengan tidak ikhlas pula bukan sahaja tidak diterima malah menjurus kepada kemurkaan Allah s.w.t. Niat dan keikhlasan adalah saling berkait rapat. Keikhlasan akan terbit dari apa yang diniatkan. Hal ini telah disebut dalam hadith daripada Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu"(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keikhlasan adalah terbit daripada hati dan disudahi dengan tindakan. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat atau berpura-pura. Sesungguhnya, amalan yang berpura-pura tidaklah dikira ikhlas kerana Allah s.w.t. Niat hati yang ikhlas sudah cukup untuk membuahkan ganjaran pahala disisi Allah s.w.t sekalipun amalan tersebut belum dilakukan. Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mencatatkan kebaikan dan keburukan serta telah menjelaskannya di dalam Kitab-Nya. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan mampu lebih banyak lagi. Sesiapa yang telah berniat untuk berbuat keburukan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan satu keburukan untuknya."(riwayat Muslim)
Kejayaan dan kemenangan seringkali bersama dengan amalan yang disertakan dengan keikhlasan keranaNya. Mereka yang ikhlas akan menuju kepada suatu jalan kebaikan, bersih daripada sikap keangkuhan, dan terselamat daripada jatuh ke lembah keduniaan yang pastinya akan membaca kepada kemusnahan serta kehancuran.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya diketahui oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain mengetahuinya (dan hanya itulah balasannya). Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya dilihat oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain melihatnya (dan hanya itulah balasannya)."(riwayat Bukhari dan Muslim)
Pujian dan celaan sering kali menjadi ujian dan cabaran yang besar buat insan yang beramal dengan ikhlas. Keikhlasan tidak menyebabkan diri terpengaruh atau terjejas ketika dipuji atau dikritik. Jika melakukan amalan hanya untuk mengharapkan pujian, maka keikhlasannya adalah diragui. Adapun begitu, jika dengan pujian membuatkan keikhlasannya tidak berubah, maka itu adalah suatu kebaikan buat seseorang muslim. Abu Zar r.a berkata. Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
"Bagaimanakah tentang seseorang yang berbuat kebajikan, lalu ada orang memujinya, sedangkan niatnya ikhlas kerana Allah?. Baginda menjawab: itu adalah kegembiraan awal yang diberikan kepada seorang Mukmin"(riwayat Muslim)
Semoga kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang ikhlas kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan. Ingatlah, setinggi mana pun kedudukan kita, sebanyak mana harta yang kita ada dan semulia mana kita disisi manusia, kita hakikatnya hanyalah hamba yang lemah dan tidak berdaya. Moga keikhlasan menjadi asbab untuk meraih redha Allah, wallahua'lam.
Artikel iluvislam.com

P.S:jadi la hamba yg ikhlas kerana-Nya tanpa memerlukan sebarang balasan kerana balasan tersebut telah tersedia untuk kita dan kita x perlu mengharapkannya pun.. erm.. semoga kita ini adalah hamba-Nya yg slalu bertaubat