Usahawan merupakan penggerak utama dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara. Tanpanya, negara kita akan mengalami kemunduran bukan sahaja dari segi ekonomi malah rakyatnya akan hidup dalam serba kekurangan walaupun kaya dengan sumber khazanah dan alam.
Al-Quran juga mengajak manusia untuk mencari pekerjaan di muka bumi ini khususnya menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan yang dianggap sebagai pekerjaan yang paling mulia dan merupakan warisan nabi terdahulu termasuklah Nabi Muhammad SAW.
Memahami kehendak dan kuasa pasaran, Pakar pemasaran negara, Dr Azizan Osman sekali lagi melancarkan Klinik Usahawan Dr Azizan Osman yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya.
Seminar ini memberi peluang kepada usahawan dan bakal usahawan bagi mempertingkatkan dan mengubah perniagaan. Melalui program ini, usahawan dilatih berkait strategi pemasaran yang berkesan bagi meningkatkan pendapatan mereka sehingga 400% selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.
"Bagi tahun ini, saya dan Richworks Group of Companies berbesar hati memberikan tiket-tiket percuma kepada peserta yang berdaftar secara online sebagai salah satu sumbangan khidmat masyarakat kami (CSR) dalam membantu memberi nilai tambah kepada kehidupan diri dan perniagaan masyarakat kita bagi menjadi lebih baik lagi dengan izin Allah," jelas Dr Azizan.
Jelajah seminar Marketing Power dimulakan di Wisma MCA, Kuala Lumpur, Sabtu lalu diikuti dengan Hotel Selesa, Johor Bahru (12 Februari), MITC Melaka (18 Februari), Hotel De Palma, Shah Alam (19 Februari) dan kembali ke Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 4 Mac. Program ini akan berakhir di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu pada 24 Mac. Sehingga kini seramai 14,700 peserta telah berdaftar dan mengesahkan kehadiran mereka.
Bagi mereka yang berminat meningkatkan pendapatan sehingga 400% dan mengubah perniagaan menjadi lebih kaya dan berjaya dengan strategi pemasaran yang terbukti berkesan, jangan ketinggalan mendaftarkan diri untuk Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Marketing Power 2012. Hubungi talian hotline 019-2442244/013-2442244/019-2442100 atau layari www.marketingpower.com.my bagi maklumat lanjut seminar.