Monday, March 12, 2012

Program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 1/2012 Sempena Cuti Sekolah

                                                         baby

Pada 9 Mac sehingga 11 Mac 2012 yang lau, Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara dengan kerjasama Syarikat BMQ Training telah menganjurkan Program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 1/2012
Program tiga hari dua malam yang bertemakan "Menggilap Potensi, Mengecap Prestasi" ini disertai kira-kira 156 orang pelajar yang terdiri daripada 88 pelajar lelaki dan 68 orang pelajar perempuan yang berusia antara sembilan tahun hingga berusia 12 tahun.
Antara objekitif utama Program ini dijalankan termasuklah untuk Melahirkan peserta dengan akhlak dan sahsiah yang terpuji, menanam rasa kasih sayang peserta kepada Allah, ibu bapa dan Negara, menanam kesedaran dan kefahaman dalam diri peserta dalam mencapai martabat anak soleh dan solehah dan untuk mendapatkan tips-tips bagaiaman menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat selain untuk melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang muslim
Oleh itu, pelbahai pengisian yang menarik telah dirangka untuk program ini. Antara pengisiannya termasuklah Bengkel, Pembinaan Kumpulan Terhebat, Membina Matlamat dalam Kehidupan sebagai Remaja Muslim, Tadarus Quran dan Solat Berjemaah. Peserta program juga diberi pengisian rohani seperti Mengenal diri mengenal Allah, Jom Kenali Islam dan Peranan remaja dalam memajukan ummah.

Kemudian, Majlis Penutup Program ini juga dirasmikan oleh wakil Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Ustaz Ehsan bin Mohd. Hosni yang juga merupakan Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara.Beliau menyatakan bahawa Program ini di rangka khusus bagi membantu kanak-kanak membina kecemerlangan diri menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia di samping meningkatkan motivasi peserta, serta bagi membimbing peserta mengenai tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah. Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang menyertai Program ini.
Program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 2/2012 akan diadakan sekitar bulan Mei 2012 yang akan datang dan diharapkan Program tersebut akan mendapat perhatian dan sambutan daripada orang ramai terutamanya ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka menyertai Program sebegini.
Comments
0 Comments

0 comments: