Monday, February 27, 2012

Raikan kasih Rasulullah S.A.W Bersama Native Deen

                                                      Nateve

Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:


"Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain." [HR: Al-Bukhari]
Saidina Umar bin al-Khattab pernah menyatakan kepada Rasulullah kekuatan cintanya kepada Baginda seperti beliau mencintai dirinya sendiri. Kemudian Rasulullah meluruskan pemahaman Umar dengan menyuruhnya supaya lebih mencintai Baginda lebih daripada dirinya sendiri.
Bahkan, Rasulullah bersabda bermaksud: Tidak sempurna iman seorang daripada kamu kalian sehingga dia lebih mencintai aku daripada ayahnya, anaknya dan manusia semuanya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Orang yang bercinta akan menunjukkan tanda cintanya dengan sentiasa mengingati kekasihnya, menyebut namanya, memujinya, menghargai dan mendokong segala tindakannya. Jika anda seorang anak, anda tentu tahu bagaimana sikap dan luahan cinta kepada ibu bapa. Begitu juga jika anda seorang isteri, anda pasti faham cara mencintai dan dicintai suami. Tetapi, jika anda seorang daripada umat Rasulullah, tahukah anda menghargai kasih sayang Baginda?
Bagi menguatkan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah dan agama Allah, Saba Islamik Media Sdn Bhd membawakan konsert kumpulan nasyid Native Deen dari Amerika Syarikat. Bertemakan 'Love Our Prophet Love Our Deen', Saba Islamik Media membawakan persembahan khas kumpulan nasyid Native Deen yang berdakwah dengan cara yang tersendiri selain dapat menarik golongan muda bagi mengenal Allah.
Sebagai maklumat tambahan native Deen, yang dianggotai Joshua Salaam, Abdul Malik Ahmad dan Naeem Muhammad, adalah antara kumpulan nasyid terkenal di Amerika yang mempersembahkan lagu-lagu berentak hip-hop dan R&B.
Mereka akan membuat persembahan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 3 Mac ini.
Tuan dan puan juga berpeluang meraikan semangat dan cintakan Rasulullah bersama-sama Native Deen. Saba Islamik Media menyediakan tiket khas bagi peminat meraikan kasih sayang Islam dan Rasulullah.
Bagi yang berminat boleh mendapatkan tiket istimewa di www.saba.com.my atau terus menghubungi Saba Islamik Media di talian 03-42518792, 03-26928792 at 019-3500995.
Comments
0 Comments

0 comments: