Monday, January 16, 2012

Produk Baru Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Mothercare Malaysia

                                                         alt

Sempena sambutan Ulang Tahun ke-25 Mothercare di Malaysia yang bertempat di Suria KLCC , Syarikat produk Keperluan bayi, Silver Cross dan BABYJORN masing-masing mengumumkan langkah penjenamaan semula dan rangkaian produk baru.Peristiwa itu merupakan suatu detik penting bagi ketiga-tiga syarikat itu kerana pada hari itu diketengahkan imej baru Silver Cross dan diperkenalkan rangkaian produk baru BABYJORN iaitu Cradle Harmony, Baby Carrier Miracle dan High Chair serentak dengan sambutan 25 tahun Mothercare di Malaysia.
Silver Cross merupakan peneraju kereta sorong bayi yang terkenal kerana sentiasa mencipta serta membina produk-produk pemenang anugerah ini sedang mengorak langkah baru dalam usahanya menjenama semula dan merancakkan aktiviti untuk memenuhi perubahan keperluan dan kemahuan ibu-bapa dan kanak-kanak .
BABYJORN pula sentiasa memberi tumpuan kepada usaha membangunkan produk-produk bayi yang berkualiti tinggi yang berkualiti tinggi dan selesa untuk faedah anak-anak kecil, ibu bapa mereka dan bakal ibu bapa di seluruh dunia. Kini,jenama Sweden  ini memperkenalkan Cradle Harmony,sejenis buaian mempunyai mekanisme ayun.Tambahan lagi,BABYJORN turut memperkenalkan produk-produk terbaru dalam rangkaian pembawa bayi, Baby Carrier Miracle.Pembawa bayi ini disanjung kerana kesempurnaan ciri ergonomiknya,pembawa bayi ini menampilkan suatu kaedah pembawa yang unik bagi ibu-bapa yang aktif sambil memastikan keselesaan dan keselamatan yang unggul buat bayi.Seterusnya , BABYJORN High Chair pula direka supaya masa makan menjadi lebih seronok dan selamat bagi anak kecil .
Pengenalan imej baru Silver Cross dan rangkaian produk baru daripada BABYJORN berlangsung sempena Ulang Tahun ke-25 Mothercare di Malaysia.Pada masa ini,Mothercare mempunyai sembilan stor di seluruh Malaysia dan berharap dapat membuka stor kesepuluh menjelang tahun 2012 ini di Setia Mall.
Comments
0 Comments

0 comments: