Friday, February 24, 2012

Elektron + Proton = Ikatan Manusia + Allah = Ikatan

                       alt

Cuba kita renung, elektron yang dikatakan bertindak mengelilingi inti atom yang muatannya adalah negatif manakala proton pula yang terdapat di dalam inti atom yang muatannya adalah positif serta kedua-duanya saling berlawan antara satu sama tetapi tetap mampu membentuk satu ikatan yang dikenali sebagai ikatan kovalen. Tapi bagaimana ye satu ikatan kimia itu mampu terhasil?
Macam ini caranya, ikatan kimia itu adalah sebuah proses fizikal yang bertanggungjawab dalam interaksi gaya tarik menarik antara dua atom atau molekul yang menyebabkan suatu senyawa diatomik atau poliatomik menjadi stabil. Begitulah dengan elektron dan proton yang walaupun berbeza dari segi muatannya tapi saling tarik menarik antara satu sama lain yang seterusnya membentuk satu ikatan.
Begitu juga dengan ikatan antara manusia dan Penciptanya menerusi hamblumminallah, iaitu hablun atau "tali" yang mengikat hubungan antara Allah dan manusia. Walaupun Allah dan manusia mempunyai perbezaan, terutamanya dari segi status dimana Allah itu sebagai pencipta dan mempunyai status yang tertinggi manakala manusia itu sebagai seorang yang berstatus hamba tetap mempunyai satu ikatan yang amat kuat atau boleh kita katakakan seperti ikatan kovalen dan ikatan ion yang dikatakan sebagai satu ikatan kimia yang "kuat" dan begitu juga dengan hubungan antara manusia dan Allah yang mempunyai satu ikatan yang kuat walaupun kedua-duanya mempunyai status atau kedudukan yang berbeza.
Kalau kita kaji sedalam-dalamnya dalam hubungan manusia dengan Allah ini ada satu tali pengikat yang begitu unik yang menjadi pengikat hubungan yang kuat antara manusia dengan Allah, iaitu Islam (agama), iman, al-Quran dan sunnah serta aqidah, dan ibadah. Jika semua ingin tahu solat mer

Jika kita lihat pada ikatan kimia, iaitu ikatan antara elektron dan proton dan ikatan antara manusia dengan Allah, (hablumminallah), kita dapat melihat bahawa disebalik ikatan itu sebenarnya terdapat sesuatu yang menjadi pencetus kepada kekuatan pada ikatan-ikatan ini.
Jika dalam ikatan kimia, sudah tentu perbezaan antara muatan pada elektron dan proton itu yang menjadi pencetus kepada kekuatan ikatan itu, iaitu menerusi usaha tarik menarik antara elektron yang bermuatan negatif dengan proton yang bermuatan positif antara satu sama lain untuk membentuk ikatan manakala dalam ikatan antara manusia dengan Allah (hablumminallah) ini, Islam (agama), iman, Al-Quran dan Sunnah serta ibadah dan aqidah itu yang menjadi tali dalam membentuk satu ikatan yang kuat antara kedua-duanya.
Unik betulkan pembentukan ikatan-ikatan ini. Biarkan ikatan ini terus bersambung dan jangan sesekali kita cuba memutuskannya, moga-moga manfaat dan syafaatnya kelak milik menjadi milik kita, renung-renungkan.
Comments
0 Comments

0 comments: