Kasih seorang ayah jelas terpancar dengan ungkapannya, "Fatimah sebahagian daripadaku. Siapa yang menyakitinya beerti menyakitiku." (HR Bukhari).
Bersyukurlah Abi Haura' dan Thorfina mencontohi kewibaan Rasulullah SAW dalam mencintai puteri-puteri baginda.
Bibirmu terkunci,
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.
Tangismu hiba di malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa.
Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.
Batinmu mengadu pada Yang Esa.
Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.
Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.
Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.
Terima-kasih buatmu Nabi,
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?
Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.
Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.
Syarat ta'liqku kukuh terpateri,
Kerana tiada lelaki sebaikNabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.
Kerana tiada lelaki sebaikNabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.
-Fatimah Syarha Mohd Noordin-