Tuesday, January 3, 2012

Kisah Seorang Pendosa Yg Bertaubat Part 3

Assalamualaikum.. Pada coretan admin pada kali ini adalah berkaitan dngan keluh kesah hati seorang anak adam ini. Kisah ini merupakan sambungan pada kisah yg kedua yg kalian telah baca.

                                               

  Kisah ini mencoretkan keluh kesah hati anak ini memikirkan kehidupan yg telah bebas daripada alam persekolahan. Tambahan pula,di tahun baru ini. Pelbagai dugaan dan ujian yg datang.. Anak ini telah mengisikan fikirannya dngan perkara yg mula merunsingkan hatinya walaupun saat datang nya perkara ini di dalam fikirannya,di saat itu juga la hati nya mula runsing kembali setelah berhenti beberapa masa dahulu.
Anak ini diimbau kembali dengan kesunyian hati sebagai mujahid di muka bumi Allah S.W.T yang sementara ini. Hatinya begitu sunyi sekali sehinggakan air matanya mula menghujani pipinya cute. hehe.. Anak ini kehairanan,mengapakah baru kali ini hatinya berasa sungguh sunyi sekali. Siapa yang diperlukan,tidak lain tidak bukan. Ibadah kepada-Nya sahaja yang dapat mengisi kekosongan di dalam hatinya walaupun sementara. Tetapi apabila fikiran mengenai siapakah yang harus menjadi pendamping diri ini mula meracuni fikiran yang tenang setelah usainya solat fardu yang terakhir pada malam ini. Anak ini tahu bahawa belum masanya untuk dia memikirkan kekasih hatinya akan tetapi fikiran ini tetap berlegar di dalam fikirannya. Anak ini tahu Yang Maha Mengetahui apa yg bersarang di dalam hatinya tetapi dia masih belum mendapat jawapannya kecuali ketenangan merasuk ke dalam hatinya setiap kali usai solat. Semestinya setiap gadis yang diigininya harus la menepati ciri-ciri yg dia ingin seperti mana tercatat dalam sebuah hadis iaitu:

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”. 
Sepertimana yang tercatat di dalam hadis di atas,anak ini berusaha untuk mencari gadis yang terbaik untuk dirinya tetapi dia teta
p pada pendiriannya bahawa belum masanya lagi untuk memikirkan tentang perkara ini.Dari sudut hatinya,anak ini tidak mahu ianya berlaku seperti dahulu. Suatu saat di mana setelah dia menghabiskan SPM nya,dia meluahkan perasaannya kepada seseorang yang dinantikan selama 5 tahun. Penantian yang penuh dengan kenangan pahit manis. Kenangan bersama-sama si dia dalam merangkul kejayaan dalam menjalankan ibadah dalam menuntut ilmu. Kisah musyawarah ilmu yang penuh suka duka dngan si dia yang semakin hari hati anak ini semakin tertarik dengan senyuman dan kemurnian diri si dia. Acap kali kenangan musyawarah ilmu itu di ulangi dalam fikirannya. Teringin sekali dia melihat senyuman anak gadis ini apabila mereka berjumpa. Alangkah sebak hatinya apabila menerima jawapan bahawa seseorang itu merasakan dirinya tidak sesuai untuk anak ini disebakan kebaikkan anak ini. "Apakah aku ini baik untuk seseorang sepertinya sedangkan apakah pula dengan dosa yang aku lakukan dahulu?". Anak ini bermonolog. Akan tetapi anak ini tetap melihat senyuman anak gadis itu walaupun sekadar sahabat. Erm,sukar sekali apabila kita ingin mencari cinta sejati.. Lama kelamaan selepas peristiwa pahit itu,anak ini menjalani kehidupan seperti biasa. Anak ini tahu dia ingin mencari seseorang yang akan bersama-sama dengannya membina bahtera yang penuh keimanan dan ketakwaan kepada Yang Maha Esa. Pada fikiran dan pemerhatian anak ini,adalah lebaih baik mencari dan berkenalan dengan seseorang yang menjadi pengisi kekosongan hatinya. Cukuplah sekadar sahabat selagi mana ia tidak melanggar syariat Islam. Anak ini terfikirkan satu hadis dan berdasarkan hadis itu la,dia ingin mencari yang sesuai dengan dirinya.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”

Sungguh sukar sekali.. Sekali lagi dia membuat keputusan bahawa cukuplah cinta yang dulu yang mengajarnya tentang dunia ini. Cukuplah kerana dia tidak mahu air matanya menghujani dirinya hanya kerana seorang hamba-Nya.. Lebih baik air mata ini jatuh kerana Sang Pencipta sekalian makhluk yg Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.. Di saat yang dahulu,seseorang yang pernah mengisi hatinya merupakan rakan lamanya sejak sekolah rendah lagi tetapi mereka tetap sahabat. huhu. Indah sekali persahabatan berbanding percintaan. Akan tetapi,mengapakah hati ini harus tersentuh pada seorang kawan yang baru memulakan perkenalan walaupun sudah lama bersahabat. Sesungguhnya setiap gadis yang dijadikan ada keistimewaan mereka tersendiri yang membuatkan si pemilik jantung hati kaum adam ini berdetak. Entah apakah keistimewaan gadis ini sehinggakan anak ini mula mencintainya walaupun dihalang tetapi syukur kerana anak ini masih menutup hatinya. Diharapkan suatu hari nanti,anak ini akan berjumpa dengan pasangan yg terbaik untuk dirinya. Selama mana belum tiba saat tersebut,anak ini ingin dirinya di uji seberapa banyak mungkin agar anak ini mampu mengenal dunia yang fana ini dan agar anak ini mampu menjadi pemimpin diri serta pemimpin pendamping hidupnya sehingga ke syurga kelak.. Amin..
                            

     Pada pemerhatian admin,nampaknya kisah anak ini mengenai cinta dirinya agak singkat bukan. Itu bererti anak ini masih belum matang dalam alam cinta tetapi telah mula melalui halangan yang pertama demi mengapai cinta sejati.. Maafkan admin kalo kisah ini terlalu singkat tetapi ambil la pengajaran di dalamnya. Alhamdulillah,cukuplah coretan admin untuk malam ini.
Comments
0 Comments

0 comments: