Thursday, December 29, 2011

Kisah seorang Pendosa Part 2

                                              

Assalamualaikum.. Coretan kali ini merupakan sambungan kisah seorang pendosa  part 1 tetapi dalam kisah ini,admin tidak menceritakan kisah hidupnye sebaliknya berkisarkan tentang kematangan diri pendosa ini dalam saban hari menghadapi kehidupan yg bakal mencabar kewibawaan dan keimanan dirinya.

            Anak remaja ini sering menjalani kehidupan tanpa menghayatinya. Kadang kala dia berasa gembira,di kala yg lain pula,dia berasa sunyi dan bosan. Apabila tiba suatu saat,hatinya terasa pilu dan sunyi tanpa seseorang. Tetapi hari demi hari yg berlalu,pada anak ini,ia bagaikan suatu perjalanan roda masa yg tidak bermakna kepadanya. Setiap hari dia melakukan sesuatu yg sama tetapi perkara itu kadang-kadang membaza manfaat kepada dirinya dan sebaliknya juga. Saat anak ini merasakan dia telah mampu membawa diri ke arah yg lebih baik,ujian DIA yg MAHA Penyayang menimpa diri nya. Seringkali dia tertanya-tanya,"Apakah yang masih belum cukup dalam diriku ya Allah?". Bahawasanya teguran yg lain pula sampai kepada anak ini.. Akhirnya dia sedar bahawa dia telah terlalu hanyut dalam hidup tanpa ujian-Nya sehinggakan keadaan ini tiada apa yg bermanfaat padanya kecuali berada pada 'level' yg sama dan tiada perubahan serta peningkatan..

Di sini juga admin sertakan hadis yg berkaitan dngan kisah di atas sebelum bermulanya kisah seterusnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

          Berdasarkan hadis di atas,anak remaja ini merasakan sesuatu yg harus di lakukannya untuk membersihkan segala dosa dlm dirinya,lalu dia meminta agar di uji oleh Allah. Ternyata dia di uji tetapi dngan ujian yg sedikit ringan daripada ujian dosa nya pada kisah yg lalu. Anak ini penuh kesabaran dan kesyukuran tetapi malang sekali dia tetap kalah apabila di uji pula dngan kelemahan dirinya. Ternyata setiap bait2 kata yg dia ucapkan mampu mempengaruhi diri dia.. Jadi,anak ini berazam untuk berubah demi membuahkan kata2 yg lemah lembut di hadapan orang dan menjadi khalifah yg penuh adap sopan dan berbudi bahasa. Anak ini tahu betapa sukar untuk berubah kerana ia mengambil masa yg lama,jadi dngan harapan anak ini mampu bersabar. Bagi anak ini,masih jauh perjalanan hidupnya dan juga masih banyak ujian yg perlu dia hadapi. Dengan keyakinan pada yg Maha Esa,dia memfokuskan diri agar setiap ibadahnya sempurna..

Tersebut juga dalam ayat ini iaitu:
 

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

                   
Seterusnya,anak remaja ini berniat ingin memulakan tahun baru dngan azam baru dan memulakan hidup yg lebih baik.  Akhirnya anak ini dpat berfikir untuk memajukan diri nya dan seterusnya menguatkan azamnya lagi. Sekian saje coretan ini. TQ.
Harap para pembaca mendoakan kejayaan hidup anak remaja ini kerana kisah pendosa ini berdasarkan kisah sebenar seorang remaja..       Waallahua'lam.
assalamuaalaikum



Mengejar Sempurna

                                                      alt

Lahirnya kita ke dunia ini bersih, bersih dari dosa, bersih dengan akhlak terpuji, bersih dengan puji-pujian, bersih dengan kasih-sayang, dan bersih dengan reputasi yang mengkagumkan. Kita menangis dengan penuh keberanian, bersuara melalui deria suara dan tangisan air mata.
Dunia kita ketika lahir bagai sebidang kain yang kosong, belum dilukis, dicorak dan diwarnakan. Usia kita makin meningkat dari sehari ke sehari lalu memberi warna pada kain lukisan itu. Tetapi setiap langkah kita ditemani dan dipengaruhi orang-orang sekeliling kita terutamanya ibu bapa kita.
Ibu bapa bagai pelukis latar asal yang mencorak gambaran awal lukisan kehidupan kita. Namun, apabila kita jauh dari ibu bapa, kitalah yang menentukan kehidupan yang kita mahukan. Pesanan dan pengajaran yang baik diselami oleh diri kita ini akan membawa kita untuk memilih jalan yang baik untuk teruskan kehidupan.
Sedar tidak sedar, kita melalui kehidupan dengan mencari kesempurnaan dan kebahagiaan. Kesempurnaan seharusnya boleh diperoleh. Begitu juga dengan kebahagiaan.
Kita mengecapi kesempurnaan dari dua arah yang berbeza iaitu dari arah menambah melakukan kebaikan dan mengurangkan melakukan kesilapan. Arah mana yang lebih mudah adalah terpulang kepada setiap individu. Walau bagaimanapun, kita perlu usahakan dari kedua-dua arah itu.
Ketika kita meningkat dewasa, kita masih dalam proses pembelajaran yang meluas. Melakukan kesilapan antara cara kita mengenal kehidupan tetapi kita diingatkan untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Maka ini adalah arah mengurangkan melakukan kesilapan.
Seolah-olah ketika menjawab soalan peperiksaan. Pada asalnya kita perlu menjawab semua soalan dengan betul, tetapi kesilapan yang mengurangkan markah peperiksaan. Maka perlu bagi kita untuk kurang melakukan kesilapan.
Apatah lagi jika kita pernah menjawab soalan yang sama. Inilah keadaan apabila kita mendekati kematangan dalam kehidupan, rencah kehidupan kita telah kenal maka kita perlu mengelak dari melakukan kesilapan.
Ketika usia kanak-kanak, kita sering dipuji apabila melakukan kebaikan. Begitu juga apabila kita melihat anak-anak kecil yang rajin, kita merasa teruja dan memuji-muji mereka.
Ini kerana, kehidupan kanak-kanak terjurus kepada eksplorasi kehidupan dan lebih jinak kepada permainan. Oleh itu, apabila kebaikan dilakukan, maka kita merasakan sesuatu kelainan lalu hati mudah tersentuh dan mulut mudah memuji.
Bayangkanlah, jika sifat kanak-kanak dan kehidupan kanak-kanak itu diteruskan hingga remaja dan dewasa. Meskipun kita mungkin tidak melakukan kesilapan, tetapi kita tidak lagi dipandang baik dan mendapat tempat dalam masyarakat serta memiliki jiwa yang kosong.
Itulah hakikatnya, apabila usia meningkat, kita perlu menambah amalan kebaikan kerana ia mengisi jiwa yang kosong dengan keyakinan, peribadi yang baik dan memberi kebaikan kepada masyarakat.
Kesempurnaan seharusnya boleh dicari dan boleh dikecapi. "No one perfect" tidak seperti dijangkakan. Malah, ungkapan itu hanya tepat bagi relatif antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Kesempurnaan yang kita cari adalah dari definasi dari diri kita sendiri.
Definasi itu pula harus dibimbing oleh ajaran agama Islam yang terpuji. Fitrah manusia menolak sesuatu yang mustahil untuk diusahakan. Maka, jika tiada siapa yang mampu jadi sempurna, kenapa perlu kita usahakan?
Oleh kerana itu, kesempurnaan seharusnya boleh dicapai, maka wajar diusahakan.
Tentulah, setiap kali langkah lukisan kehidupan kita disentak oleh dugaan dan cabaran. Itu perkara biasa. Diri-diri yang mengenali hakikat ini akan mampu tersenyum apabila dugaan itu tiba. Ingatlah, dunia ini cukup luas untuk kita hidup, kerana dengan kelebihan dunia ini kita memiliki sosial dan kekeluargaan.
Berganding tanganlah ketika senang dan susah terutamanya sesama ahli keluarga. Menghadapi dugaan dan cabaran bersama sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan akan memudahkan laluan kehidupan kita. Maka, jagalah perhubungan siratulrahim dan hargai mereka ketika senang dan susah.
Agama Islam juga menganjurkan untuk kita saling berpesan-pesan ke arah kebaikan dan melarang dari kemungkaran berlaku. Ternyata kehidupan kita dipengaruhi oleh hubungan sesama manusia ini. Apabila difikirkan, kehidupan kita lebih sukar dan mungkin sering kali melakukan kesilapan apabila kita hidup keseorangan di bumi Allah S.W.T ini.
Allah S.W.T memberi kita peluang untuk hidup di muka bumi Allah S.W.T dan ketetapannya adalah ketentuan yang pasti berlaku ketika perjalanan kita menuju kematian.
Maka, kita wajar mencari kesempurnaan dalam kehidupan; menjadi seorang hamba Allah S.W.T yang sempurna, menjadi seorang rakan yang berpesan-pesan ke arah kebaikan, menjadi seorang anak yang menyempurnakan kehidupan ibu bapa dengan kebahagiaan, menjadi seorang suami atau isteri yang menyempurnakan nafkah serta tanggungjawap, menjadi seorang ayah atau ibu yang mendidik serta membimbing anak ke arah kesempurnaan akidah, akhlak dan ilmu pengetahuan dan menjadi individu yang berguna kepada masyarakat serta berkorban demi agama Allah S.W.T tercinta.
Apabila kita mencapai kesempurnaan yang kita mahukan, ketika itulah kita mencapai kejayaan di dunia. Sempurnakan ia menjadi kejayaan di Akhirat.
Marilah berganding bahu mengejar kesempurnaan bersama-sama. Now everyone can be perfect!

Wednesday, December 28, 2011

Sungguh,Kamu Pencabar Terhebat. Syabas!

                                                       alt

Apabila berdakwah, ada yang begitu keras hatinya untuk menerima. Ada yang lembut hati cuma susah mahu melakukan perubahan.
Yang keras punya seribu alasan. Yang lembut masih boleh dirunding. Terutama berkaitan masalah aurat. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Kaum Hawa.
Mereka yang mengajak kita ke arah kebaikan adalah mereka yang sayangkan kita. Jadi, cuba dengar apa yang mereka mahu bicarakan.
Kerana mungkin kita berada pada lorong yang salah. Seharusnya bersyukur ada yang mahu menegur.
Ada yang memerhati kelakuan kita yang salah dan terpanggil untuk memperbetul. Kita yang ditegur seharusnya duduk dan berfikir. Bukan menjunjung ego setinggi langit. Kerana mereka menegur kita sebagai peringatan. Kita hanya seorang hamba. Jangan cuba berani mencabar Pencipta.
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Baik, pada mulanya bersangka baik. Mungkin kamu tidak tahu. Dalil aku kemukakan. Lihatlah surah An-Nur ayat 31.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya)......"
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Apakah kamu mahu berdalih lagi? Mari kuingatkan kembali apa yang dikatakan Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya, sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan, belum sampai serunya. Mungkinkah maksudmu, itu seruan Malaikat Izrail? Dan waktu itu, apa yang kamu mahu lakukan? Senyum mungkin.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan memakai tudung perlulah ikhlas dari hati. Tidakkah kamu tahu, ikhlas itu hadir setelah perbuatan? Andai tiada usaha ke arah kebaikan, mana mungkin hatimu cuba untuk ikhlas sepenuhnya?
Dan lagi, andai menunggu untuk ikhlas, sebenarnya tiada sesiapa pun yang mengetahui dirinya benar ikhlas atau tidak. Hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui. Oh, adakah itu bermakna, kamu selamanya tidak akan pernah menutup aurat dengan sempurna?
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Tetapi kamu memilih untuk  mendedahkan mahkotamu. Lebih lagi, sungguh berani meng'upload' foto yang tidak perlu di'zoom in'. Sungguh berani memaparkan foto yang bisa meruntuhkan iman dan jiwa si pria, malahan dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna pada mata kasar. Yang bukan lagi khusus buat takdirmu. Suamimu.
Wahai hamba,
Allah menyuruhmu untuk menutup aurat. Katamu yang menutup aurat itu tidak semestinya baik. Dan yang mendedahkan aurat itu tidak semestinya jahat. Oh, mungkin maksudmu melanggar peraturan dan suruhan Allah itu, baik? Begitu mungkin.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan 'panas'! Jika di dunia sudah kamu mengatakan panas dan liat mentaati suruhan-Nya, apakah kamu mengira kamu bisa terlepas di akhirat kelak?
Katamu lagi, ibu bapamu tidak pernah melarang, mengapa aku pula yang sibuk menegur? Ingin sekali aku bertanya, siapakah yang menciptamu?
Di tanah siapakah dirimu berdiri?
Bukankah Allah S.W.T yang menciptakanmu?
Bukankah di bumi Allah S.W.T kamu berpijak?
Kamu berjalan di dunia ini mengikut peraturan manusia atau syariat Allah S.W.T?
Apakah kamu jamin kamu bisa lari saat Allah S.W.T meletakkan dirimu di neraka? Jika ya, tidak mengapa. Lupakanlah kata-kataku ini.
Sungguh, kamu begitu berani mencabar Dia. Sungguh kamu pencabar terhebat. Syabas.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Bukan hanya membalut tubuh. Itu salah. Usah kau sanggul tinggi rambutmu di atas kepala. Tetapi letaklah posisi sanggul dalam tudung itu di bahagian belakang kepala atau sedikit ke bawah berhampiran leher.
Lupakah dirimu apa yang dikatakan Rasulullah S.A.W?
Laknat bagi wanita yang meninggikan sanggul di atas kepala. Bukankah Baginda yang kau cintai?
Di mana bukti katamu?
Usah biarkan Rasulullah S.A.W menangis kelak kerana ingkarnya umat daripada mentaati Allah S.W.T. Tegarkah?
Baginda S.A.W yang masih tetap mengingati umatnya walau sewaktu sakaratul maut datang menjemput! Namun apa yang kita lakukan? Memijak risalah Baginda! Tidak berhati perut. Menangislah. Andai hati itu masih bisa melihat.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Pernahkah bertanya kepada diri, mengapakah?
Kerana kasihnya Dia kepada kita! Lupakah kamu apa yang dipesankan Rasulullah S.A.W?
Kita wanita fitnah akhir zaman! Padamlah segera foto menutup aurat yang ditayang umum. Foto menutup aurat pada mata kasar, namun tidak pada syariat. Tudung tidak dilabuhkan menutupi dada, baju ketat, berbaju kurung tetapi beraksi manja, kaki jelas kelihatan, memakai blaus dengan lengan terdedah.
Aku menyayangimu. Padamlah. Aku sudah tidak tahu lagi apa yang harus ku katakan. Bagaimana lagi harus ku katakan supaya tutuplah aurat bukannya membalut aurat. Simpanlah foto yang cantik itu. Hanya buat tatapan yang berhak. Tiadalah aku mengatakan haram.
Letaklah andai dirimu mahu tetapi pesanku berpadalah. Juga waspada terhadap mata-mata liar bernafsu. Ingin sekali ku mengingatkan apa yang dipesan Saidatina Aisyah. Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan yang tidak dipandang. Bukankah katamu mahu seperti wanita ini?
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kerana itu adalah kehormatanmu. Islam datang mengangkat martabat wanita. Tutuplah aurat supaya kamu dihormati. Jika berdegil, usah ditanya mengapa kamu mengalami gangguan seksual. Usah ditanya mengapa kamu diajak ke arah lembah perzinaan. Lihat apa yang kamu lakukan.
Kanak-kanak yang dinodai itu tidak bersalah hatta perempuan yang diragut kehormatannya oleh syaitan bertopengkan manusia walaupun aurat ditutup rapi. Tidakkah itu salah mereka yang mendedahkan aurat?
Tidakkah itu salah mereka yang meng'upload' foto dengan mimik muka yang menggoda dan manja?
Sehingga membangkitkan nafsu syahwat kaum Adam?
Seterusnya mereka yang tidak berdosa itu menjadi mangsa? Tegarkah kamu?
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu hairan mengapa aku begitu menyibuk. Aku bukan menyibuk. Ini bukti sayangku kepadamu.
Bukankah aku ini muslimah? Begitu juga dirimu? Bukankah Islam agama kita? Ya, aku tidak sempurna.
Tetapi aku ingin sedayanya menjadi hamba yang mendengar dan taat. Bersamamu bukan keseorangan. Bencilah aku jika itu dapat memuaskan hatimu. Tamparlah aku jika itu dapat melepaskan amarahmu. Namun, aku tidak akan pernah membencimu walau sekelumit. Aku tetap menyayangimu kerana Allah S.W.T. Kerana kamu saudara seakidahku. Saudara atas iman.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Kamu mengatakan itu hak masing-masing, kubur kita lain-lain dan aku tidak berhak menegurmu. Ketahuilah, menutup aurat itu bukanlah kehendak kita sama ada mahu atau tidak, tetapi ia merupakan kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Melainkan Islam itu bukan agamamu? Melainkan al-Quran dan as-Sunnah itu bukan peganganmu? Melainkan Muhammad S.A.W  itu bukan Rasulmu? Melainkan Allah S.W.T itu bukan Tuhanmu?
Jika bukan, tidak mengapa. Dedahlah sebanyak mungkin.
Wahai hamba,
Allah S.W.T menyuruhmu untuk menutup aurat. Perbetulkanlah niat. Bukan untuk kelihatan cantik dan solehah di hadapan jutaan pria. Tetapi untuk mendamba keredaan-Nya.
Bukan untuk menggayakan pakaian mewah walau syariat dilanggar. Tetapi ia adalah pakaian malu yang menyekat diri daripada memasuki pintu-pintu maksiat. Bukan sekadar untuk menggayakan fesyen moden terkini kerana katamu usah kekampungan menyarung baju kurung dan tudung labuh. Tetapi ini adalah bukti usaha menjadi hamba taat yang menggayakan fesyen menuju ke Syurga.
Jika hatimu masih lagi keras wahai hamba. Walau beribu pesanan dan peringatan telah datang.
Sungguh, kamu masih begitu berani mencabar Dia. Sungguh kamu pencabar terhebat. Syabas.
Allah S.W.T menyuruh untuk saling menyayangi antara satu sama lain.
Sungguh kucoretkan ini bukti sayang kepadamu. Sungguh kucoretkan ini bukti keprihatinanku kepadamu. Sungguh kucoretkan ini harapanku kepadamu juga kepadaku.
Tegarkah kamu menghancurkan hatiku?
Sungguh kucoretkan ini, agar runtuh ego. Usah berani mencabar Pencipta sendiri, usah menunjuk kehebatan melanggar suruhan. Sedangkan kaki sendiri berpijak di bumi Tuhan. Usah berdegil mentaati-Nya. Andai diri sendiri juga tidak mampu mengelak dari bahang api neraka, di sana nanti.
Andai saat ini terdetik di hati ingin berubah, berubahlah dengan segera,
Kerana Malaikat Izrail itu tak akan menunggu,
Tidak peduli akan rayuan,
Walau sesaat, meminta penangguhan,
Daripada nyawa ditarik.
Wahai hamba,
Usah derhaka kepada Pencipta,
Kamu punya pilihan untuk ke syurga,
Lalu mengapa lebih memilih haluan ke neraka?
Wahai hamba,
Seandainya dirimu benar yakin,
Walau terusan melanggar perintah-Nya,
Kamu bisa lari daripada api neraka yang membahang,
Baik, teruskan.
Di dunia, jadilah pencabar terhebat Penciptamu sendiri,
Mungkinkah kamu bisa lagi begitu di Akhirat sana?
Pesanku, berubahlah.
Itupun andai benar kamu yakin di sana adanya syurga dan neraka.
Jika tidak, teruskan mencabar Dia. Kamu hebat. Syabas.
Biar aku dibenci,
Kerana kelantanganku bersuara,
Hanya Allah S.W.T tahu apa dalam hati ini,
Betapa sayangnya diriku kepadamu hawa.
Aku sudah cuba membantu,
Kerana sayangnya diri ini kepadamu,
Namun kini aku hanya mampu membatu,
Kerana pilihan segalanya di tanganmu.
Istighfarlah.

Bila Hati Diguris

                                                        alt

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.
Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."