Tuesday, January 31, 2012

Awak Ada Laman Sosial

                                                       alt

Agak lama juga saya tidak menulis nota-nota berguna yang InsyaAllah boleh saya jadikan peringatan untuk diri dan pada yang lain-lain. Terpanggilnya saya untuk buat artikel ini pun sebab sudah tak dapat bendung kerisauan terhadap masalah yang satu ini. Masalah yang sangat-sangat kronik pada masa kini bagi saudara seagama yang hampir keseluruhannya mempunyai akaun di laman sosial. 
Mungkinkah perbuatan saya untuk melihat-lihat gambar di Facebook mereka itu salah? atau mungkin juga salah bagi saya untuk memperlihatkannya kepada orang lain? kerana mungkin ada yang berpendapat saya melihat dan menunjukkannya tanpa izin si pemilik terlebih dahulu? bagi saya tidak sama sekali! Sebabnya sudah sah memang pemilik akaun itu yang memuatnaik gambar-gambar peribadi miliknya di Facebook yang mana kita tahu apa tujuan Facebook ini bukan iaitu tidak lain tidak bukan; Facebook helps you connect and share with the people in your life  di tambah pula lagi dengan ayat ini; It's free, and always will be. Cukup menarik bukan? Sudahlah boleh berkongsi dan berhubung, percuma pulak. Siapa tak mau kan?
Ya, oleh kerana mau berkongsi dengan orang-orang lain di dalam kehidupan kita itulah kononnya maka kita pun dengan percumanya berkongsi segala gambar-gambar kita. Maka bermacam-macamlah yang di upload dengan bangganya dan bermacam-macam perkara lagilah yang dikongsi seperti peristiwa, hobi, tempat yang dikunjungi dan tak kurang juga yang ambil peluang promosi perniagaan, buat pengumuman dan berkongsi info dan pengetahuan. Itu baru cakap pasal gambar, belum lagi yang berkongsi links,video, dan yang paling kelakar dialah yang paling update konon hinggakan perkara remeh macam baru beli Sardin setin pun nak ditulis di post! Tak kurang juga yang buat fitnah, mengumpat, meluahkan rasa kasih tak kesampaian dan melepas kegeraman pada orang yang dia tak puas hati! Maka dikongsikanlah juga dengan percuma segala dosa-dosa orang yang memulakan segala-galanya tadi!

Kadang-kadang saya tidak faham dengan orang-orang yang macam ni. Kalau yang dikongsi itu setakat hal-hal kecil dan sekadar ingin menambah pengetahuan tak apalah. Tapi sampai mengata orang lain, mengutuk, mengaibkan, provokasi, batu api  & pelbagai benda-benda negatif lagilah!
Jadi, bercakap dari perspektif seorang Muslim dan berdasarkan pelbagai sumber yang pernah saya cari maka di sini saya dapati pelbagai fakta macammana akaun di laman sosial seseorang Muslim itu boleh menjadi dosa yang berterusan. Astaghfirullahhalazim. Nauzubillah. Terutamanya bagi  kaum hawa yang mana agak berat..
Kita tahu kita boleh upload gambar & tunjuk kepada orang-orang yang kita dah add jadi kawan di laman social ini, tapi sedarkah kita bahawa kadang-kadang kita letak gambar-gamabr yang melampau sehingga melanggari adat dan tuntutan agama suci Islam? yang kaum perempuannya kalau letak gambar bukan main daring lagi tunjuk aurat, itu baru aurat, belum lagi menayangkan aksi dan ragam berpelukan dengan teman lelaki. 
Bertepatan dengan Firman Allah SWT:-
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."( An Nur: 31 )
Bagi sesiapa yang pernah membaca Al-Quran iaitu pada ayat ini, sudah jelas Allah SWT berfirman dengan seindah-indah ayat dan selengkap-lengkapnya penyataan maha pencipta yang sempurna untuk memberi penjelasan kepada hambanya, tetapi dengan ayat ini sekali pun mereka masih boleh menafikan malah membezakan antara dunia dan akhirat. Mereka membidas bahawa dunia itu dunialah, akhirat lain cerita, ada pulak yang cakap kita taksub dengan agama dan ada pula yang cakap 'baik kau delete akaun Facebook kau sendiri!' saya cuma mampu tersenyum sahajalah bila kena balik. Tidak apalah yang penting kita dah sampaikan kan?


Memanglah kita tak sedar secara realitinya menunjukkan yang kita dedah aurat bergaul di antara bukan muhrim, tetapi konsepnya sekarang kita rakam & abadikan gambar-gambar itu lalu dengan bangganya tunjuk kepada orang  lain . Kalau selama ini depan ibu bapa ,keluarga & orang sekeliling kita memang tidak mendedah aurat malah menjaga adab, tetapi tiba-tiba upload gambar peluk-peluk dengan teman lelaki ataupun perempuan, dan yang lebih lucu boleh pula tukar-tukar status! singlelahmarriedlahenggaged lah, divorced lah dan macam-macam lagi. Apakah maknanya kita mempamerkan aurat dan adab pergaulan kita bagi yang Muslim dan belum punya ikatan perkahwinan yang sah? tidakkah itu kita secara berani dan tanpa adab serta sopan telah berlaku biadap? mendedahkan keaiban dan juga kemungkaran kita tanpa rasa malu dan bersalah atas nama agama? menconteng arang ke muka keluarga? Mungkin kita dah tidak ada rasa hormat dan adab pada manusia di sekeliling kita atau keluarga, tapi beradablah pada Allah SWT! banyak lagi ayat Allah berkenaan benda2 ini tetapi ayat di atas bagi saya sudah cukup untuk menyimpulkan hampir kesemuanya. Pesan Rasullullah SAW yang mana di antaranya:-
Di dalam Sunan Abu Dawud Vol. 4, muka surat 370, Hadis No. 5273, diriwayatkan dengan kebenaran Nafih bahawa Muhammad Sallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
"Usah berjalan di antara dua lelaki ataupun di antara dua wanita di satu lorong." [HR Abu Dawud]
Ini bermakna, secara umumnya umat Islam perlu mengelakkan dari membuat sebarang hubungan dengan pihak yang berlainan jantina, sama ada dengan sesama Muslim ataupun bukan Muslim. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian ke atas keadaan tertentu dimana di benarkan bagi lelaki bukan mahram dan seorang perempuan untuk berinteraksi, umpamanya bagi tujuan dakwah (mengajak kepada Islam). Walaubagaimanapun, jenis pergaulan yang dibenarkan pada keadaan ini, bukanlah bebas, dan ianya terhad mengikut aturan dan batasan-batasan tertentu yang dibenarkan oleh Syara'.  Kaum Muslim hendaklah memahami akan hukum-hakam dan batasan ini, sebelum terlibat dalam pergaulan atau interaksi itu tadi.
Apa yang cuba saya sampikan di sini adalah sekadar berpesan bahawa pergaulan yang melampaui batas adalah haram di sisi agama Islam. Apatah lagi dengan sengaja menghebahkannya menerusi Facebook. Sedangkan gambar-gambar intim lelaki dan wanita yang sudah berkahwin pun kurang elok di paparkan di khalayak umum dek kerana keintimannya yang teramat-amat, inikan pula bagi kita yang baru mengenal alam cinta monyet dan langsung tak ada ikatan sah di sisi agama Islam. Tapi dengan bangganya di upload dan di pertontonkan lalu orang-orang yang melihat pun comment! Tak kurang pula yang tak comment tapi mengeji dan mengata-ngata pada orang lain. Bukankah kita telah menyebarkan dosa? orang berdosa, kita apatah lagi berganda-ganda dosa. Kendati kita taat sekalipun sembahyang tapi selagi kita biarkan gambar-gambar itu berada di Facebook untuk tontonan orang ramai, maka dosa itu tetap akan berterusan.
Kalau ibu bapa yang nampak alangkah kesian nasib mereka dengan tak menyangka anak-anak yang dididik macam tu kesudahnnya. Iyalah, ibu bapa tidak ada Facebook jadi tak akan nampak lah kononnya..tapi tak dapat saya bayangkan betapa malu dan kecewa ibu bapa kita kalau nampak gambar anak-anak diorang macam ni kan? memadailah kita simpan gambar-gambar itu hanya untuk fail peribadi kita..itupun kalau dah nikah! kalau pun simpan gambar tu secara peribadi tapi intim peluk-peluk, bersentuhan dengan tiada ikatan sah, apa gunakan? Sesungguhnya Allah itu tidak buta! bukan apa kita tak maulah adab kita disamakan dengan orang-orang barat sebab di barat, wanita dilihat sebagai objek seksual dan perasaan hormat terhadap wanita di barat hampir tiada sama sekali.  Malahan, jika adapun rasa hormat itu, ianya lebih tertumpu kepada sifat fizikal luaran semata-mata.

Kadang-kadang tak dapat saya tahan kekecewan dan kesedihan apabila terlihat gambar-gambar orang yang dikenali malah rapat dengan kita di dalam keadaan yang ditegah oleh tuntutan agama Islam dan di pertontonkan. Seolah-olah memperlekehkan hukum dan agama Islam yang semakin hari sakit keadaannya sehinggakan ketika ada hari pembakaran Al-Quran secara besar-besaran kebanyakan umat Islam masih berat hati untuk membacanya walaupun hanya pada bulan Ramadhan! bibir hanya mampu tersenyum, tetapi hati sesungguhnya amat terguris, seraya doa pun di panjatkan kepada Illahi demi memohon hidayah dan keampunanNYA dengan harapan agar saya dan yang lain-lain diberi kesedaran dan kekuatan.
Oleh kerana saya ada saudara seagama dan sekandung maka sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memperingatkan..bak kata orang "a very gentle reminder!" Mudah-mudahan kita terpelihara dari dosa-dosa besar dan kecil dan paling penting terpelihara dari fitnah Dajjal! Sesungguhnya saya sekadar hamba Allah SWT yang sangat2 kerdil dan lemah, segala yang buruk datang dari saya dan yang baik datang dari Allah SWT!
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."  [At Taubah 9:71]
Comments
0 Comments

0 comments: