Saturday, July 30, 2011

Kesunyian Tanpa Kehadiran Dia yang Maha Penyayang Di Sisi Daku


Assalamualaikum.. hari ini admin wat pantun lagi. Pantun ini mengambar keadaan hati admin pada saat ini..

Kesunyian menyelubungi tubuh ini,
Hati ini keseorangan,hanya bertopengkan kegembiraan bersama rakan2.
Kegelisahan sering menyerang diri ini,
Akibat dari kesalahan terbesar kerana melakukan larangan-Nya.
Jiwa ini tak pernah merasai Kehadiran Dia di sisi,
hati ini kosong,minda ini hilang arah,tubuh ini sesat.
Sehingga saat yg ke berapakah,barulah hati ini merasai kehadiran Dia yg Maha Penyayang,
berapa lamakah detik penungguan nya,
berapa tinggi kah tahap kesabaran,keimanan,ketakwaan yang harus ku ngapai,
Betapa hati ini rindu pada yang Maha Kuasa,jiwa ini keseorangan tanpa-Mu ya Ilahi.
Ampunkan la segala khilaf hamba selama ini,
Berikanlah cahaya yg memandu hidup hamba
Agar hamba merasai Kehadiran Engkau di sisi hamba pada setiap saat.

Friday, July 29, 2011

Ketika Cinta Bertasbih

                               

Assalam. Ni pantun yg admin wat sendiri la.. hehe..
Ketika cinta bertasbih,
Telah datang seorang muslimin,
Ketika cinta bertasbih,
Telah dtang seorang muslimat,
Ketika cinta bertasbih,
banyak halangan yg di lalui oleh dua individu ini,
demi mengenali cinta sebenar,
Ketika cinta bertasbih,
pelbagai dugaan datang mencabar kepercayaan antara satu sama lain,
Ketika cinta bertasbih,
mereka tetap percayakan antara satu dengan yg lain,
Ketika cinta bertasbih,
telah sampai takdir pertemuan mereka,
Ketika cinta bertasbih,
walaupun waktu penantian yg lama,
Ketika cinta bertasbih,
Akhirnya mereke memahami erti cinta sebenar iaitu cinta kerana-Nya yg penuh keberkatan dan cinta kepada muslimat terpilih yg memancar cahaya menyinari hidup muslimin pilihannya.

P.S:kepada para lelaki,cari la wanita muslimah yg penuh keredhaan dan keberkatan dari-Nya,nescaya kalian akan berbahagia kerana memilih wanita kerana agamanya. Kepada para wanita pula,lengkapkan la diri dengan prinsip syariat Islam dan jalani kehidupan mengikut syariat Islam,nescaya hidup kalian penuh keberkatan dan kebahagiaan. Semoga para muslimin dan muslimat sekalian di ampun dosa2 mereka sama ada mereka masih hidup ataupun telah tiada di dunia ini. Amin...
                                              

Saturday, July 23, 2011

Nasib...... Pilihan...... Pilihan........ Nasib......

Assalamualaikum. Kepada para pembaca yg dihormati sekalian. Hari ini admin nak cerito tontang nasib dan pilihan. Raso2 korang la,dalam hidup kito ni,semua yg berlaku adolah nasib ko pilihan?? haha.. Tu yg admin nak jelaskan hari ni pas dongar ceramah dari encik Ridzuan time ceramah kat sekolah admin smalam.. dio punya ceramah... HUIH...... masyuk.... diri admin sendiri pown raso bersemangat balik lopeh dongar ceramah dio.. hehe..
                                             
                                          

Nasib bermaksud hal yang terjadi yang bukan hasil pemikiran manusia dan tidak dapat dicegah oleh daya upaya manusia. Kata seerti bagi nasib ialah kismat, suratan dan juga tuah. Nasib merupakan sesuatu yang tidak menentu.

Soal Nasib dan Agama

Nasib tidak boleh diubah melalui kuasa manusia, tetapi manusia boleh mengubah nasib melalui kuasa yang lain. Daripada itu, agama lazimnya dianggap sebagai saluran untuk mengubah nasib. Ini adalah kerana agama dari satu segi ialah cara untuk berhubung dengan kuasa luar biasa. Dalam konteks ini, Kuasa luar biasa seperti Tuhan diharapkan dapat mengubah pekara yang tidak dikuasai oleh manusia. Contohnya, apabila seseorang itu menghadapi nasib yang buruk seperti mendapat sakit yang tidak diubati, barangkali beliau akan berdoa kepada Tuhan agar kuasa luar biasa ini dapat menyembuhkan badannya.
Terdapat juga mereka yang berpaling kepada sihir untuk mengubah nasib mereka. Dalam kes ini, sihir dianggap dapat memaksa sesuatu kejadian berlaku seperti yang dikehendaki oleh penyihir.

Pandangan Manusia Mengenai Nasib

Setiap manusia mempunyai pandangan diri mereka mengenai nasib. Sikap merekalah yang akan mempengaruhi pandangan mereka terhadap nasib. Contoh bagi pandangan ini adalah seperti berikut:
  • Segala yang berlaku di atas diri manusia adalah nasib.
  • Segala yang berlaku di atas diri manusia adanya hasil daripada tindakan manusia, tetapi nasib yang menentukan hasilnya.
  • Nasib tidak wujud sama sekali, segala yang berlaku adalah kerana tindakan manusia.
      
                                  
Buatlah pilihan yg tepat lalu menbawa kebaikan kepada diri dan orang lain

Pilihan pula ialah apa yg kita fikirkan dalam minda kita pada setiap hari kerana setiap perkara yg kita fikirkan itulah pilihan yg dibuat oleh diri kita. Diri Anda Adalah Apa Yg Anda Fikirkan. Setiap hari seorang manusia membuat banyak pilihan dalam hidupnya. Justeru,pilihan ini mempunyai dua sifat iaitu baik dan buruk. Contohnya,seorang pelajar memilih datang ke sekolah untuk belajar supaya dapat merealisasikan cita-citanya di masa hadapan,dan seorang pelajar memilih tidak mahu belajar kerana subjek yg di pelajari itu susah lalu mendapat markah yg tidak memuaskan dalam ujian subjek tersebut. Bak kata pepatah,"buat baik dibalas baik,buat jahay dibalas jahat". Merujuk kepada pepatah,ternyata "buat jahat" itu juga boleh dikatakan sebagai perbuatan buruk dan merugikan seperti malas.

Kata pepatah ini "hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih" boleh disimpulkan bahawa kita perlu memilih sama ada nak berjaya atau sebaliknya. Kadang kala ada segelintir manusia mengatakan hidup ini kejam,sebenarnya tidak. Hidup ini menjadi kejam kerana tindakan dia sendiri yg memilih untuk tidak berusaha untuk mengubah kenyataan tersebut dan mencapai kejayaan dalam hidupnya.  Ingatlah wahai para pembaca sekalian,dalam hidup ini banyak pilihanya. Jadi berfikir dan pilih la pilihan yg akan membawa kemajuan kepada diri,bukan memilih pilihan yg membawa kemunduran kepada diri semata-mata mahu bersenang-senang dulu. Bak kata pepatah,"bersusah-susah dahulu,bersenang lenang kemudian".


Akhir kata,membuat pilihan tidak sukar cuma kita perlu banyak berfikir dan meminta pendapat orang yang lebih tua dari kita tetapi diri kita sendiri yg menyukarkannye kerana segala yg berlaku adalah sebab diri kita sendiri. kita hendaklah berusaha membuat pilihan yg baik agar nasib kita baik dan kalau nasib kita buruk itu adalah kerana kita sendiri telah membuat pilihan yg buruk. Segala yg berlaku sama ada baik atau buruk adalah dari tindakan diri kita pada masa yg lepas dan bermuhasabah diri la para pembaca sekalian agar kita dapat membetulkan yg buruk dan mempertingkatkan yg baik. Sekian TQ.. :D

P.S:Jika kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu baik,Yg Maha Kuasa akan memberikan yg baik tetapi jika kita bermalasan atau berusaha untuk mendapat sesuatu yg buruk,maka dpat la yg buruk. Jangan salahkan org lain kerana tindakan kita sendiri tetapi salahkan diri sendiri dan perbaiki la diri..