Wednesday, April 18, 2012

Tujuan Hidup

                                                        Kumbang

Alhamdulillah, baru-bari ini terhasil sebuah tulisan yang melambangkan kesedaran penulisnya mengenai dimensi dan hakikat yang terbesar dalam kehidupan bukan sahaja sebagai seorang Muslim namun sebagai seorang manusia. Tulisan yang bertajuk Apa Tujuan Hidup Kita hasi karangan Nor Azieda besar maknanya kepada masyarakat.
Persoalan-persoalan sebegini telah membawa ramai daripada mereka yang lahir sebagai bukan Islam akhirnya kembali kepada Islam, malah mereka yang Islam secara baka juga sedar akan hakikat keislaman mereka dan kembali kepada ajaran dan pemahaman Islam yang sebenar mengikut acuan al-Quran dan Sunnah. 
Ini ternyata perkara paling asas, namun tidak ramai yang suka memikirkannya apatah lagi menulisnya bagi dikongsikan dengan orang ramai.
Malah di akhir bicara selepas beliau mengambil tiga ayat daripada al-Quran (Surah az-Zariyat, ayat 56. Surah al-Baqarah, ayat 30. Surah ali-Imran, ayat 110) sebagai penguat hujah 'Apa Tujuan Hidup Kita?'.
Beliau menyudahkan dengan mengajak kepada sahabat-sahabatnya yang selain daripada ustaz dan ustazah juga terjun ke dalam dakwah. Ia melambangkan kesedaran kendiri yang bermutu bagi seorang mahasiswa dan pemudi yang citra sedar Islamnya tinggi.
Malah membatasi tujuan hidup di dunia sahaja. Sewajarnya semua remaja Islam sudah mula berfikir seperti beliau. Malah bagi menjadi seorang aktivis dakwah malah jika berorganisasi pula adalah suatu pilihan yang jarang mnejadi kegemaran di kalangan pemuda pada hari ini meskipun dakwah adalah satu-satunya tugasan yang Allah amanahkan kepada para Rasul yang boleh kita warisi. 

Refleksi 'Apa Tujuan Hidup Kita?' Soalan itu sudah terjawab dengan merujuk kepada tiga ayat yang diberikan kemudian. Namun apakah itu sebenar tujuan kita hidup? Sekiranya benar itu tujuan kita hidup, maka kata-kata yang diambil dari al-Quran itu seharusnya daripada kita kepada Allah dan bukan daripada Allah kepada kita. 
Bukankah ayat tersebut seakan menunjukkan tujuan Allah menjadikan manusia? Iaitu untuk beribadah kepada-Nya, menjadi khalifah dan melakukan dakwah di jalan Allah.
Ia lebih kepada penetapan tujuan manusia dijadikan di atas muka bumi ini oleh penciptanya dan kita sebagai manusia andai tiada al-Quran dan Sunnah pasti tidak tahu apakah tujuan sebenarnya kita dihidupkan di atas muka bumi ini dan apa agenda sebenarnya serta apa kesudahannya selepas daripada kematian? 
Ada beza yang besar antara 'tujuan' tersebut; Apabila Allah menyatakan tujuan kita diciptakan, ia adalah sebuah perintah dan wajib dilaksanakan tanpa sebarang bantahan. Apabila soalannya adalah 'Apa tujuan hidup kita?', maka ia boleh menelurkan jawapan yang pelbagai menurut kemahuan seseorang itu. 
Ada yang tujuan hidupnya mahu jadi tersohor dan mendapat perhatian semacam artis dan para bintang sukan peringkat nasional dan internasional. Ada yang mahu jadi artis, ada yang mahu jadi sasterawan, ahli muzik dan pelbagai lagi bagi memenuhi tujuan hidup mereka. 
Justeru perlu difahami, perbahasan dalam tulisan Sdr. Nor Azieda adalah tujuan yang Allah tetapkan bagi manusia yang diciptakannya. Kalau begitu apa yang wajar menjadi tujuan manusia khususnya mereka yang beriman kepada Allah? 
Ya, itulah persoalan yang perlu ditanya kepada diri kita sendiri. Setiap daripada kita. Selepas mengetahui tujuan Allah menjadikan kita sebagai hamba-Nya. Apa yang wajar diletakkan menjadi Apa yang kita perlu mahu dan sebenarnya? Sebagai matlamat akhir sebagai seorang hamba Allah, apakah yang perlu kita mahu? Yang kita berusaha jadi baik, solat tidak tinggal, buat apa yang disuruh oleh Allah sebagaimana dalam tiga ayat di atas untuk apa? Tidak lain kerana mahu dan perlukan adalah 'reda Allah'. 
Apa pula yang boleh kita dapat dengan reda Allah? Syurga abadi, destinasi yang kekal tiada ganti. Apakah habuan yang terbaik bagi sebuah pengabdian kepada Allah melainkan syurga yang juga sengaja dijadikan Allah dan sudah diceritakan awal lagi dalam al-Quran dan Hadis? Malah syurga sudah ditunjukkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. semasa baginda Israk dan Mikraj lagi. 
Firman Allah yang bermaksud: 
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalam selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan merekapun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. (Surah al-Bayinah, ayat 8) 
Allah kemudian menjelaskan lagi yang bermaksud:             
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. (Surah Hud, ayat 23)       
Kisah motivasi Dalam satu program motivasi mengenai cita-cita, si penceramah bertanyakan kepada murid-muridapakha cita-cita mereka. Seorag demi seorang perlu bangun dan jawab. Maka jawapan yang kedengaran adalah: "Doktor." "Askar." "Cikgu." "Jurutera." dan banyak lagi. Tiba giliran seorang pelajar yang agak penyenyap. Pabila ditanya kepadanya apakah cita-citanya. Dia dengan yakin dan jelas menjawab, "Saya mahu jadi ahli syurga!" Seisi kelas dan si motivator terpana dengan jawapan tersebut!
Comments
0 Comments

0 comments: