Tuesday, December 27, 2011

Today'S Hang Out

Assalamualaikum. hai para pembaca sekalian,kali ini admin kembali dngan memori yg lbih indah. erm indah sngt ke? Mesti la indah sebab hari ini admin hang out dngan kwn2 admin termasuk la dngan si dia walau sekadar kwn tetapi alhamdulillah dpat lihat dia ceria hari ni.

  Sebermulanye pada pukul 8.00 pagi,admin da lama bngun da tapi saje ltak pukul 8.00 pagi. hehe.. Pada waktu itu admin sarapan  dan menonton tv. Seketika,masanya pown da pukul 8.30. Admin bersiap untuk pergi ke pasar sbab admin nak bli bahan2 untuk memasak hari ni tapi bkan admin yg masak.. hehe..Apa-apa pun,dpat ler tolong skit2. Erm.. ckap psl hang out,admin pown call si dia yg lbih dikenali sbagai siti ,bincang2. Admin pown call la member admin yg laki,just kita panggil dia epul yek. haha.. Si epul ni pown jwb panggilan admin.
 
Epul:Assmualaikum.
Admin:Waalaikumusalam,ko kat ne?
Epul:Aku kat BSN Tampin.
Admin:ouh,kalo cmtu,aku on the way g BSN la. Aku dkat je ngan BSN.
Epul:Ok2. Assalamualaikum..
Admin:Waalaikumusalam.

Admin pown suh driver admin bwak pi BSN tampin,VROOM2. Laju jgak la dia bawak walaupun pakai proton saga 1.5 yg lamanye. hehe... Sampai je kat BSN,admin msuk,jumpa epul. Admin tanya,"wei,no.ko tinggal brape lagi?". Epul beritahu admin," Tinggal 3 je lagi". Admin pown faham ler.. So.admin suh driver tunggu jap, hehe.. Erm,tunggu2 punya tunggu,bulan tak muncul2. haha maknanye giliran epul lmbt lagi la. Tit Tot Tit Tot. Sampai giliran Epul. Da siap da. Da,jom naik keta,driver admin pown anta ler kat bakery n cafe yg berdekatan dngan 'bus stand' Tampin.. Erm,Epul ni kadang-kadang suka merayau,jadi Admin duk menunggu je la kat dpan bakery tu. Erm,tunggu punya tunggu,bulan yg indah wajahnya telah pun sampai tapi boleh pulak dia belok kanan nak pi kedai. Ehhhhhh.....Aiseh,keseorangan lagi......

                                              

Hurm,Admin tak kisah pown. Rasa nak pekena teh tarik tapi admin tetap setia menunggu sahabat admin kat luar tu walaupun ada pak cik sengal sakat admin.

Pak cik:erm.. buek apo kat sini?
Admin:tak do la pak cik,tunggu kwn je..
Pak cik:Tinggal kat mano?
Admin:Tampin Jaya.
Pak Cik:erm,cucu sapo ni?
Admin:cucu cik melah,
Pak cik:eh,pak cik x kona do.. x po la.. pak cik msuk dulu ye..

Pak cik tu pown msuk bakery ngan bini dia.. Keseorangan lagi. Kuang kuang kuang. Kemudian,Siti pown sampai,sesaat je. Dialog dia:"Aku nak pi topup jap ea". Keseoraangan lagi sekali. ntah ke brapo kali ntah,maleh kiro.. haha. 3 minit kemudian,Siti datang balik. Siti ckap"Epul mane?". Admin balas:"ontah la dio." hehe.. Siti pown masuk ke dalam bakery tuh,admin follow siti selepas beberapa minit,tengok dia bli air kotak. Lepas tu,admin pown kluar balik.. Admin tunggu je la kat luar tuh.. Siti pown keluar sambil di sakat oleh pak cik tadi. Siti berdiri kat luar sama mcm admin tapi jarak kitorang sebatu jauh nye walaupun bakery tu tak brape besar. huhu.. Pak cik tu tanyo admin,"ni sapo?". Admin balas,"ni kwn saya." Pak cik,"ehem2. Lepas tu,pak cik tanya siti plak."Dua orang je ke?". Siti jawab,"Tak,ada lagi sorang tu ha,baru nak sampai".
Pak cik tu plak kata,"oooo yg ni ha,si encem ni ea". Epul pulak,"eh....." . hehe... Pak cik tu nak pergi sambil mebonceng motor kerepot dia tapi boleh pulak dia "Ehem2" dkat Admin. Ceh.... Lepas tu tamat la perbualan kitorang berempat ngan pak cik tuh. Sambil-sambil tu,Admin ngan Siti gelak kan Epul. hahahahhahha.. encem ye..

Admin pown ajak Epul msuk bakery sbab Admin nak order teh tarik satu,walaupun muda,layan je la teh tarik.. Epul ajak Siti masuk skali.. Ceh,melecur lidah admin sebab minum teh tarik time msih panas lagi.. huhu. Epul borak ngan Siti,"bla bla bla bla bla bla". Tidak lama selepas admin habiskan teh tarik admin,admin pown join "conversation" diorang.. "pot pet pot pet,hahahahha" Masa tu admin tunggu member admin lagi sorang. Punya la lama dia nak make up n dressing. Huiyaii,sampai sejuk satu badan admin. haha.. Tapi sempat la wat lawak n gelak antarabangsa ngan Epul n Siti. hehe. Cut. Satu jam lepas tu,member ni pun sampai. Kita knal dia sbagai Putrin Ija. Comel jgak nama. hehe. Sekarang Admin,Epul,Siti dan Putrin Ija 'get out da bakery'. hehe.. Kitorang pergi kedai celcom untuk menolong Siti mendapatkan internet dia. Sampai je dkat celcom,tiga orang ni msuk dulu tapi sorang pown x nak ckap.. Admin juga yg ckap kat akak yg keje dkat celcom,"bla bla bla bla bla,kwn saya nak 'register celcom broadband". hehe. Lama punya lama kitorang dkat celcom dngan perbalahan di antara Putrin ija n Epul tapi Admin n siti yg leraikan.. Putrin merajuk. hehe.. Macam-macam babak yg berlaku dkat celcom tu. huhu.. Ada yg hot,Ada yg cool.. Apa-apapun,segalanya selesai tapi ada awek kat celcom tu syok kat Epul la. hehe.. gurauan je.. huhu..

Kemudian,kitorang bergerak ke bakery yg lagi satu untuk membeli beberapa pau dkat sana. Admin dan Epul minta pau 2 je,biasa la kitorang laki. hehe.. Putrin dan Siti minta satu je..Fast forward...Kitorang pergi library Tampin. Sambil berehat di bawah pokok dengan meja dan kerusi yg disediakan,kitorang mkn pau atau lebih dikenali sebagai "Parti Pau". Bkan parti pau duit orang yek. hehe.. Admin mkn satu,Putrin mkn satu,aiseh cam romantik je. haha.. Epul mkn dua dan Siti pulak simpan dua pau. Erm,ada la jgak perbualan dkat sini tapi admin malas nak msukkan dlm post ni la. hehe. Next,kitorang masuk library. Da tulis nama n waktu da. Admin duduk ngan diorang sambil repair netbook diorang. Erm,admin install la pape yg diperlukan tapi Epul punya masalah msih tak settle sebab admin tak tau nak settlekan. hehe.. Untuk Putrin dan Siti,Alhamdulillah settle jgak..Boleh la jgak admin ajar diorang berdua pasal komputer nih. Sorang anggunk,dua orang angguk. Lama-lama angguk-angguk,geleng-geleng. Kira gitu la citer nye. haha. Kemudian,Epul dengan gaya degilnye nak pergi ke bakery cottages dngan tujuan yg tidak diketahui. Papai. hehe. Lepas tu,Putrin dpat berita yg kurang menyenangkan. Admin ucap takziah kat Putrin dalam hati,kalo nak ucap btol2,admin sms je putrin ptang tadi. Kitorang pown balik rumah masing2.. tAmat la story memory admin ari ni walaupun bnyak yg cutting tapi bukan cutting Khatan tau.. haha.
Thank,sekian.

P.S:admin penat mlm ni,smpi tak dpat nak berfikir dngan baik. haha.. Penat sngt.. erm.. kepada kwn2 yg bersama ari ni.. maaf kalo ada rasa tak puas hati dngan post ni. Tujuan post ini untuk merekod kenangan admin hari ni.. Admin mohon maaf bnyak2. Semoga hari kalian ceria slalu.

This song is for Putrin ija. Jangan bersedih ye wahai sahabat.


Monday, December 26, 2011

Insan Datang Dan Pergi

                                                          alt

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

Dunia Atau Akhirat?

                                                         alt

Pada zaman moden kini, ramai yang telah lupa tanggungjawab masing-masing sebagai manusia terutamanya remaja. Mereka terlalu lalai dengan duniawi sehingga melupakan tugas mereka di dunia ini sebagai pengembara sehingga lupa kepada pencipta mereka sendiri iaitu Allah S.W.T.
1) WAKTU
Manusia sentiasa menjaga atau lebih tepat lagi menepati waktu mereka sesama manusia.
Di mana mereka cepat menggelabah apabila tidak dapat menepati waktu yang di janjikan dengan orang sekeliling kerana khuatir di kenali sebagai seorang yang tidak menepati masa.
Sebaliknya, manusia tidak menjaga waktu mereka dengan Allah S.W.T.
Manusia tidak menjaga waktu solat. Di mana mereka sering melambatkan waktu solat. Kebanyakan manusia suka menunaikan solat di akhir waktu.

2) PATUH KEPADA PERINTAH
Manusia sentiasa patuh kepada perintah manusia.
Kekasih patuh kepada kepada pasangannya sehingga sanggup menyerahkan segala-galanya demi cinta.
Sebaliknya, manusia tidak patuh kepada Allah S.W.T.
Lelaki dan perempuan tidak patuh kepada perintah Allah S.W.T di mana Allah S.W.T mewajibkan supaya menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan sehingga ada yang terjerumus ke dalam maksiat dan mengakibatkan lahirnya anak di luar nikah.
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

3) MENGHORMATI PENDAPAT/KEPUTUSAN
Manusia menghormati pendapat orang di sekeliling.
Rakan menghormati pendapat rakan yang lain kerana khuatir akan membuatkan rakan yang memberi pendapat akan berkecil hati.
Sebaliknya, manusia tidak menghormati keputusan Allah S.W.T.
Manusia mudah kecewa, sedih apabila tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka menganggap hidup tidak sempurna dan bernasib malang.
Sedangkan manusia tidak pernah tahu bahawa Allah S.W.T punya sejuta alasan di atas segala yang berlaku dalam kehidupan manusia. Tetapi manusia tidak sedar bahawa Allah S.W.T lebih berkecil hati dengan tindakan kita yang memperkecilkan kebesaran-Nya.
"Allah S.W.T tidak memberikan apa yang kita inginkan dalam hidup, tetapi Allah S.W.T memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup."

4) SABAR
Manusia sentiasa sabar dengan manusia lain.
Manusia sabar dengan kerenah manusia lain sehingga sanggup bersabar semampu mungkin demi menjaga hubungan.
Sebaliknya, manusia tidak sabar dengan Allah S.W.T.
Manusia tidak bersabar sedikit pun akan ujian yang Allah S.W.T berikan. Manusia cepat berputus asa kerana merasakan penantian untuk memperoleh sesuatu terlalu lama.
Ingatlah bahawa ada hikmah di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah S.W.T hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

5) HUBUNGAN
Manusia sentiasa menjaga hubungan mereka sesama manusia.
Mereka menziarahi jiran tetangga, sanak saudara, menjaga hubungan dengan semua di dalam laman sosial seperti facebook, myspace, tagged dan juga twitter.
Sebaliknya, manusia tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah S.W.T.
Manusia leka dengan duniawi untuk perkara yang tidak berfaedah seperti laman sosial (facebook, myspace, tagged dan juga twitter) sehingga mengabaikan solat lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Sedarkah kita bahawa hubungan dengan Allah S.W.T lebih penting berbanding hubungan dengan manusia?
Kerana manusia boleh meninggalkan manusia untuk manusia yang lain tetapi Allah S.W.T tidak akan pernah sesekali meninggalkan hamba-Nya walaupun sebesar mana dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya.
Jadi, dimanakah kedudukan kita sebagai manusia?
Di kedudukan MANUSIA+MANUSIA ataupun MANUSIA+ALLAH?
Renungkanlah.

Sunday, December 25, 2011

Penting Rehat Dalam Senaman


                                                     alt  



Isu rehat memang penting! Rehat merupakan satu perkara yang selalu dipandang rendah oleh ramai pengunjung gym. Overtraining merupakan kesan kurang rehat seseorang. Contoh orang yang kurang perihatin kepada rehat dan adalah mereka yang:
  1. Melatih satu bahagian badan (seperti biceps) hampir setiap hari
  2. Melatih sepanjang tahun, tanpa rehat
  3. Berlatih beberapa jam di gym setiap hari.
  4. Sudah bosan meneruskan program latihan.
Saya bahagikan rehat kepada dua jenis, 1. rehat antara sessi senaman dan 2. Seasonal Rest atau rehat bermusim.

Rehat Antara Sessi

Betul atau tidak: Otot membesar sewaktu weight training di gym!? Tidak! Otot sebenarnya membesar sewaktu rehat. Sessi senaman di gym merupakan perangsang untuk pembesaran otot tetapi ia perlu direhatkan selepas itu. Latihan mengangkat berat menyebabkan koyakan microskopik kepada otot yang dilatih. Otot itu perlu direhatkan untuk membolehkan badan membaiki dan sekaligus membesarkan (menguatkan) otot berkenaan. Proses ini mengambil masa lebih kurang 72 jam. Oleh kerana itu, anda diggalakan untuk menunggu paling kurang 72 jam sebelum melatih otot yang sama sekali lagi. Tanpa rehat antara sessi ini, usaha anda agak sia-sia.

Rehat Bermusim

Bagi atlit dan pengunjung kerap gym seperti Ravi, sendi, tulang dan otot anda banyak melalui wear & tear yang tidak dapat dibaiki dalam sehari-dua. The only way to allow your body to fully recuperate, adalah dengan menjadualkan rehat bermusim setiap 3-5 bulan. Berapa lama anda harus rehat? Saya syorkan 1-2 minggu. Dalam period tersebut, anda harus rehat sepenuhnya untuk membolehkan badan anda recover sepenuhnya. Rehat bermusim ini juga bertujuan untuk refuel your mental enthusiasm. Lama-kelamaan, semua orang jemu melatih week in and week out, jadi rehat bermusin ini sesuai untuk rehatkan diri anda dari segi fizikal & rohani.
Takut rehat akan merosotkan perkembangan anda? Mungkin anda akan kehilangan sedikit performance atau kekuatan sewaktu rehat bermusim, tetapi ia hanya sementara dan cepat kembali apabila anda mulakan training semula. Ia umpama stock market yang mempunyai kitaran atas & bawah (up & down cycle).
Remember: its not the quantity but the quality of your workouts that matter! Pentingkan rehat untuk mengelakkan daripada overtraining

Allah Ajarkan Siapa Aku

                                                        alt

Kita sebenarnya bukanlah jasad ini, kita bukanlah tangan ini, bukan mata ini,fizikal kita hanyalah alat yang diberikan Allah untuk kita melakukan aktiviti memenuhi tugas dan amanah kita di muka bumi ini. Bayangkan seorang Eksekutif yang baru memulakan tugas, apakah antara kemudahan yang mula-mula diberikan kepadanya? Sebuah komputer bukan? Dengan komputer itu si Eksekutif tadi akan mudah melakukan tugasannya.Allah juga memberikan komputer ini kepada wakil-Nya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan. Itulah fizikal kita yang lengkap dengan sistem otaknya yang begitu hebat, sistem perjalanan darah, sistem penghadaman dan berbagai-bagai sistem yang ada di dalam diri kita.
Mana hebat komputer Allah ini berbanding PC kita di pejabat? Tak terbandingnya bukan?Bukan sahaja Allah bekalkan kita dengan sebuah "komputer" yang begitu hebat sistemnya tapi Allah bekalkan juga kita akal fikiran, nafsu dan Ruh yang masing-masingnya punya potensi yang amat luar biasa sekali. Segala yang diberikan Allah ini menjadikan kita makhluk Allah yang paling sempurna dan dengan kesempurnaan itu dibandingkan dengan makhluk-Nya yang lain maka kita dilantik menjadi wakil-Nya di muka bumi ini.Malangnya selama ini kesedaran ini tidak ada. Kita merasakan diri kita ini adalah fizikal berserta nafsu dan akal.Maka bila kita pandai membuat sesuatu, kita dengan cepatnya merasakan kitalah yang pandai itu.Betulkan?
Saya diberi peluang diajar Allah untuk MERASAKAN diri saya yang sebenarnya. Ketika kita tidur, diri kita yang sebenarnya tidak ada di dalam jasad kita. Badan dan fizikal kita semuanya lemah dan ibarat sebuah komputer yang di off kan suis ke sumber elektrik maka komputer itu tidak mampu menjalankan apa juga aktiviti yang biasanya boleh dijalankan sebelumnya. Sama dengan fizikal kita, apabila kita tidur, ia hanya sebuah fizikal kosong, tidak mampu melihat, tidak mampu berfikir, tidak mampu berjalan.Benarkan? Diri kita yang sebenarnya tidak ada di dalam jasad itu.Allah ada menerangkan hal ini di dalam Al-Qur'an bahawa Allah mengenggam jiwa kita saat kita tidur dan sekiranya kita diberi umur lagi maka Allah akan mengembalikan jiwa kita dan kita hidup sehari lagi dan begitulah yang berlakunya setiap hari.
Petang semalam saya dan suami tertidur di dalam kereta sementara menantikan appointmentkami dengan seorang sahabat. Kami tertidur kerana terlalu amat keletihan. Badan saya begitu amat lemah dan terus saya tertidur. Lebih kurang dua jam selepas ini, saya sedar tetapi saya tidak dapat bergerak, saya tidak dapat menggerakkan tubuh saya.Saya sangat sedar ketika itu,ingin sahaja saya panggil suami saya di sebelah agar dapat menggerakkan tubuh saya yang kaku tapi tidak berdaya. Saya sempat berkata di dalam hati saya, adakah tiba masanya saya pulang pada Allah?Saya cuba lagi menggerakkan tubuh saya namun tidak mampu.Saya katakan pada diri saya ketika itu, siapkan saja untuk menghadap Allah.Saya hampir tidak mahu mencuba lagi dan ingin saja terus menyerahkan diri kepada Allah.Kemudian timbul satu kekuatan untuk terus berusaha kerana di hati masih ingin terus hidup.Maka saya kuatkan sepenuh tenaga untuk menggerakkan tubuh saya dan tiba-tiba saya terjaga.

Sebenarnya saya pernah mengalami keadaan seperti ini. Saya rasa sahabat semua pernah mengalaminya bukan? Kita tersedar dari tidur tapi badan tidak dapat digerakkan.Macam-macam penjelasan kita pernah dengar, ada yang kata kena himpit dengan hantu, ada yang kata badan letih sangat.Semalam saya mendapat satu paradigma yang baru.Saya terus menyedari bahawa ITULAH AKU YANG SEBENARNYA.Aku yang pada hakikatnya terpisah dari jasad ini, aku yang sebenarnya bukan jasad ini.Alhamdulillah, sudah berapa lama perkara ini terjadi tetapi kita tidak menyedari bahawa Allah memberikan kita pengalaman MERASAKAN diri kita yang sebenarnya.Terima kasih Allah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Bagaimana Melihat Dari Perspektif Pelanggan

                                                         alt

Antara perkara terpenting bagi seseorang usahawan adalah apabila berkomunikasi dengan orang lain. Secara umum, kita akan membiarkan kita berkomunikasi secara automatik dan kita akan belajar dari kegagalan ini (namun ada ketika kita tidak pernah belajar).
Contohnya, apabila anda menghubungi seseorang pelanggan anda untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda akan call dan terus bercakap seperti biasa. Contohnya "Hello, nama saya SJ, saya nak promosikan perniagaan saya iaitu... bla bla bla"
Kemudian anda akan cuba lagi dengan kaedah yang sama dengan pelanggan lain. Akhirnya jika 20% dari panggilan itu berjaya, anda akan cuba mengubah sedikit cara panggilan atau teruskan dengan cara biasa kerana anda sudah berpuashati dengan 20% ini.
Namun sebenarnya anda boleh meningkatkan keberkesanan panggilan ini jika anda lebih prihatin dan melihat dari kaca mata pelanggan. Maksud saya, anda boleh dapat keputusan positif yang lebih dari 20% jika anda berusaha.
Bagaimana ?
Tips utama adalah, jika anda ingin menghubungi seorang pelanggan untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda perlu pandang dari aspek pelanggan tersebut dan bukan dari aspek anda.
Saya biasanya akan melakukan beberapa sesi dialog dalam kepala tentang bagaimana untuk bercakap dalam bahasa yang sama dengan pelanggan tersebut. Ini dilakukan sebelum membuat panggilan. (ini hanya memakan masa beberapa minit, lama-kelamaan anda akan melakukannya secara spontan)
Contohnya
Kaedah A : "Assalamualaikum, saya SJ dari syarikat xx, kami ingin menjual produk kami iaitu Pen Membaca Quran..."
Kaedah ini sama seperti apa yang dilakukan oleh salesman insuran atau kad kredit lain. Jadi pelanggan akan mengelak untuk bercakap lebih lanjut sebelum anda nyatakan apa perniagaan anda.
Kaedah B : "Assalamualaikum, saya SJ, saya dapat nombor ini dari Si A, kami nak jual Pen Membaca Quran yang terbaru di pasaran."
Kaedah ini lebih baik daripada kaedah A, tetapi masih nampak seperti anda yang ingin pembeli membantu anda, bukan anda yang membantu pembeli.
Kaedah C : Assalamualaikum, saya SJ, saya ada produk yang akan menyelesaikan masalah pembacaan Al-Quran yang canggih dan terbaik di pasaran. Anda mungkin takkan percaya, ini adalah sebatang pen teknologi tinggi yang membantu anda membaca Quran.
Kaedah ketiga mungkin kaedah yang terbaik kerana ia akan menyebabkan pelanggan tertanya-tanya apakah produk ini. Dan anda juga menerangkan mengenai masalah yang diselesaikan dan nilai tambah yang diberi.
Apa yang saya cuba terangkan di sini adalah:-
1. Anda perlu melakukan satu mock-up persediaan A, B dan C seperti di atas tentang senario yang anda bakal hadapi. Setiap pelanggan adalah berbeza samada dari segi umur, kerjaya, bangsa, kewangan dan lain-lain. Jadi lebih tepat anda bercakap dengan mereka, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk membuat jualan.
2. Anda perlu fokus kepada masalah yang akan dapat diselesaikan melalui produk anda. Setiap orang suka apabila masalah yang mereka ada diselesaikan. Dan fakta yang lebih seronok, semua orang ada masalah untuk diselesaikan.
3. Anda perlu fokus kepada nilai tambah yang akan diberikan oleh produk anda dalam hidup pembeli. Setiap yang hidup inginkan pembangunan atau nilai tambah dalam hidup mereka. Kebanyakan pembeli membeli produk untuk menjadi lebih baik dari apa yang mereka sedia ada. Kita beli telefon bimbit canggih untuk mendapat nilai tambah, kita membeli buku untuk mendapat nilai tambah, kita membeli kereta pun untuk mendapat nilai tambah.
Semakin hari anda melatih kaedah ini, anda akan melihat kejayaan jualan anda akan bertambah dan anda akan membuang perkara tidak perlu dalam apa yang anda cakap. Anda juga akan bercakap dengan bahasa yang betul mengikut kaca mata pelanggan anda.

Dengan tiga kaedah ini, anda akan melatih otak anda untuk berfungsi dengan baik terhadap pelanggan dan ini akan meningkatkan kebarangkalian kejayaan jualan anda.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk bercakap dengan orang yang selain dari pelanggan anda seperti apabila bercakap dengan boss, rakan sekerja, pembekal atau wartawan.
Ingat
1. Buat mock-up dialog
2. Fokus untuk selesaikan masalah
3. Fokus untuk menambah nilai