Ekonomi dalam sesebuah pemerintahan penting dalam memenuhi keperluan pembangunan negara. Pelbagai kajian telah dijalankan oleh pihak cendikiawan dalam menghasilkan satu natijah yang positif terutamanya dalam membangunkan ekonomi Islam.
Allah berfirman :
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapiSesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat,kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anakyatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yangmeminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikanzakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabardalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar(imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah : 177)
Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta memberi inspirasi baru kepada bakal jutawan di Malaysia, iluvislam event membawakan Seminar Jutawan Muslim.
Seminar yang pertama kali diadakan di Malaysia ini menghimpunkan jutawan muslim dari segenap bidang perniagaan bagi berkongsi pengalaman dalam bidang keusahawanan.
Program seperti ini diketengahkan bagi memberi kesedaran kepada Muslim terutamanya bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
Hal ini dapat membantu orang Muslim terutamanya bagi memartabatkan lagi system ekonomi Islam sekaligus dapat membantu umat Islam supaya terus bersemangat bagi berjaya dalam bidangnya.
Sertai iluvislam dalam Seminar Jutawan Muslim pada 29 April ini bertempat di Flamingo Hotel, Ampang Selangor.
Anda boleh menyertai jutawan Malaysia yang terbukti berjaya dalam konvensyen yang julung kali diadakan ini dengan melayari http://jutawanmuslim.net bagi mendapatkan maklumat lanjut serta pendaftaran.