"Meng! Meng!" jerit Kemal sambil memegang nasi sebungkus di tangannya.
Ah Meng memaling mukanya ke belakang untuk melihat siapakah yang memanggil namanya.
"Eh, Kemal! Kenapa kau terjerit-jerit panggil aku ?"Kemal menunjukkan nasi bungkus di tangan kanannya.
Seperti selalu Ah Meng dapat mengagak nasi yang dipegangnya itu mesti pemberian Muthu yang berkulit agak gelap itu.Mereka agak kesal dengan niat baik Muthu itu. Bukannya mereka tidak sudi makan makanan pemberian Muthu itu, tetapi mereka tidak mahu Muthu bersusah payah membeli makanan untuk mereka.
"Aku tahu Muthu bukannya mampu untuk beli nasi ini. Tapi dia rasa terhutang budi dengan kita kerana kita belanja dia setiap hari" kata Kemal dengan nada yang agak perlahan.
Mereka tidak sampai hati untuk menolak pemberian rakan baik mereka itu lalu mereka menjamah nasi itu dengan perasaan serba salah. Tidak lama kemudian loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat di Sekolah Taman Sentosa. Apabila tiba di kelas, kelihatan wajah berseri-seri rakan baik mereka iaitu Muthu. Sambil tersenyum, Muthu hampiri mereka berdua.
"Macam mana? Sedap tak nasi bungkus Pak Samad tu?" Kata Muthu sambil menepuk bahu Kemal.
Kemal tersenyum pahit sambil melihat Muthu. Dia menerangkan kepada Muthu supaya Muthu tidak berasa terhutang budi dengan mereka. Ah Meng dan Kemal memang kenal sangat rakan baik mereka sejak dari sekolah rendah. Muthu yang berasal dari keluarga susah itu sentiasa mahu membalas jasa kawan-kawannya. Hal ini kerana, sejak dari tabika lagi Ah Meng dan Kemal sentiasa membantunya dengan membeli buku rujukan, berkongsi makanan dan membeli baju kepada Muthu setiap hari raya Deepavali.
Selepas waktu persekolahan, tiga rakan baik itu akan ke rumah Ah Meng untuk bermain bola sepak.
Selepas waktu persekolahan, tiga rakan baik itu akan ke rumah Ah Meng untuk bermain bola sepak.
Keluarga Ah Meng yang tinggal di hujung Kampung Ulu Langat memang terkenal kerana mereka adalah keluarga terkaya di kampung itu. Walaupun Ah Meng dibesarkan dalam keluarga yang kaya, namun dia tidak pernah kedekut untuk berkongsi kesenangannya dengan orang lain terutamanya dengan Muthu dan Kemal. Selepas penat bermain, mereka bertiga akan ke rumah Kemal untuk mengambil kuih yang dijual oleh ibu Kemal, Mak Cik Sofea untuk diletakkan di warung Pak Mail. Mak Cik Sofea memang tidak lokek memberi kuih yang dibuatnya sendiri kepada kawan-kawan Kemal.
Kemal dan Ah Meng akan membawa sedikit kuih kepada ibu Muthu, Mak cik Muniandi. Muthu kehilangan bapanya sejak dia berusia lima tahun. Bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sejak dari itu, Muthu tinggal bersama ibunya dan mereka berada dalam keadaan yang serba miskin bagai kerakap tumbuh di batu kerana ibunya hanya bekerja sebagai petani di kampung mereka.
Namun demikian, Muthu tidak pernah menganggap kesusahan mereka sebagai penghalang untuk dia memperoleh segulung ijazah. Tambahan, dia berasa bertuah dapat lahir di negara Malaysia yang berbilang kaum serta rakan-rakannya yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada dia.
Namun demikian, Muthu tidak pernah menganggap kesusahan mereka sebagai penghalang untuk dia memperoleh segulung ijazah. Tambahan, dia berasa bertuah dapat lahir di negara Malaysia yang berbilang kaum serta rakan-rakannya yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada dia.
Setiap hari, tiga sahabat itu akan mengulang kaji pelajaran bersama-sama di perpustakaan awam.
"Meng, kau hendak kerja apa lepas SPM nanti?" kata Muthu.
"Aku ingat aku hendak menolong syarikat pemprosesan getah bapa aku.Eh, aku terlupa pula, bapa aku memesan agar kamu berdua menolongnya . Dia berharap kita bertiga mendapat pengalaman sebelum kita menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi." Kata Meng sambil membuka buku Prinsip Akaunnya.Kemal berseloroh.
"Eh Meng, kau tidak takut ke nanti aku dan Muthu curi 'resipi' kejayaan bapa kau tu?'.
Ah Meng tertawa mendengar usikan kawannya itu. Muthu juga tersenyum lebar mendengar usikan itu.
"Muthu, nanti kalau kau dah berjaya dalam SPM nanti, macam mana kau nak ke Universiti? Macam mana keadaan ibu kau nanti?" sebut Kemal sambil menggaru dagunya yang tidak gatal itu.
Air muka Muthu berubah menjadi kusam. Dia juga pernah terfikir tentang masalah yang akan dihdapinya nanti. Ah Meng menepuk bahu Muthu sambil berkata
"Muthu sahabat sejatiku, jangan kau risau, aku berjanji selagi darah mengalir di urat aku, selagi jantung aku masih berdegup, aku akan sentiasa membantu kau ." jawab Ah Meng.
"Aku pun akan membantu kau, Muthu. Ibu aku boleh menjaga ibu kau, janganlah kau risau." kata Kemal dengan ikhlas.
Muthu merenung mata kawan-kawannya sambil memegang tangan mereka. Air matanya mengalir pelahan-lahan di pipi. Dia berasa bertuah kerana dikurniakan sahabat yang baik serta memahami perasaannya selama ini, walaupun mereka dilahirkan dengan kaum dan agama yang berbeza.
"Sudahlah Muthu, janganlah kau menangis. Mari kita mengulang kaji Prinsip Akaun ini. Aku peninglah macam mana hendak tutup akaun ni. SPM semakin hampir ni, lagi dua bulan."kata Ah Meng untuk memujuk rakannya itu.
Muthu menggangguk perlahan sambil mengesat air matanya.
Selepas dua bulan, tibalah masa yang ditunggu-tunggukan. Tiga sahabat itu agak gementar tetapi mereka percaya mereka telah berusaha bersungguh-sungguh sebelum menduduki SPM. Mereka menduduki peperiksaan SPM di dewan sekolah dengan perasaan yakin dan semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya.
Seperti yang dirancang, mereka bekerja di kilang kepunyaan bapa Ah Meng. Muthu sangat gembira kerana dapat bekerja di kilang itu.Tambahan pula, gajinya dapat mengurangkan beban ibunya dan dia melaksanakan tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh seperti dicanai rupanya.Beberapa bulan kemudian, keputusan SPM diumumkan.
"Kemal! Kemal!" jerit Muthu dan Ah Meng di perkarangan rumah Kemal.
Tidak lama kemudian, Kemal muncul di beranda rumahnya. Mukanya berseri-seri bak permata berkilauan.
"Teman-teman, aku dapat 8A tambah dan 1A. Aku boleh sambung belajar lagilah." Jerit Kemal.Gembira.
"Aku dapat 9A tambah lah, Kemal, Meng."kata Muthu sambil tersenyum lebar.
"Eh, kau dapat apa, Meng?" sambungnya lagi.
Ah Meng yang juga tersenyum itu mula membuka mulutnya.
"Aku mendapat 8A tambah dan 1A tolak." kata Ah Meng.
Mereka bertiga sangat gembira dengan keputusan yang diperoleh. Semangat satu Malaysia yang tertanam di dada mereka menyebabkan tiga sahabat itu berjanji untuk memilih bidang yang sama di universiti nanti dan akan menghadapi segala cabaran kehidupan bersama-sama agar matlamat mereka tercapai.