Thursday, May 26, 2011

Kehidupan Di Dunia Kegelapan Dan Kesunyian

Assalamualaikum.. kadang kala,kehidupan manusia mempunyai berbagai2 jenis.. Manakala,kehidupan saya sebagai seorang pelajar,saya lebih memilih dunia kegelapan dan kesunyian yang penuh ketenangan dan keamanan.. Sehinggakan saya rasa x ingin hidup di dunia realiti... Dunia kegelapan dan kesunyian saya hanya terdapat beberapa orang sahaja yang dapat menembus kan cahaya persahabatan dan persaudaraannye selain Dia Yang Maha Kuasa. Kehidupan di dunia ini sungguh tenang dan aman. Saya dapat menumpukan perhatian untuk mengingati Dia yang Maha Kuasa mahupun menumpukan seluiruh tenaga tubuh saya yang sering kacau akibat daripada bebanan kehidupan sebagai seorang perantau di dunia yang sementara ini.. Meskipun kadang kala saya sering melihat kerenah manusia. Tetapi dunia saya tetap gelap dan sunyi.. Diri saya ini keseorangan selamanye kerana saya berasa keseorangan merupakan kompenen yang penting dalam kehidupan saya. Berapa ramai perempuan yang cantik mahupun comel,saya tetap keseorangan. Jiwa saya keseorangan adalah lebih kuat dalam mengingati Dia dan lebih fokus untuk berfikir jauh dan mendalam..Aku memandang dunia ini dengan teliti dan tajam. Aku berasa lebih dekat dengan Dia apabila keseorangan dan apabila aku meninggalkan segala perkara duniawi.. Itu la prinsip hidupku.. Sekian,terima kasih..

Tuesday, May 24, 2011

Kembara Hari Terbuka UniKL Caw.Taboh Naning

Assalamualaikum..Pada hari ini,saya dan rombongan sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin melawat ke UniKL di Taboh Naning sempena Hari Terbuka yg dianjurkan oleh pihak pentadbir UniKL.. Pada pukul 7.30,kami dikehendaki berkumpul di depan dewan sekolah. Pada pukul 8.20,bas UniKL tiba dan kami menaiki bas tersebut. Kami seramai 47 orang pelajar tingkatan 5 termasuk guru pengiring. Di samping itu juga,para pelajar tingkatan enam sekolah kami turut menghadiri Hari Terbuka Uni KL. Pada pukul 9.20,kami dijemput masuk ke dewan kuliah untuk mendengar ceramah daripada salah seorang staf pengajar yang mengajar di UniKL.. Pelbagai gurau senda dan maklumat yang kami dengar semasa ceramah berlansung. Pada pukul 10.30,ceramah tersebut di akhiri dengan acara cabutan bertuah. Dua orang daripada pelajar kami telah memenangi cabutan tersebut. Kemudian,pada pukul 10.55,kami dibawa oleh salah seorang staf UniKL melawat ke makmal dan kemudahan lain yang disediakan di UniKL seperti makmal kimia dan sebagainya.  Selepas itu,kami dibawa masuk ke makmal kimia untuk melakukan aktiviti yang telah disediakan. Kami melakukan aktiviti ini dengan penuh tekun dan seronok..Dalam aktiviti ini,kami perlu mengekstrakkan DNA kami masing-masing untuk dimasukkan ke dalam loket rantai leher yang disediakan.. Tujuan aktiviti ini ialah untuk membuat loket yang mengandungi DNA kami sendiri.. Di bawah ini ialah gambar-gambar loket tersebut.


My DNA Locket

My DNA Locket













Setelah kami selesai menyiapkannya. Kami dijemput untuk menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan. Kami makan dengan penuh selera sekali.. hehe.. Selepas itu,kami dibawa melawat ke pameran biologi dan kimia.. Pada pukul 12.20,kami menaiki bas UniKL untuk pulang semula ke sekolah kami dan meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.. Sekian kenangan saya hari ini.. Terima Kasih..

Saturday, May 14, 2011

Perubahan Selama-lamanya

Di saat ini,apabila aku menaip nota ini. di sini juga lah bermula perubahan diriku yang lebih dewasa.. diri ku yang sekarang ini tidak sesuai untuk menghadapi alam kedewasaan.. aku harus berubah.. dari kebisingan alam,bertukar kepada kesenyapan dunia yang gelap... dari hati yg terang benderang oleh cahaya dunia,menjadi kegelapan dunia yang asing,dari berasa diri ini disayangi ramai,kepada diri ini menjadi keseorangan... dari diri ini penuh kegembiraan kepada orang yang serius dengan kehidupannya.. dari pendiam yang masih berbicara sepatah dua kata,kepada pendiam yang senyap sehingga kehadiran diri ini tiada di dunia ini... dari seseorang yang lalai dengan keduniaan kepada orang yang arif tentang dunia yg dicipta ini... dari penglihatan yangterhadl,kepada penglihatan yang tajam tentang dunia ini... dari seseorang yg sentiasa leka dengan permainan duniawi,kepada orang yg teliti dengan setiap sudut dan detik masa dunia ini.. dan... dari orang yang kebudak-budakkan,kepada orang yang sentiasa bermuhasabah diri.... PERUBAHAN diriku ini kekal selamanya agar diri ku ini menjadi manusia yang sempurna dari segi pemikiran,perlakuan,jejak langkah,perbicaraan dan adab diri ini sbagai lelaki dan khalifah di dunia ini... aku harus berubah,kerana aku perantau didunia ini..... tempat ku hanyalah didunia akhirat yg kekal abadi selamanya......