Tuesday, February 21, 2012

Siapakah Rakan?

                                                         alt

Jika orang memanggil saya Wen, maka saya tahu yang mereka pernah berkenalan dan menjadi rakan sejak MRSM.
Kemudian saya mempunyai rakan UiTM. Mereka memanggil saya Mat Lu'E. Jika ada yang menyebut Abang Lu'E maka saya tahu rakan-rakan sebaya dengan Roza yang pernah belajar di UiTM Terengganu.
Kini ramai yang memanggil dengan pangkat dan jawatan. "Prof atau Dr". Jika begitu, ia generasi baru. Kebanyakannya adalah pensyarah UiTM, pembaca buku, blog dan Facebook.
Masa berubah. Ada juga yang mula memanggil "Ustaz" bila berbicara. Kini, di sini... saya dipanggil Mohammed! Ya Mohammed!
Namun ada sekelompok yang memanggil saya "Kamil" atau "Mil". Sudah lama saya tidak mendengar rakan-rakan yang memanggil nama ini.
Sesekali saya membuat panggilan ke Kuching, maka penerimanya akan bertanya, "Mil, apa khabar? Aku pun teringat nak call..." atau beliau kerap menyebut, "Ya Sheikh, mu ni memang orang terpilih".

Rupa-rupanya panggilan "Kamil atau Mil" sangat-sangat susut berbanding 5 - 6 tahun yang lampau. Ia hilang. Menginsut-insut ia jadi nama yang dilupakan.
Begitulah, persahabatan tidak akan kekal. Ia berubah kerana beberapa faktor besar dan kecil. Bijak pandai ada menyatakan, "persahabatan umpama buku. Membakarnya hanya memerlukan beberapa saat. Menulisnya memerlukan masa yang panjang!"
Namun ada masanya buku-buku tersebut perlu dibakar. Jika tidak, ia mungkin membawa mudarat.
Bijak pandai yang lain juga pernah berkata, "teman-teman lama umpama emas, teman-teman baru umpama berlian. Namun sebutir berlian memerlukan emas untuk diikat. Jadi, ada berlian jangan lupakan emas".
Namun ada masanya, emas dan berlian tidak lagi menarik minat. Ia sudah tidak bernilai lagi.
Comments
0 Comments

0 comments: