Amirul mundar mandir di depan pintu bilik sambil tangannya meraut ke wajah. Esakan-esakan kecil kedengaran di cuping telinga. Perasaan yang bercampur baur memenuhi ruang wad. Sudah kali ke berapa Amirul menghela nafas berat. Akhirnya dia terduduk di depan pintu sambil memegang kepalanya.
"Sabarlah, nak. Allah tahu apa yang terbaik buat Hannah. Hannah isteri yang baik. Dan dia dah cukup beruntung sebab dapat suami yang baik macam Amirul," ucapan bapa mertuanya tadi benar-benar terasa bagai halilintar menyapa ke telinga.
"Baik? Ya Allah, manusia hipokrit macam aku ni orang kata suami yang baik?" Amirul terasa ingin menjerit sekuatnya di situ, namun jeritannya hanya kedengaran di dalam hati.
Pintu bilik terbuka. Dr Reza memandang sekeliling dengan sebuah pandangan yang menimbulkan tanda tanya semua orang.
"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?" Amirul bertanya dengan nada cemas.
Dr Reza memegang bahu Amirul.
"Keadaan Hannah sangat lemah. Mungkin disebabkan penat dan susah hati. Banyakkan berdoa. Kita harapkan Allah berikan yang terbaik buat dia."
Amirul tergamam.
Esakan mak ayah dan keluarga mertua makin kuat kedengaran. Amirul melangkah longlai ke dalam bilik. Yang kedengaran hanyalah hembusan nafas lemah bidadari yang terbaring lesu di depan mata.
"Duhai hati, kuatlah," bisik Amirul pada diri. Terasa pipinya basah.
Ditatap wajah itu. Wajah yang dulunya sentiasa ceria, bibir yang dulunya tak pernah lekang dengan senyuman namun kini wajah yang sama sudah sedikit pucat, kurus dan cengkung, bibir yang sama sudah sedikit kering dan merekah. Namun ketenangan yang sama tetap bertandang tiap kali memandang wajah isterinya. Ketenangan yang dulunya pernah cuba untuk dinafikan.
Hannah membuka mata perlahan-lahan. Wajah pertama yang dilihat adalah wajah yang begitu dirinduinya. Ya, hanya dia.
.................
Hannah tersenyum sendiri melihat ke jari manisnya.
"Dah jadi isteri orang rupanya aku ni. Alhamdulillah," Hannah tergelak kecil. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Hannah terdiam. Perasaan berdebar-debar memenuhi dada tatkala Amirul masuk ke bilik.
"Ya Allah, sabar Hannah. Relaks, dia suami kau, lah," Hannah berkata-kata sendiri. Hatinya gundah gulana bila merasakan Amirul makin mendekat. Seorang lelaki yang telah sah menjadi suaminya. Seorang lelaki pilihan ibubapanya. Seorang lelaki yang tidak begitu dia kenal namun dia percaya bahawa pilihan ibubapanya pasti adalah yang terbaik buat dirinya. Dan istikharah cukup membuatkan dia yakin untuk menerima.
"Kau tak payah nak malu-malu lah, Hannah. Aku nak kau ingat satu hal, je. Aku kahwin dengan kau bukan sebab aku nak kat kau. Tapi sebab aku tak sampai hati nak sakitkan hati ibu yang dah berkenan sangat kat kau. Tak tahulah apa ilmu yang kau pakai sampai ibu sayang sangat kat kau ni. Hmm," rengus Amirul keras sambil menarik kasar bantal di atas katil dan menuju ke sofa di dalam bilik.
Hannah tergamam. Senyuman tadi terus hilang. Dia memandang perlahan-lahan ke arah suaminya yang berbaring di atas sofa. Ingin dia berkata sesuatu namun terasa anak tekaknya bagai tersekat daripada berbicara.
"Nanti kau nak tidur, tutup lampu. Aku tak suka tidur terang-terang." Amirul menyambung, "Kau jangan risaulah. Aku takkan sentuh kau. Bukannya cantik sangat pun. Dah lah pakai tudung labuh-labuh, hah! Kolotlah!"
Hati Hannah terusik. Setitis air mata jatuh ke pipi.
Setiap detik bahagia yang diangan-angankannya beberapa hari sebelum perkahwinannya berlangsung tiba-tiba bagai dilemparkan dengan cat hitam. Memadamkan segalanya.
Adakah dia sudah tersalah membuat pilihan? Adakah ketenangan yang terasa selepas istikharah semasa membuat keputusan untuk menerima Amirul adalah satu kesilapan?
"Astaghfirullah..." Hannah segera beristighfar. Syaitan yang datang mencucuk-cucuk untuk membuat sarang dosa.
Hannah menyapu sisa air mata. Dia kembali berfikir secara rasional. Setiap takdir Tuhan telah disusun dengan cukup indah. Setiap apa yang berlaku pasti ada rahsia yang akan tersingkap bila tiba masanya. Setiap dari hamba Allah bakal diuji setimpal dengan kudratnya. Dan Hannah yakin bahawa dia pun sedang diuji Tuhannya.
Mungkin Allah sedang menguji janji yang telah dia buat saat menerima lamaran. Janji pada diri sendiri untuk menjadi seorang isteri yang solehah buat lelaki yang tidak dia kenali dengan rapat. Janji untuk membenihkan perasaan cinta terindah buat lelaki yang halal bagi dirinya setelah dinikahi. Janji untuk bersedia bersabar dengan segala dugaan yang bakal mendatang sepanjang melayari bahtera kehidupan sebuah perkahwinan.
Hannah teringat pesan Kak Asmah ketika dia menceritakan tentang lamaran yang diterima melalui ibubapanya.
"Hannah, nikmatnya bila kita telah dipilih untuk melengkapkan agama dalam usia yang muda. Dan nikmatnya sebuah perkahwinan kerana ianya adalah sebuah lubuk untuk kita menambahkan pahala berlipat kali ganda. Tapi, akak nak Hannah selalu ingat. Bahtera perkahwinan ni sentiasa akan berhadapan dengan ombak yang bermacam-macam kekuatannya. Ada yang lembut, ada yang perlahan, ada yang kasar dan ada jugak yang ganas. Jadi, akak betul-betul harap Hannah bersedia nak hadapi semua ni tak kira bagaimana takdir yang Allah dah susun." Hannah mengangguk perlahan.
" Yang kita kena selalu tanamkan dalam diri adalah bukan meletakkan perkahwinan sebagai sebuah matlamat tapi kita minta pada Allah untuk mudahkan jalan menuju ke Syurga sebab Syurga adalah matlamat terakhir kita. Jika Allah berikan jalan untuk ke Syurga melalui sebuah perkahwinan dan ujian-ujian dalam melayari bahtera perkahwinan, jadi kita kena bersedia menghadapi semuanya dengan harapan akan mampu mencapai Syurga yang Allah dah janjikan. Yakinlah, Allah pasti menetapkan apa yang terbaik buat kita."
Kata-kata Kak Asmah menyapa diingatan. Hannah menarik nafas dalam.
"InsyaAllah, Allah pasti menyediakan apa yang terbaik buatku," Hannah menguatkan hatinya.
/>

Amirul memandang ke arah tingkap pejabatnya. Hari sudah menginjak petang. Staffnya sudah ramai yang pulang tapi hatinya berat untuk bergerak balik. Terasa malas untuk melihat wajah isterinya.
Hannah. Seorang wanita yang sederhana. Sopan santun dan memiliki tutur kata yang lembut. Walaupun wajahnya biasa saja tapi memang Amirul tak dapat nafikan, jauh di sudut hatinya dia tenang melihat isterinya yang bertudung labuh walaupun kurang pandai bergaya. Seorang yang cukup sabar melayan kerenahnya tanpa sedikitpun pernah meninggikan suara padanya. Melawan apatah lagi. Jauh sekali.
Amirul teringat, pernah dia sengaja pulang lewat hampir setiap malam selama seminggu kerana sengaja ingin membuatkan Hannah berkecil hati dan membencinya. Tapi bila sampai di rumah, dia terkejut apabila melihat Hannah masih sabar menunggu di ruang tamu. Dan apa yang terkadang membuat hatinya sedikit terusik adalah bila mana Hannah pasti menyambutnya dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir manis itu.
"Abang dah makan? Hannah ada masak lauk kegemaran abang. Nak Hannah panaskan, tak?"
Amirul merengus kasar. "Kau nak suruh aku makan malam-malam buta ni?! Kalau kau lapar, kau makanlah sendiri!" Amirul terus naik ke tingkat atas menuju ke bilik tanpa menghiraukan isterinya. Hatinya puas kerana berjaya mengherdik Hannah tanpa sedikitpun dia terfikir sama ada isterinya sudah makan atau belum.
Pernah satu masa ketika Amirul sedang menonton TV, Hannah datang sambil tersenyum padanya membawa sepinggan nasi goreng kegemarannya. Isteri yang ingin bermanja cuba untuk menyuap nasi itu ke mulutnya namun ditepis kasar oleh Amirul dan dengan tidak sengaja tertolak pinggan di tangan Hannah. Pinggan itu jatuh dan pecah berderai. Dengan linangan air mata, Hannah mengutip setiap butir nasi yang bertaburan di lantai. Amirul sekadar memandang tanpa simpati.
Amirul bukan saja pernah melukakan hati Hannah secara dalaman. Pernah juga pipi wanita itu ditampar dengan tangan kasarnya dek kerana Hannah bertanya adakah dia sudah solat. Solat? Satu perkataan yang sudah lama dipadamkan dalam kamus ingatannya.
Malam minggu itu, Amirul sedang bersiap-siap ingin keluar bersama kawan-kawan. Hannah yang baru selesai solat Isya' datang mendekatinya.
"Abang nak keluar, ye?"
"Suka hati akulah aku nak buat apa. Yang kau sibuk sangat duk bertanya tu, apehal? Kau bukan mak aku nak sibuk-sibuk sangat!" Amirul rasa serabut. Dia membetul-betulkan rambutnya.
"Em... tiap-tiap malam abang keluar balik lewat malam. Hannah bukan apa, bimbangkan abang. Lagipun..." Hannah teragak-agak. "...abang janganlah cari hiburan pada benda-benda yang Allah tak suka."
Hati Amirul panas. Ditendangnya Hannah dengan perasaan marah bercampur ego yang membuak-buak. Hannah menjerit kesakitan.
"Hoi! Kau jangan nak memandai nak ajar aku apa yang Allah suka, apa yang Allah tak suka! Kau tu ingat kau dah jamin dapat masuk Syurga ke? Duk berceramah je sana sini. Pergi lah jadi ustazah ke, ajar kat masjid tu. Memekak je!" Amirul bersuara lantang. Langsung tak menghiraukan Hannah yang mengerang kesakitan memegang perutnya yang disepak tadi sambil menangis teresak-esak. Terus ditinggalkan Hannah bersendirian.
Walaupun pelbagai kekasaran telah dia lakukan pada Hannah, namun isterinya tetap melayannya sebaik mungkin tanpa sedikitpun menunjukkan riak tanda kebencian. Pernah ibubapa mertuanya datang ke rumah dan Amirul cuba berlagak biasa untuk menyembunyikan kegusaran di hati. Dia tahu Hannah pasti mengadu kepada mertuanya apa yang telah berlaku dalam rumahtangga mereka. Namun sangkaannya jauh meleset. Apabila ditanya, Hannah tersenyum ceria dan berkata dia cukup bahagia dengan rumahtangganya.
Lamunan Amirul terhenti bila handphonenya berbunyi. Nama yang tertera di screen sudah cukup membuat dia terasa bahagia.
Amirul tersenyum menghilangkan bayangan wajah isterinya. Sekarang yang dirindui adalah kekasih hatinya, Ros. Wanita yang benar-benar dia cintai, wanita yang ingin dikahwininya kalau bukan disebabkan tentangan keluarga.
Baginya jika Hannah tidak menerima lamaran daripada keluarganya, pasti lebih mudah untuk umi dan abahnya menerima Ros. Tapi yang terjadi adalah sebaliknya.
Benar, dia sedar Ros adalah seorang wanita yang kuat bersosial. Dengan memiliki aset wajah yang jelita, Ros adalah seorang wanita yang diidamkan ramai lelaki. Namun, Amirul yakin jika selepas mereka berkahwin, pasti secara automatik Ros akan mengurangkan aktiviti sosialnya. Itu tanggapan Amirul.
"Hello sayang. Jadi tak malam ni kita keluar?" suara manja Ros kedengaran.
"Mestilah jadi. You tunggu I. Dalam setengah jam I sampai. Kat office lagi ni," Amirul membalas sampai menarik tali leher yang terasa rimas.
"Okey, see you later. Love you," Ros menjawab dengan tawa kecil.
"Okey, love you too."
Amirul bangun dan mengambil kunci kereta. Tak sabar ingin bertemu kekasih hati.
.................
Hannah terasa hatinya kurang enak. Entah kenapa dia rasa berdebar-debar ketika menyediakan makan malam untuk suaminya. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Terasa lambat sekali waktu berlalu. Bukan tak pernah Amirul pulang lewat dari pejabatnya namun kali ini perasaannya terasa lain.
Handphonenya berbunyi. Hannah cepat-cepat mengangkatnya walaupun dia tahu kebarangkalian pemanggilnya Amirul adalah jauh sekali. Amirul sangat jarang menelefonnya.
"Hello, assalamualaikum."
Kedengaran suara seorang wanita di hujung talian.
"Waalaikumussalam," Hannah menjawab penuh debaran.
"Ni, isteri Encik Amirul, ke?"
"Ye saya." Hannah menjawab dengan penuh tanda tanya di kepala.
"Puan, saya nak mintak maaf kerana terpaksa memberitahu berita yang agak kurang enak. Suami puan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan sekarang dia berada di wad kecemasan. Keadaannya agak parah..." kata-kata seterusnya bagaikan deruan angin yang berlalu tanpa dapat dihadam Hannah. Tubuhnya menggeletar.
"Ya Allah. Selamatkan suamiku..."
Kaki Amirul yang bersimen terasa perit. Lemah seluruh tubuhnya. Dr Reza memberitahunya bahawa tulang pahanya patah akibat kemalangan jalan raya selepas pulang menghantar Ros balik ke apartmentnya. Akibatnya dia mungkin tidak dapat berjalan buat sementara.
Ros. Sudah sebulan dia terlantar di hospital namun belum nampak kelibat Ros datang menziarahinya. Dicapai handphone di atas meja.
Panggilan pertama tidak diangkat. Dicuba sekali lagi.
"Hmm.. Hello," keluhan kecil kedengaran di penjuru telefon.
"Sayang, nape tak datang jenguk I? Dah lama I tunggu."
"Eh. You tu kan suami orang. Tak nak lah I kacau suami orang. You jangan contact I lagi!"
Talian telefon dimatikan. Amirul tergamam. Kepalanya terasa panas teringatkan kata-kata Ros. Digenggam kuat handphone di tangan.
Pintu bilik terbuka. Hannah masuk membawa sebekas air dan sehelai tuala. Dan senyuman yang tak pernah lekang tetap meniti di bibir manis itu.
"Abang dah bangun? Dah tengahari ni. Hannah lapkan badan abang, ye," tanpa menunggu jawapan balas, Hannah segera melakukan tugasnya membersihkan badan suami tercinta.
Amirul memandang dengan perasaan sebak. Tiada kudrat untuk menolak, memarahi jauh sekali. Hatinya bagai disentuh dengan kelembutan isterinya. Ya, isteri yang pernah ditengking, ditampar, disepak terajang, namun isteri itu juga yang tak pernah lelah menjaganya sepanjang dia di hospital. Menguruskan dirinya, makan minumnya, berak kencingnya tanpa sedikitpun menunjukkan perasaan geli atau tidak selesa.
Kata-kata Ros tadi kembali menyapa di ingatan. Hatinya pedih. Padahal di awal perkahwinannya, Ros lah yang banyak menghasutnya untuk berlaku kasar dengan isterinya. Ros lah yang sentiasa menggodanya untuk curang pada isterinya. Ros lah yang sentiasa meracuni fikiran Amirul dengan tanggapan bahawa isterinya adalah penyebab mereka tidak dapat bersama sehingga perasaan benci kepada isterinya bercambah-cambah.
Tapi kini, isterinya itu jualah yang menjadi peneman setia, menjaganya siang dan malam. Teman-teman sejoli yang keluar dengannya hampir setiap malam langsung tidak pernah menampakkan diri. Amirul kini benar-benar sedar siapa sebenarnya teman yang sebenar. Siapa yang menyayanginya dengan sebenar-benarnya. Dia yang dulunya buta. Bukan buta mata, tapi buta hati.
.................
Hannah terasa pening. Badannya yang semakin susut terasa lemah. Namun digagahkan diri untuk memasak lauk kegemaran suaminya.
Sudah 5 bulan berlalu semenjak suaminya kemalangan. Kini, dia sudah mula boleh berjalan sedikit demi sedikit. Hannah bahagia kini. Tangan kasar yang dulu selalu menamparnya kini sudah memegang tangannya mesra. Bibir yang dulunya tak pernah lelah mengherdiknya, kini tak lekang mengucapkan kata cinta.
Dia kini diberi peluang oleh Allah untuk menjaga suaminya yang terlantar kesakitan. Dulu suapannya ditepis, kini dia dapat menyuap makanan kepada suami setiap hari. Dia tak pernah makan dahulu jika suaminya belum makan. Setiap malam pasti dia akan bangun menyapukan ubat pada kaki suaminya jika suaminya mengerang kesakitan. Dia takkan pernah lena selagi mana suaminya belum tidur.
Hannah bahagia. Sejuta kesyukuran bertandang di hati melihat perubahan Amirul. Seorang suami yang pernah menamparnya apabila ditanya tentang solat sudah mula belajar untuk solat. Benarlah janji Allah, kesabarannya kini terbalas. Alhamdulillah.
Hannah membawa makanan ke bilik. Dilihat Amirul sedang membaca suratkhabar. Hannah menapak ke dalam bilik. Tiba-tiba terasa pandangannya gelap. Hannah jatuh pengsan.
.................
Hannah tersenyum melihat wajah yang dirinduinya. Ya, hanya dia.
"Abang," tangan lembut itu menyentuhnya.
"Kenapa abang menangis ni?" Hannah mengukir senyuman dan menyapu air mata yang mengalir di pipi suaminya. Air mata dari seorang lelaki yang dulunya mempunyai sekeping hati yang cukup keras. Namun kini, hati milik lelaki yang sama itu sangat mudah tersentuh. Jauh di sudut hati, Hannah bersyukur. Benarlah janji Tuhan, setiap ketentuan takdir pasti ada hikmah yang terhidang di hujung perjalanan. Kalau dulu mustahil untuk suaminya menyentuh tangannya, jauh sekali untuk memegang tangannya, kini tangan yang sama itu menggenggam erat jari-jemarinya tanpa menunjukkan tanda-tanda ingin melepaskan.
"Abang mintak maaf sayang," Amirul mengucup jari jemari Hannah, membelai lembut dahi wanita di hadapannya. Terasa bebanan dosa yang teramat berat terpikul di bahu.
Tiba-tiba Hannah terasa ada sesuatu melekat di kerongkongnya. Namun digagahi juga diri untuk berbicara kepada suami tersayang.
"Abang, Hannah dah lama maafkan abang. Hannah sayang kat abang." Hannah berkata mesra.
Amirul menangis teresak-esak. Sudah gugur segala ego seorang lelaki. Pilu bercampur sebak yang amat ditambah penyesalan dalam diri yang menggunung. Menyesal di atas setiap perbuatannya terhadap Hannah. Menyesal dengan sikap dirinya yang benar-benar tidak tahu menghargai seorang isteri yang sangat baik terhadapnya.
"Jangan menangis, bang. Bukan salah abang pun. Mungkin Hannah yang tak pandai jaga diri dan tak pandai nak jaga abang, tak pandai nak ambik hati abang. Maafkan kekurangan diri Hannah ye, abang."
Terasa seperti bunyi sekuat guruh berdentum di sudut hati Amirul. Dia tak kuat. Dia rasa tewas. Tewas dengan bebanan perasaan bersalah yang cukup mendera di hati. Dia yang patut meminta maaf. Dia yang patut dipersalahkan. Keadaan Hannah yang lemah disebabkan terlalu penat dan terlalu bimbangkan dirinya tanpa menjaga kesihatan diri sendiri.
"Ya Allah. Butanya aku dengan kurniaanMu. Butanya aku satu ketika dulu. Ya Allah, berdosanya aku." Terasa ingin dihentak-hentak kepalanya ke lantai. Tak tergambar seribu penyesalan yang bersarang di hati.
"Uhuk!" terpercik darah ke atas selimut. Hannah terbatuk-batuk.
Amirul kaget. "Doktor! Doktor! Tolong isteri saya, doktor!"
Setelah dua minggu berada di hospital, Hannah menghembuskan nafasnya tepat pukul 3 petang.
Amirul terdiam di satu sudut. Tangannya menggenggam erat sebuah CD yang berselit nota di dalamnya. Pemberian Hannah sebelum mengucapkan kalimah syahadah buat kali terakhir. Jenazah Hannah selamat dikebumikan petang itu. Keluarga Amirul mengajaknya untuk pulang ke rumah keluarga, namun Amirul menolak. Dia ingin bersendirian.
Setibanya di hadapan rumah, kaki Amirul terasa berat untuk melangkah. Berat untuk melangkah masuk ke rumah yang kini kosong. Kosong tanpa disambut dengan senyuman mesra seorang isteri.
Amirul kembali terasa lemah. CD pemberian Hannah dimasukkan ke dalam player di dalam kereta. Sebuah lagu nasyid yang dimainkan cukup menyentuh perasaan. Amirul perlahan-lahan membuka nota yang terselit.
Buat suamiku yang sentiasa Hannah cintai,
Di saat abang membaca surat ini, mungkin Hannah sudah kembali menemui Ilahi. Namun, ini adalah pemberian kecil daripada Hannah. Maaf, Hannah tak sempat nak belikan hadiah untuk abang bersempena ulangtahun perkahwinan kita yang hampir tiba.
Abang,
Hampir setahun Hannah menjadi isteri abang. Hannah benar-benar bersyukur dengan setiap kurniaan Tuhan. Syukur Allah sudah menyediakan Hannah satu peluang yang besar untuk mengejar bayangan Syurga dengan memberikan Hannah kesempatan untuk menjaga abang sepanjang abang sakit.
Dalam hati Hannah, Hannah sentiasa berdoa moga Allah lembutkan hati abang, bukakan hati abang untuk kembali dekat pada Allah. Hannah tak pernah salahkan abang terhadap apa yang berlaku selama ini. Hannah yakin, Allah hadirkan Hannah untuk membimbing abang kembali ke jalan yang benar. Tapi, Hannah minta maaf jika hanya sedikit yang mampu Hannah bantu dengan keadaan diri yang lemah ini.
Abang,
Hannah benar-benar minta maaf kerana tak sempat nak berikan abang seorang cahaya mata buat peneman hidup abang. Hannah sentiasa meminta daripada Allah, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Maafkan Hannah, abang.
Abang jaga diri abang baik-baik. Hannah dah takde untuk jaga abang lagi. Halalkan segala makan minum Hannah selama Hannah bergelar isteri kepada abang. Abang, jangan lupa tunaikan solat, buat baik pada semua orang dan paling penting takutlah pada Allah. Jadilah seorang hamba yang sentiasa dekat dengan Allah.
Abang,
Jika satu hari nanti abang bertemu lagi dengan seorang wanita yang ingin abang jadikan sebagai isteri, sayangilah dia. Jangan sesekali berkasar dengannya kerana naluri seorang perempuan benar-benar mendambakan kasih sayang dan belaian mesra seorang suami.
Abang,
Lagu yang abang akan dengar dalam CD ni adalah sebuah lagu khas ditujukan buat abang. Sebenarnya lagu ni Hannah nak bagi selepas abang melafazkan kata sakinah selepas kita bernikah, namun tak berkesempatan. Abang dengarlah lagu ni dan ingatlah Hannah selalu.
Dulu, Hannah sentiasa menanti-nanti kepulangan abang di rumah. Hannah masakkan lauk pauk yang sedap dengan harapan mampu menggembirakan hati abang. Hannah teringin sangat nak makan bersama abang. Hannah teringin menyambut riang abang yang pulang dari kerja dan mendengar cerita-cerita kehidupan seharian abang. Hannah teringin untuk bergurau dan bermanja dengan abang setiap hari. Hannah teringin memeluk abang ketika tidur. Tapi, semua ni hanya tinggal angan-angan dan harapan Hannah. Waktu yang Allah sediakan buat Hannah tak cukup untuk Hannah buat semua ni.
Akhir kata, jaga diri abang. Hannah sentiasa doakan yang terbaik buat abang dan kehidupan abang selepas ini. Hannah dah maafkan segalanya yang berlaku. Doakan Hannah supaya sentiasa dalam redha Allah. Hannah sentiasa sayang dan cintakan abang, bermula dari saat abang melafazkan "aku terima nikahnya.." dan selama-lamanya.
Salam sayang daripada isterimu,
Hannah.
Amirul bersandar di kerusi kereta. Air mata bercucuran.
"Ya Allah..."
-Tamat-
Nota: cerita ini adalah olahan daripada sebuah kisah benar untuk dijadikan pedoman buat kita.
Duhai para suami,
Sayangilah isterimu yang berada di sisi walau banyak manapun kekurangan yang ada pada dirinya selagi mana anda berpeluang untuk menyayanginya. Penyesalan pada kehidupan yang takkan terulang hanya akan menjadi sia-sia jika kesempatan waktu sudah tidak membenarkan.
Duhai para isteri,
Tingkatkanlah kesabaran diri dalam menghadapi liku-liku kehidupan pelayaran sebuah bahtera rumahtangga. Moga kita mampu menjadi wanita solehah yang dicemburui bidadari-bidadari Syurga.
Sama-sama kita doakan moga arwah isteri beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di sisi Rabbul 'alamin. Dan moga beliau mendapat kekuatan untuk kembali dekat kepada Tuhannya.