Kehidupan zaman moden pada hari ini memerlukan banyak pengorbanan. Tidak kiralah pengorbanan dari segi harta, pangkat ataupun masa. Hatta, ada yang melakukan pengorbanan yang tidak patut dilakukan, demi menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.
Dunia hari ini juga memerlukan seseorang terus berlabur dalam setiap masa. Wang menjadi taruhan. Kita lihat situasi ini.
Situasi A
Insan I : Eh bro, takkan makan maggi je kot.
Insan II : Bro, aku nak berjimat kot. Tambah duit dalam bank. Nanti aku gak yang senang. huhu
Insan I : Kalau ye pun nak jimat, jagalah permakanan bro.
Insan II : Ye laa..
Insan II : Bro, aku nak berjimat kot. Tambah duit dalam bank. Nanti aku gak yang senang. huhu
Insan I : Kalau ye pun nak jimat, jagalah permakanan bro.
Insan II : Ye laa..
Situasi ini sepertinya agak familiar dalam kalangan kita. Maka,kita mengetahui bahawa,manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kesenangan. Wang dan harta selalu menjadi subjek utama dalam kehidupan. Memang tak dinafikan.
Duit..Duit
Ungkapan 'No money no business' menjadi pegangan setiap orang yang mempunyai 'fikrah'"duit adalah segalanya". Namun,duit bukanlah segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit.Maaf,pembetulan.Sesetengah perkara memerlukan duit. Kenapa sesetengah? Kenapa bukan segalanya memerlukan duit?Ya,benar sekali.Tidak semestinya untuk hidup bahagia, kita perlukan duit. Tidak semestinya, nak berubah ke arah kebaikan memerlukan duit. Tidak semestinya, nak buat kebaikan memerlukan duit melainkan sedekah dan sebagainya. Dan untuk masuk ke SYURGA, tidak bawa pun duit.
Selalu juga kita dengar quote 'No money no business'. Sekarang, kita tukar. 'No amal soleh, no barakah'.Atau bagaimana?Membuat amal soleh, amal kebaikan merupakan pelaburan kita yang utama dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Pengabdian diri kepada Allah adalah penting.
Firman Allah yang bermaksud:-
" Aku tidak menjadikan manusia dan jin melainkan hanyalah untuk beribadah kepada-Ku "- surah Az-Zariyat (Ayat 56)
Allah berfirman lagi yang bermaksud:-
"...Sungguh, orang yang mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa." - surah Al-Hujurat (Ayat 13)
Jadi, untuk menjadi orang yang bertaqwa, kita mestilah mengikut segala perintah Allah, tinggalkan larangan Allah. Penuhkan Bank Akhirat dengan amal-amal soleh dan segala jenis kebaikan. Kita tidaklah memerlukan wang untuk membuat amal kebaikan. Modalnya hanyalah diri kita sendiri dan pengorbanan masa yang kita ada hanyalah untuk Allah.
Kembali ke jalan yang benar.
Situasi B
Insan I : Bro, kebelakangan ni kan, aku tengok kau dah banyak berubah lah. Semakin alim-alim camtu. Tambah lagi, kau banyak terlibat dengan aktiviti agama, ajak orang sana sini. Apa rahsianya?
Insan II : Bro, aku berubah kerana Allah. Bila aku tengok balik 'buku akaun' amal aku kan, tak banyak sangat 'duit' aku untuk pelaburan akhirat. Kita ni tak tahu bila mati. Jadi, muda-muda camni lah nak kumpul 'duit' untuk akhirat. Jom ikut aku. Tak payah takut. Duit dalam Bank Dunia kau tu tak terjejas pun, tapi kan, duit dalam Bank Akhirat kau tu akan bertambah. InsyaAllah. (sambil tersenyum)
Insan I : *Insaf*

Jadi, kita bila lagi? Bank Akhirat menanti untuk diisi sebaik-baiknya.