Tuesday, January 10, 2012

Cute Yogurtlicious

                                                           alt

Sejak akhir-akhir ini , yogurt buah menjadi pilihan ramai terutama remaja dan kanak-kanak Malaysia. Yogurt mempunyai banyak kebaikan antaranya termasuklah sesuai bagi mereka yang berdiet,baik untuk sistem penghadaman dan sebagainya .
Realitinya,bahan-bahan yang diperlukan untuk mebuat Ais Krim Yogurt ini mudah sahaja. Malah, kita juga boleh menggunakan bahan-bahan mengikut kgemaran kita. Oleh itu, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara menyediakannya.
Bahan-bahan :
  • 1 Tub Plain Yogurt
  •  2 sudu susu tin(mengikut citarasa,kalau nak manis,tambahkan lagi beberapa sudu) 
  •  Buah-buahan campuran dalam tin,buahan-buahan segar yang dipotong dadu, chocholate rice, coklat kacang smarties, oreo atau sebagainya (mengikut kreativiti masing masing)
 Cara masakan :
01.Campurkan plain yogurt dengan susu tin. kacaukan hingga rata.
02.Kemudian masukkan buah-buahan,coklat,kacang dan sebagainya kedalam campuran yogurt dan susu tadi mengikut citarasa anda.
03.Siap untuk dihidangkan

Comments
0 Comments

0 comments: