Friday, January 20, 2012

Dahagakan Realiti

                                                       alt

Aku kini dahaga,
Dahaga ku ini luar biasa,
Mendahagakan perasa perlbagai perisa,
Termasuklah gembira, duka cita, sedih dan juga derita,
Mendahagakan warna kehidupan yang lebih bermakna,
Kebenaran, Perjuangan, Dugaan dan juga Cinta.
Dunia kini kian menyepi,
Ayat di atas penuh kontroversi,
Dunia yang sebenar memendam benci,
Ke atas Islam yang ingin dihancuri,
Umat Islam pula mendiamkan diri,
Kemana pergi mujahid sejati?
Menghilangkan diri tanpa dikesani?
Adakah perjuangan kini dikesali?
Kebenaran pula bagaikan misteri,
Dahulu wujud sekarang tidak lagi?
Rasuah sekarang disana sini,

Kebenaran pula dijual beli,
Sedih bila kita ratapi,
Keadaan dunia yang realiti ini.
Kemana pergi cinta yang suci?
Yang kini pula dicemari benci?
Cinta yang suci dicaci maki,
Cinta nafsu yang hina demartabatkan kini,
Benci, benci dan makin benci,
Tiada lagi cinta yang bersemadi di hati,
Di hati hanya nafsu yang menguasai,
Mengidamkan wang, harta dan kepuasan diri,
Beginikah kita Umat Islam yang sejati?

Manusia semakin lama semakin lalai. Tiada lagi UMAT ISLAM yang digeruni musuh. Tiada lagi kekuatan yang mampu mengalahkan tentera yang jauh lebih besar dalam bilangan seperti situasi semasa zaman perjuangan Rasulullah SAW. Tiada lagi Umat yang memperjuangkan agama dan cinta mereka seperti dahulu kala.
Umat Islam kini dihanyut zaman. Ditelan arus masa. Dan hanyut dalam kelalaian dan kealpaan. Itu lah realiti yang sebenar. Kita ini bukan lagi Islam yang sejati. Namun hanya pada nama. Tiada lagi perjuangan dalam hidup kita. Kerana kelalaian.
Apakah matlamat hidup kita? Kemana pergi perjuangan dalam diri kita? Dan mengapa cinta yang ALLAH beri pada kita kian kita cemari?
Comments
0 Comments

0 comments: