Monday, January 16, 2012

Hidup Yang Sia-Sia,Ibarat Hidup Yang dipenuhi Hutang Kepada Allah

                                                        alt

Allah mencipta manusia untuk beribadat kepada-Nya. Tetapi kita mensia-siakan hidup di dunia ini. Jika setiap hari kita mensia-siakan hidup, maka bertambah hutang kita kepada Allah s.w.t. Apakah yang kita berhutang dengan Allah? Cuba anda teka. Sanggupkah kita membayar segala hutang-piutang yang bertimbun-timbun. Sudah tentu kita tidak sanggup membayarnya.  Allah tidak meminta hutang-Nya dengan wang ringgit. Tidak kiralah mata wang seperti ringgit, rupiah, peso, baht, mahupun dolar. Semua mata wang tersebut tidak bernilai bagi-Nya.
Sesungguhnya, dia Maha Kaya daripada kita. Bagaimana cara kita membayar segala hutang kepada pencipta yang teragung? Sudah pasti dalam kotak pemikiran kita terlintas sesuatu dan secara sendirinya hati diseru oleh bisikan-bisikan yang tidak masuk akal. "Aku tidak langsung berhutang dengan Allah, tapi kalau aku  berhutang pun,aku sanggup bayar, akukan jutawan dunia dan suka hati aku nak hidup sia-sia ke, kau sibuk kenapa?" Nauzubillah,betapa jahilnya kita.Adakah kita di antara orang-orang yang jahil. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Kita sebenarnya menipu diri kita sendiri dan orang lain. Kita sememangnya tidak lari daripada berhutang dengan Allah. Dalam pemikiran anda, perkara apa yang kita berhutang dengan Allah. Perkara yang kita hutang dengan Allah tentulah amalan yang diwajibkan ke atas umat manusia iaitu solat. Sesiapa yang menjawab tekaan yang betul, anda sememangnya peka dalam soal ini. Alhamdullilah..tahniah diucapkan. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang yang sia-sia. Hidup tanpa melaksanakan solat, maka sia-sia sahaja ibarat seperti hidup yang dipenuhi  hutang yang berlambak-lambak.
Cuba kita hitungkan jumlah solat lima waktu dalam sehari didarabkan dengan bilangan setiap hari  kita hidup sehingga sekarang, berapa bilangan solat yang kita tinggalkannya. Dalam al-Quran ada menyebut, meninggalkan solat  satu waktu sudah berdosa besar. Inikan pula setiap hari lima waktu sehari semalam kita meninggalkan solat, berapa banyak dosa yang harus kita tanggung. Kalau diikutkan  berhutang sesuatu setiap hari dengan manusia, berganda-ganda kita perlu bayar. Tetapi dengan Allah, bagaimana cara kita membayar hutang (solat) kepada-Nya? Adakah cara kita melangsaikan hutang (solat)  dengan qada semua jumlah solat yang ditinggalkan sejak akil baligh?  Seandainya kita dibolehkan qada solat sejak ditinggalkan dari akil baligh, sanggupkah kita qada solat dengan sehari suntuk tanpa henti. Sudah pasti kita tidak sanggup dan terus mengalah. Tetapi Allah itu Maha Pemaaf dan Pengampun. Allah telah memudahkan kita, tetapi kita tidak mengendahkannya. Betapa mudahnya Allah memberi kemudahan kepada kita untuk melangsaikan hutang (solat) kita selama ini dengan solat taubat nasuha. Insyaallah dengan berbekalkan keikhlasan dan khusyuk kepada-Nya untuk memohon keampunan serta tidak akan mengulanginya lagi sudah pasti Allah memberi jalan keluar yang pintas untuk  menyelesaikan masalah hutang (solat) kepada-Nya. Dengan bertaubat kepada Allah atas dosa yang dilakukan iaitu meninggalkan solat, insyaallah Allah menerima taubat kita dan sekaligus  kita sudah melangsaikan hutang (solat).

Marilah sama-sama kita renungkan sejenak. Kita hanya berpeluang sekali sahaja hidup di dunia ini. Selama kita menumpang di bumi Allah yang beratapkan langit kebiru-biruan di kala siang, di kala malam kelihatan bersinar-sinar dan berkelip-kelip dengan kehadiran jutaan bintang di langit dan berlantaikan tanah. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan alam ini  dengan sia-sia, begitu juga dengan manusia. Tetapi manusia mensia-siakan hidup di dunia ini tanpa solat. Adakah kewujudan laut, pohonan dan langit mensia-siakan kelebihan mereka kepada kita. Cuba anda pejamkan mata dan bayangkan seketika serta katakan di dalam hati ayat di bawah:
ANDAI laut  terbentang luas tanpa hidupan laut,
MAKA???
ANDAI pohon tanpa buah,
MAKA ???
ANDAI langit tanpa cahaya matahari,
MAKA ???
Apa jawapan anda pada ruangan tanda soal tersebut..dan cuba sekali lagi pejam mata dan sebut semula ayat tadi dengan memasukkan perkataan maka sia-sia sahaja..
Adakah anda hendak menyebut sambil mata terpejam pun sia-sia juga..Kalau begitu sia-sia sahaja saya meminta anda bayangkan..Tetapi apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kerana mencubanya..harap-harap anda jelas apa yang saya maksudkan  sebagai renungan dan makna yang tersirat itu.   Seandainya laut, pohon dan langit seperti mensia-siakan  kejadian mereka, adakah manusia dapat hidup dengan sempurna. Fikir-fikirkanlah wahai sahabatku.

TETAPI Allah tidak menjadikan alam ini  dengan sia-sia. Allah menjadikan sesuatu dengan fungsi tertentu,kelebihan tertentu dan kegunaan tertentu. Kejadiaan alam ini juga tidak mensia-siakan kelebihan yang diberi. Sebagaimana Allah menjadikan laut yang kaya dengan hidupan laut  sebagai sumber makanan dan rezeki, pohon-pohon yang berbuah ranum yang boleh dimakan dan langit disinari dengan cahaya matahari pada siang hari untuk manusia mencari rezeki dan meneruskan hidup.   Itulah hikmah di sebalik kejadian  yang Allah ciptakan. Sebagai pedoman bersama hiasilah hidup ini dengan berbekalkan solat yang terbaik di sisi Allah sebagai bekalan di akhirat kelak dan janganlah kita berhutang (solat) dengan Allah. Hutang wajib dibayar segera sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Ambilah kesempatan yang ada kita melangsaikan semua hutang (solat) agar hidup kita di dunia ini tidak sia-sia dan sentiasa tenteram. Solatlah anda sebelum anda sebelum anda disolatkan.
Comments
0 Comments

0 comments: