Saturday, July 23, 2011

Nasib...... Pilihan...... Pilihan........ Nasib......

Assalamualaikum. Kepada para pembaca yg dihormati sekalian. Hari ini admin nak cerito tontang nasib dan pilihan. Raso2 korang la,dalam hidup kito ni,semua yg berlaku adolah nasib ko pilihan?? haha.. Tu yg admin nak jelaskan hari ni pas dongar ceramah dari encik Ridzuan time ceramah kat sekolah admin smalam.. dio punya ceramah... HUIH...... masyuk.... diri admin sendiri pown raso bersemangat balik lopeh dongar ceramah dio.. hehe..
                                             
                                          

Nasib bermaksud hal yang terjadi yang bukan hasil pemikiran manusia dan tidak dapat dicegah oleh daya upaya manusia. Kata seerti bagi nasib ialah kismat, suratan dan juga tuah. Nasib merupakan sesuatu yang tidak menentu.

Soal Nasib dan Agama

Nasib tidak boleh diubah melalui kuasa manusia, tetapi manusia boleh mengubah nasib melalui kuasa yang lain. Daripada itu, agama lazimnya dianggap sebagai saluran untuk mengubah nasib. Ini adalah kerana agama dari satu segi ialah cara untuk berhubung dengan kuasa luar biasa. Dalam konteks ini, Kuasa luar biasa seperti Tuhan diharapkan dapat mengubah pekara yang tidak dikuasai oleh manusia. Contohnya, apabila seseorang itu menghadapi nasib yang buruk seperti mendapat sakit yang tidak diubati, barangkali beliau akan berdoa kepada Tuhan agar kuasa luar biasa ini dapat menyembuhkan badannya.
Terdapat juga mereka yang berpaling kepada sihir untuk mengubah nasib mereka. Dalam kes ini, sihir dianggap dapat memaksa sesuatu kejadian berlaku seperti yang dikehendaki oleh penyihir.

Pandangan Manusia Mengenai Nasib

Setiap manusia mempunyai pandangan diri mereka mengenai nasib. Sikap merekalah yang akan mempengaruhi pandangan mereka terhadap nasib. Contoh bagi pandangan ini adalah seperti berikut:
  • Segala yang berlaku di atas diri manusia adalah nasib.
  • Segala yang berlaku di atas diri manusia adanya hasil daripada tindakan manusia, tetapi nasib yang menentukan hasilnya.
  • Nasib tidak wujud sama sekali, segala yang berlaku adalah kerana tindakan manusia.
      
                                  
Buatlah pilihan yg tepat lalu menbawa kebaikan kepada diri dan orang lain

Pilihan pula ialah apa yg kita fikirkan dalam minda kita pada setiap hari kerana setiap perkara yg kita fikirkan itulah pilihan yg dibuat oleh diri kita. Diri Anda Adalah Apa Yg Anda Fikirkan. Setiap hari seorang manusia membuat banyak pilihan dalam hidupnya. Justeru,pilihan ini mempunyai dua sifat iaitu baik dan buruk. Contohnya,seorang pelajar memilih datang ke sekolah untuk belajar supaya dapat merealisasikan cita-citanya di masa hadapan,dan seorang pelajar memilih tidak mahu belajar kerana subjek yg di pelajari itu susah lalu mendapat markah yg tidak memuaskan dalam ujian subjek tersebut. Bak kata pepatah,"buat baik dibalas baik,buat jahay dibalas jahat". Merujuk kepada pepatah,ternyata "buat jahat" itu juga boleh dikatakan sebagai perbuatan buruk dan merugikan seperti malas.

Kata pepatah ini "hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih" boleh disimpulkan bahawa kita perlu memilih sama ada nak berjaya atau sebaliknya. Kadang kala ada segelintir manusia mengatakan hidup ini kejam,sebenarnya tidak. Hidup ini menjadi kejam kerana tindakan dia sendiri yg memilih untuk tidak berusaha untuk mengubah kenyataan tersebut dan mencapai kejayaan dalam hidupnya.  Ingatlah wahai para pembaca sekalian,dalam hidup ini banyak pilihanya. Jadi berfikir dan pilih la pilihan yg akan membawa kemajuan kepada diri,bukan memilih pilihan yg membawa kemunduran kepada diri semata-mata mahu bersenang-senang dulu. Bak kata pepatah,"bersusah-susah dahulu,bersenang lenang kemudian".


Akhir kata,membuat pilihan tidak sukar cuma kita perlu banyak berfikir dan meminta pendapat orang yang lebih tua dari kita tetapi diri kita sendiri yg menyukarkannye kerana segala yg berlaku adalah sebab diri kita sendiri. kita hendaklah berusaha membuat pilihan yg baik agar nasib kita baik dan kalau nasib kita buruk itu adalah kerana kita sendiri telah membuat pilihan yg buruk. Segala yg berlaku sama ada baik atau buruk adalah dari tindakan diri kita pada masa yg lepas dan bermuhasabah diri la para pembaca sekalian agar kita dapat membetulkan yg buruk dan mempertingkatkan yg baik. Sekian TQ.. :D

P.S:Jika kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu baik,Yg Maha Kuasa akan memberikan yg baik tetapi jika kita bermalasan atau berusaha untuk mendapat sesuatu yg buruk,maka dpat la yg buruk. Jangan salahkan org lain kerana tindakan kita sendiri tetapi salahkan diri sendiri dan perbaiki la diri..
Comments
2 Comments

2 comments:

asnizaziz said...

salam..seringkali kita dengar org menyalahkan takdir bila terjadi sesuatu.

cth mcm,"da Tuhan takdirkan aku jadi pencuri/perompak"

sedangkan sebab dia jadi pencuri atau perompak adalah berpunca daripada diri dia sendiri, dan bukan itu takdir atau nasibnya.

done follow u:)

Acap Raffe said...

thanks coz comment.. erm.. betul pe yg awk katakan itu.. Saya sering terfikir kalo ada org berani menyuarakan entri saya ini di media massa supaay ramai org sedar bahawa mereka boleh mengubah diri mereka dan mereka tidak di belenggu dengan belenggu takdir sndiri padahalnya mereka boleh mengubah takdir mereka sndiri.. ok..