Sejuk. Kedinginan suasana yang sangat mendamaikan diri.
"Eh,serius ke cita-cita nak jadi doktor?"
Apabila sudah menjalani kehidupan sebagai salah seorang mahasiswa perubatan,aku baru mengerti dan memahami mengapa terkadang ada pihak yang bertanyakan soalan seperti di atas.Ya,bukan mudah sebenarnya.Namun payah bukan alasannya untuk mengalah.Pantang menyerah sebelum melangkah.
Setiap hari,berkenalan dengan 'rakan-rakan' baru di dalam dewan kuliah. 'Mereka' agak ramai dengan nama-nama yang pelik dan berbeza-beza.Unik.
Glycine.
Alanine.
Valine.
Leucine.
Isoleucine.
Serine.
Threonine.
Alanine.
Valine.
Leucine.
Isoleucine.
Serine.
Threonine.
Mereka inilah antara faktor aku berusaha mengelakkan diri daripada tidak hadir ke kuliah,terutamanya atas faktor kesihatan.Ini merupakan musim sejuk yang pertama bagi diri aku,jadi macam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.Terlepas kuliah satu hal,dan tidak sihat pula satu hal yang lain.Ingin berusaha memahami hati budi 'rakan-rakan baru' dengan baik,walaupun agak sukar sebenarnya.
Bukan niat aku untuk memperkenalkan 'rakan-rakan' baru aku,kerana hakikatnya aku sendiri masih gagal mengenali mereka dengan baik.Cuma terpanggil untuk berkongsi,setelah terdengar keluhan bernada gurauan salah seorang rakan,setelah selesai 'sesi taaruf' dengan 'rakan-rakan' baru di dalam dewan kuliah beberapa hari lepas.
"Itulah engkau,orang suruh engkau pilih engineering engkau tak nak.Nak sangat jadi doktor.Menghadap la engkau dengan nama-nama pelik ni."
Ini soal pilihan.
Soal keutamaan.
Soal mencari suatu keredhaan.
Soal keutamaan.
Soal mencari suatu keredhaan.
Hakikat sebuah pilihan.
Pilihan antara kerjaya sebagai seorang doktor dan seorang guru bahasa Arab.
Itu antara dilema yang aku hadapi selepas SPM tahun lepas.Tidaklah dilema mana,cuma bila mana sudah melepasi zaman sekolah menengah,mahu tidak mahu terpaksa membuat pilihan untuk masa hadapan.Soal cita-cita,soal wadah yang ingin digunakan dalam mendidik jiwa menjiwai rasa kehambaan,rasa hidup bertuhan.

Pengalaman melihat kehidupan para murabbi kehidupan seperti ibu,ayah dan para pendidik di SMAP Kajang yang merupakan seorang guru,sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada diri untuk menjadi seperti mereka.Menjadi seorang guru dan minat pada bahasa Al-Quran yang indah, 'lingua franca' di syurga sana menebalkan lagi rasa cinta pada profesion seorang guru.Sungguh.
Namun,dalam perubatan juga wujud keindahan.
Dan rasa cinta akan keindahan dalam menjadi seorang pengamal perubatan itu lebih aku impikan.
Dan perubatan jua yang menjadi pilihan.
Dan rasa cinta akan keindahan dalam menjadi seorang pengamal perubatan itu lebih aku impikan.
Dan perubatan jua yang menjadi pilihan.
Bila mana aku perlu membuat pilihan antara doktor dan seorang guru;
Aku PILIH untuk menjadi seorang doktor.
Aku PILIH untuk menjadi seorang pelajar perubatan.
Aku PILIH untuk berada jauh di perantauan,merentas Lautan Mediterranean.
Aku PILIH untuk menjadi seorang pelajar perubatan.
Aku PILIH untuk berada jauh di perantauan,merentas Lautan Mediterranean.
Maka,timbul pula persoalan:
"Apa ana salah kerana memilih untuk menjadi seorang pelajar Perubatan?"
"Eh,dosa ke?''
"Eh,dosa ke?''
"Andaikata aku pilih profesion seorang guru,apa juga salah pilihan aku tersebut..?"
Kewajipan bukan suatu pilihan.
Berdosakah?
Sangat jelas bukan.
Tidak ada dosa dalam membuat pilihan.
Sangat jelas bukan.
Tidak ada dosa dalam membuat pilihan.
Baik memilih A atau B.Sama ada doktor atau guru.
Tidak salah.
Tidak salah.
Kerana apa?
Kerana pilihan itu ialah bila mana ia tidak menyebabkan murka Tuhan.
Kerana pilihan itu ialah bila mana ia tidak menyebabkan murka Tuhan.
Tapi andai melibatkan keputusan meninggalkan kewajipan,ia tidak dipanggil pilihan.
Kerana kewajipan bukan suatu pilihan.
Kewajipan itu suatu tuntutan.Melaksanakan hak seorang hamba kepada Tuhan.
Kerana kewajipan bukan suatu pilihan.
Kewajipan itu suatu tuntutan.Melaksanakan hak seorang hamba kepada Tuhan.
"Di Mesir ini,terserah pada kamu sama ada hendak memilih menjadi Musa atau Firaun."
Sebenarnya aku agak tidak bersetuju dengan statement di atas,yang mana sudah acap kali aku dengar dan diungkapkan oleh pelbagai pihak.Baik di Malaysia mahupun di Mesir.
Kerana apa?
"Kerana mengikut jalan Nabi Musa merupakan suatu tuntutan,dan Firaun yang mengaku Tuhan merupakan suatu kemurkaan."
Tidak wujud unsur pilihan di sini sebenarnya.
Solat lima waktu itu satu tuntutan,bukan pilihan.
Tutup aurat itu tuntutan,bukan pilihan.
Menjaga pergaulan,'ikhtilat' itu satu tuntutan,bukan pilihan.
Persaudaraan dalam Islam merupakan suatu tuntutan,bukan pilihan.
Tutup aurat itu tuntutan,bukan pilihan.
Menjaga pergaulan,'ikhtilat' itu satu tuntutan,bukan pilihan.
Persaudaraan dalam Islam merupakan suatu tuntutan,bukan pilihan.
Semuanya ini merupakan kewajipan.
Aku sekadar ingin meletakkan kefahaman dalam diri bahawa bukan semua benda di dalam dunia boleh dipilih.Mahu yang ini,tidak mahu yang itu.Hidup ini bukan cabaran dalam membuat pilihan,tapi ujian membuat keputusan,sama ada sesuatu perkara itu suatu kewajipan atau pilihan.
Yang wajib tetap wajib.
Cuma,apabila ia berkaitan dengan pilihan,letakkan keyakinan dalam diri bahawa soalnya yang penting bukan tentang pilihan kita,tapi kita ini pilihan Tuhan.
Cuma,apabila ia berkaitan dengan pilihan,letakkan keyakinan dalam diri bahawa soalnya yang penting bukan tentang pilihan kita,tapi kita ini pilihan Tuhan.
Aku suka dengan kata-kata ini:
"Menjadi orang agama adalah satu pilihan, namun menjadi orang beragama adalah satu kewajipan"