Monday, January 16, 2012

Puisiku:Kasih Mu Wahai Maha Pencipta

                                                

Setiap detik,Engkau sentiasa bersamaku,
Setiap detik,Engkau sentiasa menemaniku.
Setiap saat aku merinduimu,
Setiap saat juga Engkau membalas rinduku sehingga tersetik di hatiku.

Waktu demi waktu berlalu,
Ku harap dapat merasai dan melihat kehadiran diri-Mu. 
Semakin ku harap Engkau begitu,semakin laju air mataku, menghujani pipiku walaupun Engkau ada dekat dngan diriku.

Engkau yg Maha Pencipta mana mungkin dapat ku sama kan dirimu,
Dngan yg lain kerana Engkau sentiasa ada bersamaku.
Engkau sentiasa setia bersama pada setiap keadaan diriku,
Tanpa mengira aku sedih,gembira,masam,duka dan sebagainya.

Segalanya tetap aku kongsi tanpa aku tahu kehadiran-Nya,
Kesetiaan-Mu tidak dapat dibandingkan dengan kesetiaan seorang manusia.
Kesetiaan-Mu mampu mengisi ruang hidup diri hamba-Nya,
Agar kita hamba-Nya sentiasa merasai kehadiran-Nya.

Wahai Pencipta,datang lah pada ku cinta dan kasih-Mu,
Sesungguhnya di dunia ini,aku dahagakan cinta dan Kasih-Mu.
Itu lah Dia yg sering aku kenali sebagai Yang Maha Penyayang,
Yang sering memberikan petunjuk dan hidayah-Nya sebagai tanda kasih sayang.
Comments
0 Comments

0 comments: