Jodoh ada tiga jenis jodoh.
Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.
Jadi berdasarkan petikan di atas,kita semua tahu jodoh yg mana yg kita hendak pilih..erm.. ramai pasangan zaman skarang lebih memilih jodoh dari syaitan.. Oleh itu,saya sarankan kepada sesiapa yg ingin mencari jodoh,pilih la jodoh dari Allah S.W.T.. kerana jodoh ini akan berkekalan buat selamanya jika kita inginkannye kerana-Nya dan dngan ikhlas serta memahami makna perkahwinan secara mendalam.. Syurga cinta ini juga haruslah dicari dngan sabar dan tenang bagi kaum adam yg ingin mencari kaum hawa yg sesuai.. tetapi ingat la,dalam dunia ini,setiap pencarian pasti ada dugaan dan ujian untuk menguji keimanan kita.. Untuk kaum adam sekalian,ingatlah,zaman remaja ini penuh dugaan yg akan membawa kita kepada 2 jalan,iaitu jalan keimanan dan jalan kemaksiatan. Justeru,pilihlah jalan keimanan yg penuh dngan kemanisan dan ketenangan hidup dngan mencari ilmu di waktu muda dan mencari nafkah hidup di waktu dewasa serta mengumpul bekalan akhirat sejak awal kehidupan kita tetapi tingkatkan lagi amalan wajib dan sunat apabila di waktu tua kita kerana di waktu ini majoritinye ramai yg da pencen kan.. hehe.. Erm,tips untuk memilih kaum hawa yg memahami kehidupan kita ialah pilihlah agama dan budi pekerti serta keluhuran hatinya terhadap kehidupan..Bukankah Dia yg Maha Kuasa melihat hati dan amal kita,jadi seharusnya kita memilih kaum hawa yg baik budi pekertinye agar kita dpat membina sebuah rumah tangga yg bahagia dan saling bertolak ansur mahupun memahami antara satu sama lain seterusnye kepada sebuah cinta yg kekal abadi yg dikenali sebagai syurga cinta...Jadi,kepada pembaca-pembaca sekalian yg mempunyai kemuskilan,boleh bertanya kepada saya di Facebook... Sekian,terima kasih..