Assalamualaikum. Hari ini admin terbitkan kisah yang istimewa buat pembaca sekalian. Pada hari ini juga,para pembaca sekalian akan dapat mengetahui luahan hati seorang mujahid yang lara. hehe.. Admin mohon maaf sebab admin terpaksa bahasa kan perkataan 'AKU' untuk mengantikan perkataan 'Anak Remaja' tersebut.
"Sebermulanya kisah ini adalah ketika aku memulakan sesi perkenalan dengan seorang gadis yang mana pada pandangan mata aku dahulunya tidak la cantik berbanding dengan kawan lama aku yang sering aku kejar sejak darjah 6 sehingga la ke tingkatan 5 ini selepas tamatnye peperiksaan SPM. Terkilan sekali apabila jawapan yang aku dapat tidak memuaskan hati aku tetapi aku tetap setia kepada dia sebagai sahabat kerana dia lah sahabat perempuan ku yang sering menasihatiku dan memberikan kata semangat.. Aku berasa bersyukur mempunyai kawan seperti dia. Setelah beberapa hari yang tinggal sebelum tamatnya tahun 2011,aku mula berkenalan secara 'detail' dengan seorang sahabat yang merupakan sahabat kepada sahabat lama aku yang lain. Sejujurnya,aku melihat dia sebagai gadis yang comel.. hehe. Tetapi aku hanya menganggap dia sebagai sahabat. Sebermulanya perkenalan kami,aku seperti biasa,bergurau dengan dia walaupun aku belum memahami corak perbualan yang diminatinya. Alhamdulillah,kami berkenalan seperti rakan biasa cuma hatiku ini aku rasakan sesuatu yang berlainan. Aku telah putuskan bahawa selepas si dia,aku tidak mahu menerima dan mencintai sesiapa lagi tetapi ternyata sangkaan ku meleset. Aku tahu hatiku serng kesunyian pada beberapa ketika sehinggakan aku berasa sedih sekali. Ternyata,ibadah kepada-Nya mampu menenangkan hatiku tetapi apakan daya,hati ini telah mula mencintai seseorang. Setiap kali aku teringatkan dia,aku buang fikiran tersebut jauh-jauh kerana aku tidak mahu dibayangi cinta yang 'bertepuk sebelah tangan'. Tidak mungkin akan ku biarkan diriku hanyut dalam lautan cinta yang tak pernah diketahui kesetiaannya. Lebih baik aku hanyut dalam lautan cinta Ilahi yang sering memberikan kesetiaan dan keindahan dalam kehidupanku ini. Pada 1.1.2012,aku ber'message' dengan dia walaupun aku dalam keadaan tidak sihat pada masa itu. Aku tidak tahu mengapakah hatiku teringatkan dia di kala kebosanan menghimpit jiwaku. Aku berbual seperti biasa tetapi dalam perbualan kali ini,terdapat kelainan sedikit. Kelainan tersebut adalah aku bertanya kepada dia tentang pendamping hati dia. Erm,aku berasa bahawa aku telah tersilap langkah sedangkan kami baru sahaja berkenalan. Sesungguhnya,aku tidak mengerti mengapakah dia muncul dalam hidup aku akan tetapi aku tahu hatiku mencari 'biar berpadan'. Hatiku sering mencari seseorang untuk dijadikan tempat meluahkan segalanya yang terbuku di dalam hati ini. Hatiku memerlukan seseorang untuk mengisi kekosongan di kala aku keseorangan. Justeru,aku hanya mampu bersabar tetapi aku tidak mampu menghalang rasa rindu yang menebal di dalam hati.. Seringkali aku membuang perasaan aku kerana aku tahu tidak mungkin aku akan diterima oleh seseorang yang baru saja aku kenali. Itulah lumrah hidup aku sebagai kaum lelaki. Aku tahu sejak azali lagi DIA yg Maha Esa telah menjadikan kami manusia berpandukan satu lumrah hidup iaitu'lelaki dan wanita saling memerlukan'. Mengapa harus sekarang dan mengapa pula tidak waktu kali pertama aku mencintai si dia yang masih menjadi sahabat aku serta mengapa pula tidak diwaktu aku telah menamatkan pembelajaran dan berkerjaya. Mengapa harus semua ini berlaku? Sedangkan diri ini masih belajar tentang dunia yang fana' ini apatah lagi belajar untuk mengenali diri dan tanggungjawab. Setakat ini masih tiada jawapan untuk semua persoalan yang memenuhi fikiran aku.. Hmm.. aku tahu masaku masih lambat lagi.. Aku tahu masaku masih lambat lagi,jadi jangan la kau mengaduh kesunyian dan memerlukan seseorang wahai hatiku. Sedangkan dosa yang dulu masih belum dicuci dari kau wahai hatiku.. Aku harap aku mampu teruskan hidup walaupun terpaksa melupakan dan bersendirian.. Demi zat-Nya yang aku dan sekalian manusia berada di bawah kekuasaan-Nya,aku harap aku mampu bertahan. Jadi,aku akan teruskan kehidupan aku sebagai mujahid yang keseorangan,terus mengembara di dunia sementara ini demi mengenali diri dan Maha Pencipta. Cukup la ku katakan,aku tak mahu mencintai sesiapa lagi. Padam lah wahai cahaya cinta terhadap hamba-Nya dan bernyala terang lah wahai cahaya CINTA ILAHI... Setakat ini lah luahan hatiku yang sedang lara ini. Ku harap aku mampu menjadi hamba-Nya yang berjaya dan mampu memimpin pendamping hatiku ke syurga kelak.. amin...