Tuesday, February 21, 2012

Hijrah Yang Sengsara

                        alt

Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin. Namun hijrah yang saya ingin sampaikan adalah mengenai perubahan dalam kehidupan sesorang lebih kepada kebaikan dan cara hidup yang islam.
Tetapi kini, ramainya yang berhijrah iaitu memilih jalan ma'siat sebagai cara hidup. Bukan sahaja zina,minum arak dikategorikan sebagai ma'siat, malah kesemua jenis kelakuan yang melanggar syariat islam dikategorikan sebagai ma'siat.
Kemungkinan kita semua pernah mengalaminya dimana ada diantara rakan-rakan kita pernah memilih jalan tersebut seperti:
Dari yang melihat tulisan dan mendengar ayat al-quran kepada melihat benda-benda yang laghah dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan.
Dari yang sentiasa berqiamulail, kini berqiamulail dengan facebook 24 jam
Dari yang bertudung, kini berfesyen seperti sarung nangka.
Ya betul, kesemuanya adalah hijrah.
Tetapi kita sudah tersalah konsep sebernanya. Bukankah hijrah itu perubahan kepada kebaikan bukannya kepada keburukan?
Dari Abu Musa r.a, dari Nabi s.a.w katanya: Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.
Barang sesiapa yang menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolong mereka (Surah Muhammad : 7)
Pintu taubat masih lagi terbuka selagi tidak berlakunya kiamat,jadi menjadi tugas kepada sesiapa sahaja yang menuju ke arah pintu taubat untuk mengajak saudara untuk bertaubat.Bukankah itu satu pekerjaan yang besar di mana kita menarik rakan-rakan kita untuk sama-sama bertaubat?

Wahai pemuda islam,
Bangkitlah menegakkan agama-Mu
Mengajak mereka kepada kebaikan
Mencegah daripada kemungkaran
Wahai pemuda islam,
Bukankah kita umat terakhir?
Umat yang dikatakan yang terbaik?
Diberi tugas untuk berda'wah?

Wahai pemuda islam
Janganlah kita leka dan lalai
Dengan mimpi duniawi ini
Kerana kelak kita akan sengsara
Wahai pemuda islam
Setiap bahu kita memegang satu amanah
Dimana tiada hidupan lain yang mampu memikulnya,
Iaitu menjadi khalifah di muka bumi ni

Wahai pemuda islam
Janganlah engkau gentar dengan mereka
Yang menghina agama-Mu
Kerana allah sentiasa berada di sisi mereka
Yang mempertahankan agama-Mu

Wahai pemuda islam
Bukankah kita bersaudara?
Janganlah engkau biarakan mereka dihanyut
Kerana kelak kamu akan dipersoalkan.

Comments
0 Comments

0 comments: