Sebermulanya kisah ini dari seorang anak muda yg ceria,pintar dan pemalu dngan org lain pada saat ia masih kanak2 lagi.. Anak ini dahulunya gemar dipanggil dngan panggilan nama pendeknya pada setiap hari... Sesungguhnye kecomelan anak ini sering membuatkan dia tersenyum tetapi pemalu dngan orang lain selain dari keluarganya sndiri..Malangnya keluarganya adalah sebuah keluarga yang tidak berusaha untuk mengamalkan setiap amalan yg perlu dan tidak juga memperbaiki setiap kelemahan agama nya melainkan hanya menuruti perintah Allah S.W.T. Disamping itu juga,si ayahnya tetap melakukan apa yg diharamkan oleh Allah S.W.T iaitu mencari rezeki dngan cara yg haram tetapi mudah di dapati walhalnya juga bukan la bermaksud ayahnya seorang pencuri mahupun seorang penipu. Emaknya yang mengetahui perkara ini tidak la pula menghalang dngan nasihat tetapi membiarkannya. Sesungguhnya terserah kepada Dia yg Maha Esa untuk memberi petunjuk sekiranya tiada yg menasihati sebaliknya hanya mengharapkan petunjuk Allah S.W.T. Alhamdulillah dengan ketentuan Allah S.W.T yg Maha Bijaksana telah menetapkan anak ini di bawah jagaan
nenek dan ayah saudaranye. Keadaannya agak berubah sedikit apabila ayah saudaranya mengambil berat akan anak ini dngan ilmu pengetahuan yg patut dituntut dan mengajar anak ini dngan penuh kesabaran dan ketekunan. Buat anak ini,ayah saudaranya bagaikan guru seluruh hidupnya merangkumi guru pertama dan guru kedua nya... Walau sesibuk mane pun, ayah saudaranya tetapa mengajar mane yg perlu diajar tetapi hanya satu tempat yg x mampu di ambil alih iaitu mengajar anak ini ilmu Al-Quran. Tugas ini diambil oleh neneknya buat beberapa hari atau mungkin beberapa bulan tetapi kasihan anak ini hanya mampu mempelajari dan mengenali huruf2 jawi serta ayat al-fatihah dan bacaan-bacaan huruf jawi tersebut sebelum anak ini mengenali ayat2 Al -Quran. Kepintaran anak ini adalah sangat menarik kerana anak ini sentiasa mengingati apa yg dipelajarinye dan diusahakan walaupun tidak mengamalkan ilmu pengetahuan tersebut. Anak sangat berminat dngan ilmu pengetahuan dan dia x pernah mengambil tahu perkara yg berada di luar konteks pembelajaran nya seperti apa yg sering diambil tahu oleh anak2 yg nakal.
Ketika anak ini mula meningkat dewasa iaitu ketika ia memasuki alam sekolah menengah. Pelbagai cabaran yg berada diluar pengetahuan dan kemampuan dirinya terpaksa di lalui olehnya demi menimba pengalaman yg berguna untuk dirinya dan orang lain. Dalam pada itu juga,anak ini terus membawa harapan dan bebannya iaitu menuntut ilmu demi mengembirakan hati ibu bapanya tanpa sedikit amalan agama dalm kehidupan hariannya seperti menuntut ilmu kerana Allah S.W.T. Anak ini juga menemui rakan lama mahupun rakan barunya. Ujian menimpa dirinya tanpa mengenali apakah itu ujian Allah S.W.T dan bagaimanakah bentuk2 ujian tersebut. Anak ini dipengaruhi seorang rakannya lantas mula berminat mengenai perkara2 yang di haramkan oleh Allah S.W.T iaitu maksiat. Anak ini juga jahil tentang baik buruk perkara ini dan ia juga tidaklah mengetahui akan peringatan Allah S.W.T di dalam ayat ini:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)
Anak ini tidak menahan pandangan melihat gambar2 yg haram dan seterusnya melihat video yg haram dilihat tanpa ia tahu sedikit sebanyak tentang kesan buruk perkara ini. Sehinggalah tiba suatu saat,petunjuk Allah S.W.T mula menembusi hati nurani nya dan membuatkan mindanya sedar sedikit demi sedikit akan kenikmatan yg hanya sebentar di dunia ini tetapi kenikmatan rezeki DIA yg kekal abadi di syurga.. Hari demi hari berlalu,anak ini mula memiikirkan akan kesalahan nya sehinggakan ia mula menganggu fikiran nya untuk fokus dalam pelajaran.. Bulan demi bulan juga,anak ini berada dalam keadaan jarang melakukannya perbuatan terkutuk ini tetapi masih dikategori melakukannya.. Apabila suatu saat ramadhan menjelma pada 1.8.2011,petunjuk dan rahmat-Nya mula menguasai diri anak ini untuk terus beribadat tetapi keadaan ini hanya sementara kerana anak ini berada dlm peringkat usaha pada satu perkara sahaja iaitu berusaha untuk berhenti tetapi tidak berusaha untuk menyibukkan diri dngan amalan kebaikkan seperti memenuhi tanggungjawabnya ketika berada di rumah.. Seringkali ia meminta nasihat rakan2nya dan permulaan keinginan taubat dari takdir seorang rakan muslimahnya memberi nasihat kepada dan dalam pada itu juga ia mula sedar akan kehadiran Allah S.W.T di hati walaupun dia tidak berusaha untuk menguatkan keyakinannya.. Nasihat demi nasihat yg dia terima mula memberhentikan dia dari melakukannya secara kerap dan dia mula mencari ilmu pengetahuan agama mengenai perkara ini. Sedikit demi sedikit ilmu tentang azab yg ia tahu mula menakutkan ia dari melakukan perbuatan ini. Antara azab yg ia baca ialah:
Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.
Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud.
*Untuk makluman kalian,bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer.
Setelah ia mengetahui akan azab ini,maka takut la di hati walaupun ketakutan itu masih belum mampu mendekatkan ia kepada yg Maha Esa. Setiap hari,anak ini berusaha untuk melupakan perkara2 ini dengan menyibukkan diri pada perkara yg berfaedah tetapi malangnya dia terlalu sibuk di depan komputer.. Sungguhpun begitu,telah terlambat buat anak ini kerana waktu dia berhenti teramat dekat dengan hari peperiksaan SPM. Sudah terlambat untuk anak ini memperbaiki mindanya dan ingatan nya.. Anak ini berusaha dngan ilmu yg dia ada sahaja.. Setelah peperiksaan SPM berlalu,baru la dia sedar akan kerugian masa akan perbuatan yg dilakukannya selama Tiga Tahun itu adalag sia2 sekali..Mudahan,anak ini terus berusaha untuk berhenti dan berazam untuk menjadi hamba-Nya yg soleh.. Itu la azam untuk tahun baru akan datang bagi anak muda ini..
Sekian,trimas. Harap kalian yg membaca cerita ini mengambil pengajaran ye...
*Untuk makluman kalian,bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer.
Setelah ia mengetahui akan azab ini,maka takut la di hati walaupun ketakutan itu masih belum mampu mendekatkan ia kepada yg Maha Esa. Setiap hari,anak ini berusaha untuk melupakan perkara2 ini dengan menyibukkan diri pada perkara yg berfaedah tetapi malangnya dia terlalu sibuk di depan komputer.. Sungguhpun begitu,telah terlambat buat anak ini kerana waktu dia berhenti teramat dekat dengan hari peperiksaan SPM. Sudah terlambat untuk anak ini memperbaiki mindanya dan ingatan nya.. Anak ini berusaha dngan ilmu yg dia ada sahaja.. Setelah peperiksaan SPM berlalu,baru la dia sedar akan kerugian masa akan perbuatan yg dilakukannya selama Tiga Tahun itu adalag sia2 sekali..Mudahan,anak ini terus berusaha untuk berhenti dan berazam untuk menjadi hamba-Nya yg soleh.. Itu la azam untuk tahun baru akan datang bagi anak muda ini..
Sekian,trimas. Harap kalian yg membaca cerita ini mengambil pengajaran ye...