Thursday, March 31, 2011

Kenangan KU Persatuan KHB SMKTBT

Salam.. Kenangan ini terhasil ketika membuat projek yg disuruh oleh guru kami iaitu projek membuat kotak kapur... Erm... Pelbagai gurauan dan kerenah yg saya lihat dari rakan2 saya.. Saya sungguh gembira skali... Akhir,kami berjaya menyiapkan projek tersebut.. Ini adalah gmbr projek tersebut.. TADA.....
                                                     


Projek Persatuan KHB

 

Projek Ku 1


Projek Ku 2




Projek Ku 4



Projek Ku 3

Tuesday, March 29, 2011

Genta Purba(Mengenang Kemegahan Silam)

I

Siapa tahu genta purba kembali bergema
Mencabar roh-roh pahlawan
Yang dengan keringat dan darah
Membangun tugu-tugu perkasa
Di atas tindihan mayat-mayat bergelimpangan
Yang kemudiannya matinya tak bernama
Rebahnya tanpa upacara

Siapa tahu genta purba kembali bergema
Mencanang perintah raja dari istana
Lalu bertingkah gong dan gendang
Sahut bersahut rebana di balai
Mendayu-dayu nobat di ruang
Berangkatlah baginda beriring dayang-dayang

II

Melaka empayar perkasa berpuncak daulat raja
Tun Perak Bendahara terbilang lagi perwira
Hang Tuah terkenal handal pahlawan raja
Jebat rakyat mungkar konon
menyanggah raja

Dalam sejarah tun Seri Lanang berkisah
Tentang Srivijaya,Majapahit dan Melaka
Pisang jarum dan air Bukit Cina
Bandar Melaka berkawal panglima
Terlalu pintar Bendahara Seri Maharaja
Melaka sebuah empayar di Asia Tenggara
Benua China menghulur jambatan mesra
Mengutus puteri cantik sebagai duta

III

Apakah mungkin genta purba kembali bergema
Lalu berulang sejarah dua zaman
Siapa tahu Raja Melaka bangun dari makamnya
Menghantar utusan pula ke benua China?

Shamsuddin Jaafar,
Kuala Lumpur.
(Buku Teks Sejarah Ting.5)

Admind:"hargai la sajak melayu warisan kita,berbangga la kita sbagai org melayu"

Saturday, March 26, 2011

Terkejut!!!!!

Salam... Sebenarnye cerita ni da lama berlaku.. Pada satu hari tu,saya pergi ke bank. untuk mengeluarkan wang.. tapi.. selepas saya selesai mengisi borang pengeluaran,saya pown duduk la, yg peliknya masa tu,ada la dua orang akak kat depan ngan sorang adik... Akak yg sorang tu terpandang saya.. tapi pastu,dia asyik pandang saya n berbisik ngan kak yg lagi sorang ngan sorang adik tu.. Kemudian,smpi la giliran saya ke kaunter.. Selepas abis urusan di kaunter, saya pown berjalan menuju ke pintu keluar bank dan akak tu asyik pandang saya.. Saya terfikir dlm ati, hensem ke saya ni... Masyaallah,masakan smpi begitu hebat skali takdir Dia yg Maha Kuasa... Selepas hari itu,saya fikir ada baiknye jika saya trus berbuat kebaikan agar dibalas baik dlm apa jua cara.. hehe.. sekian,tq...Ingat,buat baik dibalas baik dlm apa jua keadaan dan cara..

Thursday, March 3, 2011

Rakan-rakan Penyeimbang Kesunyian Dan Kegembiraan Dlm Diri Manusia

Assalamualaikum.. Rakan-rakan adalah kwn yg sering memahami  dan menjadi tempat kita meluahkan masalah yg dihadapi serta sbgai teman hidup kita.. Di sini,saya ingin menceritakan keadaan saya dengan rakan2 saya. Pada hari ini,saya mula berasa yg rakan-rakan adalah teman yg sering mengembirakan kehidupan kita,dengan adanya rakan,kita tidak akan kesunyian.. Tetapi,hari ini juga saya terfikir,betapa pentingnya rakan sehinggakan saya rasa tenang skali apabila saya memberikan sokongan kepada rakan-rakan saya.. Baru kali ini lah saya berasa kehilangan dan kehadiran mereka dlm hidup ini... Sesungguhnya,Dia yg Maha Kuasa lagi Maha Esa telah mentakdirkan kepada saya rakan-rakan yg memahami saya... Saya sungguh gembira skali.. Sungguh tenang skali perasaan ini apabila mempunyai rakan-rakan yg ramai dan memahami kita.. Alhamdulillah,walaupun saya seorang pendiam tetapi msih ada yg sudi berkwn dngan saya..Syukur...Jadi,saya harap para pembaca sekalian,hargai la rakan2 anda seperti mana anda menghargai kekasih anda.. Hiburkan la hati mereka agar mereka berasa tidak keseorangan