Tuesday, May 24, 2011

Kembara Hari Terbuka UniKL Caw.Taboh Naning

Assalamualaikum..Pada hari ini,saya dan rombongan sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin melawat ke UniKL di Taboh Naning sempena Hari Terbuka yg dianjurkan oleh pihak pentadbir UniKL.. Pada pukul 7.30,kami dikehendaki berkumpul di depan dewan sekolah. Pada pukul 8.20,bas UniKL tiba dan kami menaiki bas tersebut. Kami seramai 47 orang pelajar tingkatan 5 termasuk guru pengiring. Di samping itu juga,para pelajar tingkatan enam sekolah kami turut menghadiri Hari Terbuka Uni KL. Pada pukul 9.20,kami dijemput masuk ke dewan kuliah untuk mendengar ceramah daripada salah seorang staf pengajar yang mengajar di UniKL.. Pelbagai gurau senda dan maklumat yang kami dengar semasa ceramah berlansung. Pada pukul 10.30,ceramah tersebut di akhiri dengan acara cabutan bertuah. Dua orang daripada pelajar kami telah memenangi cabutan tersebut. Kemudian,pada pukul 10.55,kami dibawa oleh salah seorang staf UniKL melawat ke makmal dan kemudahan lain yang disediakan di UniKL seperti makmal kimia dan sebagainya.  Selepas itu,kami dibawa masuk ke makmal kimia untuk melakukan aktiviti yang telah disediakan. Kami melakukan aktiviti ini dengan penuh tekun dan seronok..Dalam aktiviti ini,kami perlu mengekstrakkan DNA kami masing-masing untuk dimasukkan ke dalam loket rantai leher yang disediakan.. Tujuan aktiviti ini ialah untuk membuat loket yang mengandungi DNA kami sendiri.. Di bawah ini ialah gambar-gambar loket tersebut.


My DNA Locket

My DNA Locket













Setelah kami selesai menyiapkannya. Kami dijemput untuk menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan. Kami makan dengan penuh selera sekali.. hehe.. Selepas itu,kami dibawa melawat ke pameran biologi dan kimia.. Pada pukul 12.20,kami menaiki bas UniKL untuk pulang semula ke sekolah kami dan meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.. Sekian kenangan saya hari ini.. Terima Kasih..
Comments
0 Comments

0 comments: