Friday, February 25, 2011
Hidup Ini Sentiasa Ada Hikmahnya..
Sebermulanya pada satu hari yg da berlaku dahulu,saya bertanya kepada pak ngah,sama ada dia mempunyai KWSP atau tidak.. Ternyata dia ada tetapi dia da lupa no.KWSP dia.. Jadi saya berusaha untuk menolongnye,akhir.. hanya jalan buntu sahaja yg saya jumpa.. Tetapi semenjak beberapa hari ini,kami mendengar berita... Ianya menyatakan bahawa setiap pemunya KWSP boleh memeriksa penyata KWSP mereka melalui sistem baru yg dikenali sbagai i-akaun... Jadi saya pown mula mencari di internet... Akhirnye,saya jumpa sesuatu yg menjadi titik permulaan bagi kejayaan saya dlm menolong iaitu no.talian pertanyaan... Selepas pak cik saya menelefon pihak KWSP... Harapan membuahkan hasil.. Pada hari ini,saya pergi ke Alor Gajah menuju ke cawangan KWSP di sana... Sehabisnya,kami berbincang dngan pihak mereka,kami berasa gembira kerana akhirnye perjalanan kami membuahkan hasil walaupun dengan penat lelah yg msih bersarang dlm diri saya sekarang ini.. Hari ini,saya mempelajari bahawa setiap permintaan kita,Dia pasti akan menunaikan cuma bergantung pada masanye sama ada cpat atau lmbt dan berapa lamakah kesabaran kita dlm mengkehendaki sesuatu barang itu... Oleh itu,setiap perkara itu,haruslah kita lakukan kerana Dia yg Maha Kuasa lagi Maha Perkasa agar setiap pekerjaan kita itu mendapat keberkatan-Nya... Erm,setiap sesuatu barang atau perkara yg berkat,adalah sesuatu yg Dia redhai untuk kita memilikinye... Jadi disini,saya harap,para pembaca suma sentiasa beringat2 dan lakukan setiap kebaikan kerana-Nya,kerana ianya ada hikmahnye untuk diri kita.. Sekian,TQ..
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)