Monday, February 27, 2012

ILuvIslam.com Memfokuskan Kandungan Digital - Menceburi Dunia Animasi 3D

                                                        Islam

ILuvIslam merupakan salah satu jenama internet yang tidak asing dikalangan pengguna tempatan. Selain mendahului dalam pelbagai bentuk media, iaitu dalam bentuk web, radio dan juga media cetak, kini mereka juga menceburi bidang animasi 3D, sekaligus melangkah setapak lagi kehadapan dalam industri digital.
Melalui kemaskini status mereka pada Facebook, pihak ILuvIslam mengatakan yang mana ianya merupakan video animasi pertama. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak animasi pendek yang lain dihasilkan. Ia dihasilkan dengan kerjasama pihak OrionDigitalStudios, salah satu syarikat animasi tempatan.
Dan seperti tema umum pada ILuvIslam, animasi mereka juga dijangka akan meliputi topik-topik seperti motivasi, nasihat dan juga kehidupan, membolehkan ramai pengguna memahami sesuatu topik yang dibincangkan dengan lebih interaktif lagi.
Pada masa yang sama juga, pihak ILuvIslam turut bergiat-aktif akhir-akhir ini, dimana selain beberapa acara yang dijayakan oleh mereka, mereka juga memperkembangkan kumpulan penulis mereka, sekaligus memberikan perhatian serius kepada perkembangan kandungan digital yang kian popular.
Comments
0 Comments

0 comments: