Friday, February 17, 2012

Bawalah Maluku Terhadapmu Kepada Allah

                       alt

Dia seorang wanita,dialah serikandi,dia jua seorang pejuang. Kelibatnya dalam medan perjuangan dakwah sering menggentarkan jiwa-jiwa musuh Allah.Tak cukup sumbangannya,akhlak dan peribadinya cukup menenangkan jiwaku.

Mana mungkin seorang lelaki yang berfitrah suci tidak tertarik dengan serikandi seperti itu. Berprinsip teguh, mempunyai daya tarbiyah yang kental,ilmu yang sangat tinggi,kefahaman agama yang mendalam. Ciri-ciri inilah yang sering didamba oleh seorang lelaki yang berhajat untuk beristeri seorang wanita solehah.Tidak normal lah hati lelaki itu seandainya ingin beristeri dengan wanita yang rosak akhlaknya. Usahkan peribadinya hancur,perjuangannya pun entah ke mana.


Tetapi bila melihat diriku sendiri, aku berasa sangat malu dengannya. Siapalah diriku ini untuk menambat hatinya ? Apa yang aku ada untuk menjadi setaraf di sisinya ? Perjuangan aku sendiri pun pudar. Akhlak aku,peribadi aku apatah lagi.Ilmu pun cetek. Bisakah aku menjadi suami untuknya? layakkah aku? mampukah aku? Entahlah,harapan yang sebentar tadi bergunung hancur menjadi debu. Yang terlintas sekarang ini di fikiran ku ialah cuma perasaan malu. Ya,aku malu padanya.
Namun, tidaklah mudah untuk aku berputus asa .Dengan malu itulah, aku akan terus meningkatkan darjat aku di sisiNya. Akan ku dalamkan ilmu aku, akan aku lakukan kerana untuk meraih sebuah cinta. Cintamu wahai serikandi ? Oh,sudah tentulah tidak. Aku mencari cinta teragung, cinta zat yang melahirkan rasa cinta berputik dan bertapak di hati-hati manusia. Cinta Allah.. ya,itulah yang aku cari.Biarlah malu aku terhadapmu itu membimbing aku kepada cinta Allah dan bukannya cintamu wahai serikandi. Kerana usaha aku akan menjadi sia-sia seandainya aku lakukan untuk meraih cintamu yang tidaklah begitu indah dan agung berbanding cintaNya.Kemudian,biarlah cinta aku kepadaNya itu membimbing engkau untuk mencintaiku. Harapanku satu hari nanti mudah-mudahan dimakbulkan. Dan ketika itu,barulah bersemi cinta kita.
Comments
0 Comments

0 comments: