Antara sebab mengapa saya memilih Manchester City sebagai kumpulan kegemaran ialah kerana bilangan pemain bola yang beragama Islam dalam pasukan ini adalah paling ramai berbanding kumpulan-kumpulan bola sepak lain, ini membuatkan saya tertarik, antaranya ialah Samir Nasri(19)(Perancis), Edin Dzeko(10)(Bosnia), Kolo (Habib) Toure(28) & Yaya Toure(42)(Ivory Coast).
Selain itu kumpulan ini juga dimiliki oleh orang yang ke 104 terkaya di dunia iaitu seorang sheikh dari Abu Dhabi iaitu Sheikh Mansour Bin Zayed al-Nahyan yang juga anak ke-lima kepada bekas Amir Abu Dhabi iaitu Zayed Bin Sultan Al-Nahyan, dan dikatakan sebanyak £650Juta telah dibelanjakan untuk kumpulan Manchester City.
Manakala pengurus pasukannya pula ialahK haldoon Al Mubarak, Jika hendak dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan bola sepak Eropah lain yang kebanyakkannya terdiri dari pemain bukan Islam manakala pemilik dan pemegang saham kumpulan tersebut bukan Islam, adalah lebih baik menyokong sesuatu yang dimiliki oleh orang Islam berbanding bukan Islam.
Dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah satu keperluan menyokong sesama Islam berdasarkan pada Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat Ayat 10: "Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara"
Tambahan pula perwatakan pemain-pemain bergama Islam dalam pasukan ini tidak segan menunjukkan agama mereka seperti Samir Nasri yang sering membaca doa sebelum permulaan perlawanan, adik beradik Toure pula dikatakan adalah antara pemain-pemain bola sepak yang pandai membaca Al-Qur'an selain daripada sifat pemurah mereka yang sering mendermakan sebahagian dari pendapatan mereka kepada golongan miskin di Ivory Coast.
Antara Pemain beragama Islam dari pasukan lain yang dikagumi ialah Mesut Ozil(10)(Germany) yang bermain untuk pasukan Real Madrid.
Selain itu, ada sesetengah baju pasukan bola sepak yang mengiklankan syarikat bukan Islam apatah lagi ada yang mengiklankan syarikat jualan arak dan sebagainya. Maka, adalah lebih baik sebagai seorang muslim, kita beralih kepada yang halal dan lebih baik buat kita.
Sama-samalah kita sebagai umat Islam mengembalikan perasaan dan rasa yang pernah dimiliki oleh para sahabat suatu ketika dahulu, iaitu rasa Izzah dengan agama Islam sehingga mereka mampu menundukkan kerajaan Parsi dan Rom walaupun dengan jumlah tentera yang sedikit serta serba kekurangan. Semoga kita kembali izzah kepada agama suci yang satu ini.
Wallahu'alam.