Thursday, March 31, 2011

Kenangan KU Persatuan KHB SMKTBT

Salam.. Kenangan ini terhasil ketika membuat projek yg disuruh oleh guru kami iaitu projek membuat kotak kapur... Erm... Pelbagai gurauan dan kerenah yg saya lihat dari rakan2 saya.. Saya sungguh gembira skali... Akhir,kami berjaya menyiapkan projek tersebut.. Ini adalah gmbr projek tersebut.. TADA.....
                                                     


Projek Persatuan KHB

 

Projek Ku 1


Projek Ku 2




Projek Ku 4



Projek Ku 3

Tuesday, March 29, 2011

Genta Purba(Mengenang Kemegahan Silam)

I

Siapa tahu genta purba kembali bergema
Mencabar roh-roh pahlawan
Yang dengan keringat dan darah
Membangun tugu-tugu perkasa
Di atas tindihan mayat-mayat bergelimpangan
Yang kemudiannya matinya tak bernama
Rebahnya tanpa upacara

Siapa tahu genta purba kembali bergema
Mencanang perintah raja dari istana
Lalu bertingkah gong dan gendang
Sahut bersahut rebana di balai
Mendayu-dayu nobat di ruang
Berangkatlah baginda beriring dayang-dayang

II

Melaka empayar perkasa berpuncak daulat raja
Tun Perak Bendahara terbilang lagi perwira
Hang Tuah terkenal handal pahlawan raja
Jebat rakyat mungkar konon
menyanggah raja

Dalam sejarah tun Seri Lanang berkisah
Tentang Srivijaya,Majapahit dan Melaka
Pisang jarum dan air Bukit Cina
Bandar Melaka berkawal panglima
Terlalu pintar Bendahara Seri Maharaja
Melaka sebuah empayar di Asia Tenggara
Benua China menghulur jambatan mesra
Mengutus puteri cantik sebagai duta

III

Apakah mungkin genta purba kembali bergema
Lalu berulang sejarah dua zaman
Siapa tahu Raja Melaka bangun dari makamnya
Menghantar utusan pula ke benua China?

Shamsuddin Jaafar,
Kuala Lumpur.
(Buku Teks Sejarah Ting.5)

Admind:"hargai la sajak melayu warisan kita,berbangga la kita sbagai org melayu"

Saturday, March 26, 2011

Terkejut!!!!!

Salam... Sebenarnye cerita ni da lama berlaku.. Pada satu hari tu,saya pergi ke bank. untuk mengeluarkan wang.. tapi.. selepas saya selesai mengisi borang pengeluaran,saya pown duduk la, yg peliknya masa tu,ada la dua orang akak kat depan ngan sorang adik... Akak yg sorang tu terpandang saya.. tapi pastu,dia asyik pandang saya n berbisik ngan kak yg lagi sorang ngan sorang adik tu.. Kemudian,smpi la giliran saya ke kaunter.. Selepas abis urusan di kaunter, saya pown berjalan menuju ke pintu keluar bank dan akak tu asyik pandang saya.. Saya terfikir dlm ati, hensem ke saya ni... Masyaallah,masakan smpi begitu hebat skali takdir Dia yg Maha Kuasa... Selepas hari itu,saya fikir ada baiknye jika saya trus berbuat kebaikan agar dibalas baik dlm apa jua cara.. hehe.. sekian,tq...Ingat,buat baik dibalas baik dlm apa jua keadaan dan cara..

Thursday, March 3, 2011

Rakan-rakan Penyeimbang Kesunyian Dan Kegembiraan Dlm Diri Manusia

Assalamualaikum.. Rakan-rakan adalah kwn yg sering memahami  dan menjadi tempat kita meluahkan masalah yg dihadapi serta sbgai teman hidup kita.. Di sini,saya ingin menceritakan keadaan saya dengan rakan2 saya. Pada hari ini,saya mula berasa yg rakan-rakan adalah teman yg sering mengembirakan kehidupan kita,dengan adanya rakan,kita tidak akan kesunyian.. Tetapi,hari ini juga saya terfikir,betapa pentingnya rakan sehinggakan saya rasa tenang skali apabila saya memberikan sokongan kepada rakan-rakan saya.. Baru kali ini lah saya berasa kehilangan dan kehadiran mereka dlm hidup ini... Sesungguhnya,Dia yg Maha Kuasa lagi Maha Esa telah mentakdirkan kepada saya rakan-rakan yg memahami saya... Saya sungguh gembira skali.. Sungguh tenang skali perasaan ini apabila mempunyai rakan-rakan yg ramai dan memahami kita.. Alhamdulillah,walaupun saya seorang pendiam tetapi msih ada yg sudi berkwn dngan saya..Syukur...Jadi,saya harap para pembaca sekalian,hargai la rakan2 anda seperti mana anda menghargai kekasih anda.. Hiburkan la hati mereka agar mereka berasa tidak keseorangan

Sunday, February 27, 2011

Mentari Pagi Yg Menyinari Alam Dengan Keindahan Cahayanya Yg Terang

Assalamualaikum warrahmatullah hiwaba rokatuh saya ucapkan.. Pada pagi ini,aku menjejak kaki untuk bergerak di alam-Nya yg indah disinari cahaya mentari pagi yg bukan sahaja indah tetapi mempunyai manfaat kepada manusia.. Sesungguhnya,begitu hebat sekali ciptaan-Nya.. Aku kagum melihat kecantikan yg tercipta daripada gabungan cahaya mentari yg menyinar dengan warna awan yg membiru di langit,suatu ciptaan yg tidak dpat dicipta oleh manusia yg merupakan hamba-Nya tetapi hanya mampu melukisnya dalam bentuk lukisan bagi para pengkarya lukisan yg mencintai keindahan alam ini...Aku mula terfikir,mengapakan diriku termasuk diri hamba-Nya yg lain sewenang-wenangnya melakukan dosa sedangkan betapa hebat ciptaan-Nya untuk dihayati dengan ayat2 zikir yg indah bunyinya apabila kita menyebutnya... Alangkah kagumnya daku sehingga lahir rasa menyesal di hatiku ini atas dosa yg aku lakukan kerana x dpat mengawal kejahatan yg paling besar skali yg wujud dlm diri setiap manusia.. Aku sungguh menyesal skali sehinggakan aku panjatkan doa agar Dia memimpin daku ke jalan yg benar..Dlm hati aku,mula terpancarnya cahaya semangat yg kecil yg membencikan larangan Dia walaupun cahaya itu sering kalah,tetapi ia tetap membarakan nyalaan apinya agar dpat menyedarkan aku bahawa kehidupan ini lebih tenang jika dijalani dengan syariat Islam dlm diriku.. Itulah cahaya keimanan yg aku cari2 selama ini,aku harap aku dpat menguatkan lagi cahaya keimananku ini agar ia menjadi pendinding keimanan kepada segala kejahatan yg datang kepada diriku... Sekian saje untuk hari ini... Diharap suma pembaca sentiasa mengingati Dia yg Maha Kuasa lagi Maha Esa ye...Ingati la Dia dengan ayat2 zikir yg indah bunyinye... Salam.

Friday, February 25, 2011

Hidup Ini Sentiasa Ada Hikmahnya..

Sebermulanya pada satu hari yg da berlaku dahulu,saya bertanya kepada pak ngah,sama ada dia mempunyai KWSP atau tidak.. Ternyata dia ada tetapi dia da lupa no.KWSP dia.. Jadi saya berusaha untuk menolongnye,akhir.. hanya jalan buntu sahaja yg saya jumpa.. Tetapi semenjak beberapa hari ini,kami mendengar berita... Ianya menyatakan bahawa setiap pemunya KWSP boleh memeriksa penyata KWSP mereka melalui sistem baru yg dikenali sbagai i-akaun... Jadi saya pown mula mencari di internet... Akhirnye,saya jumpa sesuatu yg menjadi titik permulaan bagi kejayaan saya dlm menolong iaitu no.talian pertanyaan... Selepas pak cik saya menelefon pihak KWSP... Harapan membuahkan hasil.. Pada hari ini,saya pergi ke Alor Gajah menuju ke cawangan KWSP di sana... Sehabisnya,kami berbincang dngan pihak mereka,kami berasa gembira kerana akhirnye perjalanan kami membuahkan hasil walaupun dengan penat lelah yg msih bersarang dlm diri saya sekarang ini.. Hari ini,saya mempelajari bahawa setiap permintaan kita,Dia pasti akan menunaikan cuma bergantung pada masanye sama ada cpat atau lmbt dan berapa lamakah kesabaran kita dlm mengkehendaki sesuatu barang itu... Oleh itu,setiap perkara itu,haruslah kita lakukan kerana Dia yg Maha Kuasa lagi Maha Perkasa agar setiap pekerjaan kita itu mendapat keberkatan-Nya... Erm,setiap sesuatu barang atau perkara yg berkat,adalah sesuatu yg Dia redhai untuk kita memilikinye... Jadi disini,saya harap,para pembaca suma sentiasa beringat2 dan lakukan setiap kebaikan kerana-Nya,kerana ianya ada hikmahnye untuk diri kita.. Sekian,TQ..

Saturday, February 19, 2011

Dugaan Hidup Yg Datang Melatih Rohani Dan Jasmani Ku...

Smalam merupakan hari Sambutan Maulidur Rasul di sekolah aku... Pada mulanya,aku berasa gembira tetapi apabila ujian-Nya smpi kepada ku,iaitu dengan melakukan kerja yg disuruh oleh guruku yg ku  sangkakan mudah tetapi susah mengikut tahap keimanan ku...Sebermulanya aku melakukan kerja tersebut... Aku mula mengetahui tentang kesilapan dan kecuaian diriku ini... Sesungguhnye,aku melakukan kerja tersebut dngan penuh cabaran dan dugaan yg x pernah ku sangka akan aku hadapi dlm hidup ini... Ianya sungguh membuatkan diriku berasa malu kerana kecuaian aku dlm mengenali setiap guru-guru yg terdapat di sekolah ku sehingga menyusahkan aku dlm pencarian guru2 yg berkenaan yg terdapat dlm senarai yg diberikan oleh guruku menyebabkan tubuhku ini terpaksa menanggung kepenatan  yg sungguh memenatkan. Akhirnye,aku sedar akan kesilapan ku dan memori smalaman telah membantu aku mengingati setiap guru2 yg telah lama mengajar di sekolah tersebut dan juga guru2 yg baru mengajar di sekolah itu walaupun hanya segelintir sahaja yg dpat kukenali.... Aku mengharapkan pertolongan-Nya,walaupun Dia menolong aku dlm urusan ku smalam,aku sedar yg usaha aku hanya sedikit disebabkan kesilapan aku sndiri sbgai plaja yg telah lama bersekolah di sekolah itu..Pada pagi ini yg bertarikh 19.2.2011,Aku menadah tangan memanjatkan rasa syukur atas ujian yg diberikan oleh-Nya..Sekarang baru lah aku sedar,bahawa dlm hidup ini penting untuk kita mengenali setiap manusia  terdapat di tempat2 yg sering kita pergi dlm rutin harian kita seperti di sekolah,di tempat kerja,di kolej dan di mana2 sahaja kita berada.... Sekian..smalam akan menjadi detik peringatan dan pengajaran buat diriku...