Daripada mimpi lahirlah impian. Semacam daripada kata akar yang sama. Kedua-duanya berkaitan dengan imaginasi. Hmm...bukankah imaginasi mampu menjadi realiti?
"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it"
Kata-kata semangat daripada Mr.32. Tak cukup lagi,
"What a mind can conceive and believe, it can achieve"
Kita merenung kembali kisah Ted Williams yang menyimpan seribu macam harapan untuk keluar daripada belenggu kesusahan. Sekali nampak mustahil. Seorang yang hidupnya merempat di tepi jalan bertahun-tahun lamanya ingin mengubah kehidupan. Dan Ted berjaya.
Selepas
Sebelum
Namun kejayaannya bukan datang dengan tiba-tiba. Ada usaha dan tawakkal disertakan bersama! Kita bagaimana?
Indahnya kehidupan seorang muslim bila kita mendengar ganjaran Syurga. Oh Allah, kurniakanlah kami Syurga Firdaus.
Imaginasinya sudah ada. Doa pun sudah ada. Cuma usahanya sahaja tidak seberapa.
Aku teringat suatu peristiwa. Waktu itu kami dijemput untuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri.
"Eh kita nak pakai baju apa ni" tanya kawanku.
"Entah...cuba kau tanya Dollah" balasku.
Dollah adalah orang yang menguruskan perjumpaan kami ini.
"Korang ada kemeja tak" tanya Dollah.
"Tak ada pulak..kami tak bawa" balasku sedikit kerisauan.
"Hmm...t-shirt tak sesuai. Orang besar-besar dalam majlis nie. Jap aku fikir" terang Dollah.
Hmm..t-shirt nampaknya tidak sesuai untuk bersembang dengan orang kenamaan. Martabat tinggi agaknya.
Lalu bagaimanakah kesesuaian untuk bersama dengan orang yang hebat dalam Syurga? Pernah diambil kira?
Saidina Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya untuk Islam. Beliau adalah penghuni syurga.
Kita? 50 sen pun berkira. Boleh buat beli ais krim.
Itu belum cerita hendak datang solat berjemaah di masjid. Tidak cukup masa. Ada perjuangan lagi besar di luar sana!