Mati itu pastinya hidup dan tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Sampai ketikanya kita pasti akan dijemput oleh Allah bagi bertemu dengan pencipta. Ibu bapa kita adalah insan paling bernilai di dunia ini. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?
Hakikatnya apabila ibu atau bapa kita dipanggil Allah itulah permulaan kepada tanggungjawab kita. Inilah bukti kasih sayang kita kepada mereka yang melahirkan, membesarkan dan mendidik kita di dunia ini.
Hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menjelasan,"Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling para sahabat, datang seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah. Beliau adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.
Setiap kali Nabi mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan daripada baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk ke majlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka sudah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya sudah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia."
Rasulullah menjawab, "Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu."
Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.
Rasulullah tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda berkata, "Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara:
1. Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup.
2. Ilmu yang dimanfaatkan dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.
2. Ilmu yang dimanfaatkan dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.